Pages

 

Sunday, July 4, 2010

Suami Hensom, Isteri Cantik tapi mengapa masih CuRang? or SeliNGkuh.

2 comments


Satu perkara yang nampak pelik tetapi kerap,sering dan sedang berlaku dimana-mana. Baik dikalangan atasan, golongan artis mahupun pada golongan orang biasa.

Apa sebenarnya yang dicari ? Kecantikan dan Paras rupa adalah ukuran awal atau pandangan atau pilihan awal dan mungkin sesetengahnya mengatakan 'utama' dalam memilih pasangan untuk berkahwin. Kalau jumpa yang punyai rupa paras yang cantik dan hensem cepat-cepat nak kahwin,kononnya takut dikebas orang. Sebelum berkahwin pelbagai janji dan madah diucapkan betapa kecurangan itu tak mungkin akan berlaku dengan alasan dah dapat yang 'cun','cantik' dan 'hensom'.

Tetapi , mengapa kecurangan masih berlaku? Apa yang mereka ini ( lelaki & wanita ) ini mahukan ?


Kecantikan dan rupa paras adalah anugerah dan nikmat yang Tuhan berikan yang juga merupakan satu kelebihan kepada seorang insan. Kita lupakan soal Wanita atau Lelaki (cantik dan hensem ) curang atau punyai 'kekasih gelap' yang ramai. Tetapi saya nak fokus kepada pasangan-pasangan yang ada nikmat kecantikan ini yang curang, sebagai contoh rakan saya yang punyai isteri yang cukup cantik, namun masih curang diluar, menjalinkan hubungan dengan wanita lain diluar. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku ? Apa lagi yang rakan saya ini mahukan sebenarnya ? Jika isteri beliau buruk atau hodoh mungkin la ada alasan "tak lawa" untuk rakan saya ini curang atau menjalinkan wanita cantik diluar. Tetapi isteri beliau lebih cantik 3-4 kali ganda dengan wanita di luar tersebut.

Hinggakan ada rakan saya yang lain berkata "Kalau aku dapat wanita atau isteri cantik macam tu , aku tak buat apa dah, aku tak kan cari perempuan lain dah, aku akan duduk rumah aja". Tetapi kenapa rakan saya itu curang jugak ,

Adakah kecurangan ini merupakan satu tabiat atau perangai yang wujud pada semua lelaki atau sesetengah lelaki atau segelintir lelaki. Jawapannya hanya segelintir ya, tidak semua lelaki itu suka curang. Dan sedikit tambahan , kecurang ini bukan sahaja berlaku kepada suami yang beristerikan wanita cantik tetapi juga berlaku kepada Isteri yang bersuamikan lelaki hensem dan kaya.

Kita abaikan , satu keadaan dimana lelaki menjalinkan hubungan dengan wanita lain selain dari isteri untuk mengahwini wanita tersebut, ini tidak dinamakan curang. Curang yang saya maksudkan disini , hubungan terlarang yang lebih kepada hubungan yang berakhir di atas tilam tanpa ikatan yang sah. Ini yang saya namakan curang.

Fokuskan tumpuan kita kepada "Kenapa Suami atau Isteri yang punyai pasangan hensom ,cantik dan kaya masih curang ?".

sambungan
Kenapa ? sehingga sekarang saya masih tercari-cari lagi, kenapa ya..bukankah isteri dan suami yang cantik dan hensem adalah satu kelebihan melebihi orang lain. Dari segi pandangan mata kita sudah ada kelebihan.
Dari sudut akal kenapa perkara ini boleh berlaku, takut sebenarnya untuk mengawini wanita atau lelaki yang cantik dan hensem. Dari segi lumrahnya adalah mustahil wanita dan lelaki yang cantik dan hensom ini cuma da seorang gf or bf. Tentu ramai yang meminati, siapa yang ngak mahu perkara yang cantik, saya juga mahu yang cantik , tetapi tidakkah fenomena ini meresahkan. Tidak meresah bagi mereka , atau pasangan atau suami atau isteri yang tidak punyai kasih dan sayang atau cinta.
Ada suami yang meninggalkan isteri terkebil-kebil di rumah , dan si suami berpoya-poya bergembira dengan wanita lain diluar rumah, dan begitu juga ada isteri-isteri yang leka berchating di laman sembang internet yang akhirnya menjalin hubungan luar dengan teman baru.
Dan apa yang menariknya ada hubungan ini yang disembunyikan bertahun-tahun lamanya. Bocor pun sebab gambar atau video atau apa-apa dokumen yang terlepas ke tangan orang lain tanpa sengaja . Atau ugutan dari pasangan curang ini disebabkan kecewa tidak memperoleh apa yang dijanjikan atau di hajati . Atau mungkin sebab-sebab lain lalu akhirnya hubungan intim tanpa sah ini tersebar dan bocor.
Saya kira banyak sebenarnya diluar sana perkara seumpama ini berlaku, di pejabat-pejabat, di kelab-kelab , dan dimana-mana kecurangan ini pasti berlaku.
Perbuatan curang sangat sukar untuk di persetujui ...dan tak mungkin ada yang bersetuju walau apa pun sebab nya...saya sendiri tidak bersetuju. Kalau sudah tidak suka dengan kita , beritahu aja, bawa berbincang, dan kalau masih tidak boleh terus bersama, maka putus sahaja dan selepas itu bercinta atau berpasanganlah dengan orang lain, tidak mengapa tidak ada istilah curang..
Begitu juga bagi yang sudah berkahwin, jika meminati lelaki lain atau perempuan lagi, beritahu saja, kalau lelaki mungkin istilahnya mohon bermadu, jika isteri sedia ada setuju maka teruskan tetapi harus dengan perkahwinan yang sah, kerana kita punya agama dan agama kita adalah islam. Setahu saya tidak ada satu agama pun yang bersetuju dengan 'perbuatan curang' ini.
Kenapa ya ? Jawab la lelaki dan wanita yang curang..tolong jawab, jawapan anda sangat diperlukan...tidak berniat untuk menyalahkan tapi mungkin ada sebab yang kukuh untuk anda curang ...
bersambung.. dan berikan komen atas tajuk ini...

2 comments:

Sharinginfoz said...

tak tahu dengan manusia kan. of course cantik bukan segala-galanya kan

Top Link June 2010

IbnuTaharim said...

Tapi tulah, pelik kan, apa lagi yang mereka ini nak eyh..adeii..

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards