Pages


 

Wednesday, August 5, 2009

Kembali menulis..

1 comments
Dah lama rasanya tidak berblog,semenjak sibuk dengan bazaar, last post blog aku ni 14 Appril 2009, lama jugak nak dekat sama umur dengan usia bazaar.

11 Appril 2009 dalam posting ku diblog ini telah aku nyatakan bahawa akan ada idea baru yang akan aku implementasikan. Ya itu lah bazaar@maeps ,Pasar Lambak dan Carbootsales yang menempatkan peniaga-peniaga kecil. Niat aku untuk membantu masyarakat sudah tercapai dengan menyediakan peluang pendapatan dan perniagaan kepada masyarakat. Dengan pendapatan yang mereka perolehi itulah yang akan mereka berikan kepada anak-anak mereka ,isteri-isteri mereka dan keluarga mereka.

Alhamdulillah, posting2 berikutnya akan meyusul nanti.


Sekian untuk hari ni...
Read more...

Tuesday, April 14, 2009

Masalah sakit tulang belakang saya..

0 comments
Inilah gambar saya punya L-Spine masa buat MRI hari tuh.
Agak kritikal juga la.
Read more...

Sunday, April 12, 2009

Tangkap ikan di kolam ,releasekan tension..

0 comments
















Read more...

Saturday, April 11, 2009

Idea baru dalam menghadapai kegawatan yang semakin meruncing

0 comments
Idea terhadap produk baru akan muncul tidak lama lagi sebagai altenatif dalam mencari pendapatan ketika kegawatan ekonomi.

Setelah kejayaan saya membangunkan serta mewujudkan peluang niaga kepada rakan kongsi di pasar tani kini saya akan meneruskan perjuangan untuk merealisasikan idea perniagaan baru dan produk baru yang sesuai dalam menghadapi krisis ekonomi yang semakin meruncing ketika ini.

Saya berdoa agar idea ini dapat di realisasikan dan mencapai kejayaan sepertimana idea perniagaan yang telah saya usaha dan laksanakan di masa lepas.
Read more...

Friday, April 10, 2009

Banjir Kilat Di Puchong

0 comments
Banjir kilat yang berlaku di hadapan apartment saya semalam telah menyebabkan beberapa buah kereta mengalami kerosakan. Banjir ini berlaku di sebabkan sistem saliran air yang sempit yang tidak mampu menampung pengaliran air yang banyak ketika hujan lebat.







Banjir kilat ini menyebabkan satu-satunya jalan yang menghubungkan ke kawasan perumahan di situ terpaksa di tutup selama lebih kurang 3 jam.


Read more...

Jujur dan Berani - Berkata Benar

0 comments
Sangat susah untuk berkata benar tanpa kekuatan Iman yang tinggi dalam jiwa kita. Berkatalah yang benar walaupun menampakkan kepahitan dalam urusan menyatakan kebenaran itu.
Read more...

Thursday, April 9, 2009

Budak melayu semakin ramai rosak ...

0 comments


Sedihnya melihat keadaaan yang berlaku sekarang ni. Kalau dulu kita jarang melihat dan mendengar cerita-cerita begini, gambar-gambar begini. Sekarang sudah bertong-tong. Sampai tak tahu nak letak mana dah air muka bangsa melayu kita ni. Lihat sahaja gambar dan video tersebut yang baru saya perolehi hari ini.

Ada yang mengatakan ini isu lama, lebih teruk dari ini pun ada. Saya tahu itu dan saya juga ada mendengarnya. Tetapi apa yang di sedihkan disini perkara maksiat ini sudah menjadi satu kebiasaan pada hari ini. Kalau di biarkan lama-lama kita akan terbiasa. Kalau dahulu jarang kita lihat "couple", jarang kita lihat gadis dan remaja bercinta berpegang tangan, dan kalau 'berpegang tangan itu berlaku seolah-olah macam satu kesalahan besar dan masyarakat memandang tersangat la buruk. Tapi tidak pada masa sekarang, bagi remaja perkara memengang tangan kekasih adalah biasa, malah bagi mereka kalau memegang lebih dari itu barulah ada thrilll barulah namanya "copule", barulah namanya '"cinta".

Kalau dahulu orang memandang "gadis kilang" sebagai gadis yang rosak akhlaknya. tapi sekarang yang rosak akhlaknya bukan setakat yang dewasa yang kecil,yang masih bersekolah pun sudah banyak yang rosak.

Cabaran yang bakal di hadapi oleh kita sebagai pemimpin masa hadapan begitu besar. Perkara seperti ini jika tidak ditangani segera bakal menghancurkan kemulian dan kesucian remaja,belia dan anak-anak kita.

Kita bimbang kejahatan dan kemungkaran akan menjadi satu yang dilihat "Biasa". Apabila trend seperti ini atau konsep seperti ini sudah terjadi maka akan hancurlah sesuatu tamadun yang baik ,akan hancurlah bangsa yang dipandang mulia.
Read more...

Seng Wani ...?

0 comments
Ramai rakan-rakan yang bertanya kenapa blog title ini menggunakan tajuk 'Seng Wani". Oleh kerana saya mahir berbahasa jawa ingin saya terjemahkan disini "seng wani" iu bermaksud "yang berani" atau "orang yang berani".
Read more...

Wednesday, April 8, 2009

Sup Buntut

0 comments
Sup Buntut




Read more...

Politik dari sudut dan kacamata saya (Siri Pertama )

0 comments
Politik adalah satu perkataan yang bukan baru saya ketahu. Saya terlibat dengan politik sekitar penghujung tahun 1998. Pada ketika itu berlaku kejadian "Pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim"(DSAI). Penglibatan saya di bidang politik bukan kerana DSAI,pada ketika itu saya tidak begitu mengenali beliau pun. Meskipun pernah bergiat secara aktif dalam KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Itupun sewaktu saya bersekolah di Sek.Men.Teknik Ipoh,Persiaran Brash dulu.

Kemudian terlibat dengan Pertubuhan Banjar Semalaysia ,Kelab Siswazah Perak. Itu pun kerana pada waktu itu saya berada di kampung saya. Kebanyakkan orang kampung saya orang banjar. Saya adalah orang Melayu+Jawa+Bugis. Saya terlibat dengan politik bilamana saya sering bersolat berjemaah di Masjid Batu 38,Jalan Keratapi Bukit Merah.

Saya tak tahu bagaimana jiwa dan semangat saya begitu kuat pada ketika itu dengan hanya berbasikal ke masjid dan kadangkala bejalan kaki saja sejauh 4 km, kerana itu saja masjid yang paling hampir dengan rumah saya. Saya akui saya sering mengunjungi masjid ketika itu kerana jiwa saya yang tidak tenteram di rumah. Malah saya boleh pergi masjid solat subuh seawal jam 4.30pagi.

Sejak itu saya mengenali jemaah masjid. Saya tidak pernah terfikir pun soal politik. Saya di ajak menubuhkan cawangan PAS di kampung itu. Oleh kerana ketandusan aktiviti saya bersetuju. Mungkin kerana saya diantara yang termuda dan di pandang macam berpendidikan makanya saya dilantik menjadi setiausaha Pas Cawangan Batu 38.

Majlis penubuhan cawangan dan penyerahan borang seramai lebih kurang 170 orang ahli di hadiri oleh YDP Pas Negeri Perak pada ketika itu yang juga bekas ADUN Gunung Semanggol ,Allahyarham Tn Guru Haji Sabran Asmawi. Ianya menjadi kejutan sehingga gambar saya menyampaikan borang keahlian terpampang di Akhbar Harakah seluruh malaysia.

Penyertaan saya menjadi bualan masyarakat kerana bertentangan dengan tradisi keluarga yang mana ayahanda saya adalah seorang orang kuat UMNO ketika itu. Dan lebih menjadi hangat kerana 90% ahli yang menyertai PAS itu adalah ahli UMNO. Keadaan tersebut menjadikan saya di anggap sebagai musuh oleh ahli UMNO di kampung saya. Saya sendiri tidak menjangkakan keadaan tersebut boleh menajdi sebegitu buruk. Saya yang dari tidak punyai musuh, ketika itu sudah punyai musuh (dalam politik)

Sejak dari itu saya mengenali PAS dan mempelajari siapa itu UMNO dan BN.

bersambung
Read more...

Kegagalan berfikiran postif

0 comments
Kegagalan berfikiran positif terhadap sesuatu perkara dan keadaan yang berlaku boleh mengundang implikasi yang tidak baik. Sebagai contoh kejadian kekurangan 'sale' yang berlaku dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran positif kita akan melihat kejadian itu sebagai satu isyarat agar kita bersabar dengan ujian dan mengkaji apakah kebaikan yang diperolehi akibat kejadian itu. Dalam masa yang sama kita juga harus mengkaji kekurangan diri kita.

Namun apabila berfikiran negatif, ada yang bertindak menyalahkan pihak lain atas kejadian tersebut. "Selalunya dapat sale banyak ,tapi hari ni sikit pulak, pelik la" itu ayat-ayat yang selalu kedengaran yang diluahkan oleh orang yang berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku pada mereka.

Apa yang sering berlaku bila kejadian buruk berlaku kita selalu menyalahkan pihak lain, tapi tidak pada perkara yang elok yang berlaku ,bila perkara elok yang berlaku kita selalu memuji diri kita sendiri, kita lupa kadang-kadang kebaikan yang berlaku di sumbangkan oleh orang doa dan dorongan orang lain jugak.

Kegagalan berfikiran positif juga boleh mengundang pergaduhan di pihak lain juga apabila pihak yang satu lagi juga tidak mahu berfikiran positif.

Berfikiran positif boleh disama ertikan dengan 'Berprasangka Baik". Berprasangka baik adalah tuntutan kepada kita sebagai orang Islam. Berprasangka baik adalah salah satu senjata ampuh yang lembut tapi tegas dan keras dalam dakwah.

Firman Allah dalam hal berkaitan dengan prasangka.

Surah Al Hujurat: 12 - 13
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Kalah Atau Menang adalah adat dalam pertandingan...

0 comments

Read more...

Galian,kekayaan wajib digali oleh Muslimin

0 comments
Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin
Fahri Abdullah al-Masri Sun Apr 05, 09 6:22:19 pm MYT

Dalam sepotong hadis ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:
"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi s.a.w menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [Hadis riwayat al-Baihaqi.] --- [Hadis ke-26]

Menurut keterangan ringkas daripada Ustaz Fahmi Zam Zam..

"Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat."

Kalau kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Tuhan memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula. Contoh ini ada dalam negara kita sendiri.

Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia akan selesai.
Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang beriman.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." (Riwayat Ahmad)
Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya.
Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram. Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.
Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) dan sedekahkanlah sebahagiannya." (Muslim)
Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Tuhan oleh kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang salah.

Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu. Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat Muhammad ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah s.a.w sendiri.
"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan memusnahkannya dengan air dan tanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Melalui air dan tanah, Tuhan akan menghukum mereka yang tidak menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi Musa a.s misalnya telah dihukum Tuhan dengan menenggelamkannya bersama para pengikutnya di dalam tanah.
Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar, menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalian harta yang tidak betul.

Kaum buruh dan para pekerja itu sepatutnya diberi upah dan gaji. Tetapi, Fir'aun sebaliknya memperhambakan mereka.

Apabila harta-harta (emas, minyak dan lain-lain) yang digali dari tanah itu tidak dimanfaatkan dengan baik, maka tanah dan air itu nanti akan bertindak.
Apakah kejadian tanah runtuh, banjir yang kerap berlaku itu terkait dengan salahguna wang yang tentunya berkaitan juga dengan salahguna kuasa?

Di Amerika Syarikat, kerap kita dengar berita dan kejadian ribut, puting beliung dan banjir yang terjadi besar-besaran di sana. Kita boleh menanggapi hal ini sekadar bencana alam yang tiada kaitan dengan dosa pemimpinnya.

Tapi bila kita melihat banyak kejahatan yang bermuara dari negara itu dan kuasa dunia itu mencetak sejarah perang demi perang berterusan, maka terfikir juga bahawa ada rasionalnya ribut taufan, tanah runtuh serta banjir teruk menghempap mereka. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa kejadian itu cuma sekadar bencana alam dan bukannya hukuman Tuhan.
Perang memerlukan dana yang banyak. Dan, Amerika menyalahgunakan wang untuk perang! Negara itu juga telah 'berkempen' dengan memaksa anak-anak mudanya menyertai pasukan tentera untuk dikirim ke medan perang di Iraq, Vietnam sebelum ini tanpa kerelaan mereka.
Amerika dengan segala galian minyaknya, galian emas dan sebagainya telah digunakan untuk memerangi umat Islam sendiri. Maka, demikianlah akibat bagi mereka yang menggunakan wang, harta dan segala galian di bumi dengan tujuan yang salah.
Read more...

Sejarah Malang berulang ..?

0 comments
Sudah lama saya tidak menulis akibat kemalasan dan kesibukan melampau. Perubahan besar telah berlaku kepada landskap kehidupan saya ketika ini. Satu perubahan akibat dari perkara yang tidak dijangka sebenarnya.

1- Penyerahan secara menyeluruh projek " prospepper burger " kepada rakan kongsi tanpa sebarang tuntutan meskipun projek ini dirintis dan dibangunkan sepenuhnya oleh saya sendiri.
2- Penutupan semua operasi myprosperitykiosk akibat salah faham dan tuntutan bertindih terhadap kepentingan produk yang di bawa oleh myprosperitykiosk.
3- Penyebaran khabar angin tentang "Penyalahgunaan Kuasa" saya oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan dan memburukan reputasi saya.
4- Permohonan pengistiharan "MUFLIS" dari bank keatas pinjaman kereta yang telah hilang dicuri oleh "pengusaha usecar durjana" sekitar tahun 2003.
Read more...

Thursday, February 5, 2009

Kau penipu...

0 comments
Begitulah perkataan yang diucapkan dan label yang di beri kepada kita yang gagal dalam perniagaan dan gagal dalam memulangkan kembali wang perkongsian. Dalam urusan perniagaan yang serba mencabar ini kekuatan fizikal dan mental yang tinggi amat di perlukan.

Kita boleh hilang maruah dan identiti malah imej boleh tercemar hanya kerana ucapan dan sangkaan yang tidak betul yang hanya menjurus kepada perkara fizikal yang nampak hanya pada zahir sahaja.

Hakikat ini ku lalui kini dalam keterpaksaan kerelaan dan kedukaan meskipun ku hadapi berseorang diri. Dalam kejadian ini membuatkan aku menjadi semakin berani untuk terus hidup. Banyak perkara sukar yang kulalui. Aku akan teruskan jua meskipun dengan keupayaan yang terhad.

Berani Menempuh Kegagalan.
Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards