Pages


 

Friday, October 19, 2012

" Seng Wani " sepanjang 15 tahun...( 1997 - 2012 )

0 comments
 "SENG WANI" ,Beliau bukan dikalangan manusia pintar dan hebat seperti manusia lain, Beliau lahir dari keluarga yang susah,keluarga kampung, keluarga dan adek beradek yang kurang pendedahan tentang dunia luar atau dalam ertikata lain 'not to educated' .Ini bukan bermakna keluarga yang bodoh dan lemah. Beliau mempunyai satu keluarga yang mempunyai kekuatan ikatan silaturahim yang sangat kuat. Beliau dikelilingi dengan adek beradek yang kuat ikatan kasih sayang. Meskipun dalam sejumlah adek beradek ada yang tidak sehaluan dari pelbagai segi namun dari segi kasih dan sayang sesama adek beradek mereka tetap kuat dan boleh bersatu.

Dari 7 + 4 adek beradek beliau adalah diantara yang paling 'terkeluar' dari arus dan susunan didikan keluarga. Atau dalam erti kata lain beliau sering bertindak diluar dari kotak fikiran dan haluan keluarga. Sejak dari lahir beliau dididik oleh arwah datuk dan nenek. dan tidak selalu bersama dengan ayah. Ini kerana ibu beliau meninggal sejak dari beliau berumur 6 jam . Ibunya meninggal selepas beberapa jam melahirkannya. Oleh kerana berlaku percampuran didikan maka mungkin sebab itu beliau agak lain dari yang lain dalam keluarga.

Kehidupannya dikatakan tidak 'tersusun' seperti adek beradek yang lain. Sejak dari kecil dia suka berdikari. Ketika waktu sekolah rendah lagi. Banyak perkara-perkara yang dikatakan "jangan" oleh orang tuanya tidak terlalu dipedulikan , belaiu lakukan jugak. Ada kesan baik dan ada kesan buruk yang beliau dapat. Oleh kerana beliau berada dalam kelompok keluarga dan masyarakat yang agak kurang pendedahan terhadap dunia luar (dulu ) maka ada diantara perkara yang beliau mahu lakukan itu mendapat tentangan dari keluarga dan rakan-rakan. Beliau dikatakan "degil ". Beliau mengatakan masih belum konfiden cuma beliau merasakan "kedegilan"  itu telah menaikkan dirinya hingga keperingkat ini. Meskipun dia tidak berjaya dan hebat seperti orang lain. Tapi kalau mahu diperhitungkan , dengan kekurangan dan serba tiada , tidak mungkin dan mustahil dia boleh sampai ketahap ini. Ini membuktikan tidak ada yang mustahil jika dengan keizinan Tuhan yang lebih berkuasa dari manusia.

Banyak tindakan yang dikategorikan 'tindakan berani mati' yang beliau lakukan sejak dari dulu, cuma diblog ini saya sekadar ingin kongsikan sedikit sahaja beberapa tindakan yang saya kira adalah tindakan berani yang beliau lakukan, saya katakan "tindakan berani" kerana tindakan beliau ketika itu tidak berani dilakukan oleh orang lain yang setaraf dengannya..ini kerana beliau bukan dikalangan manusia berpendidikan tinggi, masuk universiti pun separuh jalan. Namun di sebabkan tindakan berani beliau di pelbagai bidang memberikan pengalaman kuat buatnya sehingga pernah ideanya di ikhtiraf diperingkat antarabangsa.

1- Mengambil alih perniaagan Kedai Roti di R & R Sungai Perak yang pada ketika itu sudah hampir bankrap ( 1997 )

Mengambil alih perniagaan kedai roti yang pada ketika itu hampir muflis dan hampir ditutup , pengambil alihan ini juga ketika beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman menguruskan perniagaan besar.
- Beliau dapat memajukan kedai tersebut dan menukar dari perniagaan roti kepada perniagaan gerai makanan yang mempunyai pekerja seramai 11 orang dengan pendapatan bersih RM30ribu sebulan.
- Setelah 2 tahun beroperasi beliau tidak dapat mempertahankan kejayaan akibat kemelesetan ekonomi 1998, dan telah menyerahkan kembali ke pihak pengurusan PLUS Bhd.
- Risiko yang ditanggung kerugian dan tunggakan gaji kepada pekerja.

2- Menubuhkan Cawangan Parti Politik ( 1999 )

Sehingga menimbulkan sedikit huru hara dan pergolakan yang mengejutkan apabila penubuhan cawangan tersebut telah menyebabkan kekuatan parti lawan lumpuh kerana sudah lebih 20 tahun parti perbangkang tidak boleh bertapak di cawangan tersebut.
- Beliau tidak mengetahui pengehtahuan langsung sebagai ahli politik ,malah dia boleh dikatakan sangat muda pada ketika itu. Penubuhan cawangan parti tersebut telah mendapat liputan luas di surat khabar ketika itu hingga mukanya terpampang di surat khabar tersebut.
- Keadaan tersebut telah menyebabkan beliau menghadapi pelbagai keadaan yang tidak menentu dan sedikit sebanyak telah merubah perjalanan hidupnya..

bersambung di lain post.....

Read more...

Thursday, October 4, 2012

Air Mata Seorang Manusia yang telah GAGAL..

0 comments

[ Di Olah dari kisah benar seorang yang kini bergelar Usahawan Berjaya ]


En Din (bukan nama sebenar) ,sejak kecil sudah bercita-cita mahu berniaga sendiri. Apabila wang simpanannya cukup RM40,000, iaitu selepas 3 tahun menjadi tukang masak disebuah restoran dan 5 tahun bekerja dengan sebuah cawangan syarikat katering dan pengurusan acara luar negara dalam jabatan khidmat lepas jualan, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan bisnes katering dan pengurusan acara.


Di tempat kerjanya beliau mendapat penghargaan daripada pengurusan syarikat dan pernah menerima bonus galakan atas mutu perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan di bawah jagaannya. Enam bulan sebelum meletak jawatan beliau di lantik menjadi pengurus kanan dibahagian akaun pelanggan korporat yang bertanggungjawab menguruskan kontrak katering dan pengurusan acara melebihi 50 juta.


Sebelum menghantar surat perletakan jawatannya, beliau sudah mula pergi dari satu restoran ke restoran mencari restoran yang bersedia memberi potongan harga dan perkhidmatan terbaik apabila beliau membuat tempahan dari mereka. Dalam fasa pertama beliau berniaga,disebabkan modalnya kecil ,beliau cuma merancang mahu mendapatkan tempahan-tempahan kecil bagi pelanggan kecil dan syarikat-syarikat persendirian sahaja.


Beliau membelanjakan RM3000 bagi mendaftarkan syarikat sendirian berhad. Ini kerana bagi mendapatkan kontrak kerajaan ,beliau perlu mempunyai syarikat sendirian berhad.


Kemudian beliau membelanjakan RM8000 lagi bagi menyewa ruang pejabat kecil di Puchong dan membeli peralatan pejabat manakala RM2000 bagi alat-alatan katering tambahan. Beliau membayar RM3000 wang pendahuluan membeli sebuah van yang digunakannya bagi mengangkut peralatan katering dan lain-lain.


Kemudian beliau mengambil seorang kerani dengan gaji RM700 sebulan bagi menjaga pejabat dan seorang Pembantu Katering dari majikan lamanya dahulu dengan gaji RM1100 sebulan bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan katering. Beliau sendiri akan membuat kerja-kerja pemasaran.


Beliua membayar RM3000 bagi menaikkan papan iklan besar di luar pejabatnya. Beliau membelanjakan RM2000 bagi mencetak kad bisnes,kepala surat,sampul,inbois,resit dan brosur pekhidmatannya. Beliau membelanjakan RM7000 bagi membeli komputer dan memasang internet dirumah dan di pejabatnya. Kemudia beliau menbayar RM500 kepada orang yang di upah membuka lamanwebnya sendiri bagi mengiklankan perkhidmatannya.


Pada bulan pertama En Din memulakan bisnesnya ,beliau berjalan kaki dari rumah kerumah,dari sekolah ke sekolah, dari pejabat ke pejabat disekitar tempat tinggalnya bagi mengedarkan brosur perkhidmatannya. Dimana sahaja beliau ternampak peti surat, disitulah beliau memasukkan brosurnya di surau-surau dan dimasjid-masjid sekitar tempat tinggalnya.


Beliau kemudian membeli tiga keping kadbod,gergaji kecil,cat putih dan hitam,berus,tukul dan paku lalu menyuruh pembantunya supaya membuat papan iklan kecil yang hendak dipakukannya pada pokok-pokok ditepi jalan bagi dibaca oleh pemandu kereta yang lalu lalang. Pada papan iklan itu dituliskan "PERKHIDMATAN KATERING 019-38XXXXX"


Pada bulan kedua, beliau membayar RM1200 kepada tiga orang pengedar surat khabar supaya menyelitkan brosurnya kedalam surat khabar yang diedarkan dari rumah ke rumah.


Pada bulan ketiga,beliau pergi dari satu kilang ke satu kilang,dari satu jabatan kerajaan ke satu jabatan kerajaan,dari satu bangunan ke satu bangunan bagi memperkenalkan dirinya dan perkhidmatannya


Setiap hari beliau memeriksa laman webnya,tetapi tiada sebarang pesanan katering yang masuk. Telefon dipejabatnya juga tidak menerima pesanan katering. Ada beberapa panggilan,tetapi tiada satu pun yang berakhir dengan sebarang pesanan katering. Begitulah keadaan bisnesnya selama tiga bulan pertama.


Pada bulan keempat,tiga pesanan kecil mula masuk, iaiatu katering untuk jamuan hari jadi dan jamuan tahlil daripada rumah-rumah sekitar tempat tinggalnya, tetapi selama sembilan bulan pertama,beliau hanya menerima tidak sampai 20 pesanan.


Sepanjang tempoh sembilan bulan itu, beliau menggunakan duit simpanannya bagi perbelanjaan sewa pejabat,gaji dua orang pembantunya dan lain-lain keperluan. Pada bulan ke empat,keraninya berhenti kerja kerana bosan duduk di pejabat tanpa banyak kerja dan sudah mendapat tawaran kerja di tempat lain.


Pada bulan kelima pula, pembantu kateringnya pula berhenti atas alasan yang serupa. Dari satu segi ,beliau malu pada dirinya sendiri apabila ditinggalkan pekerjanya,tetapi dari satu segi yang lain ,beliau bersyukur kerana beliau tahu tidak mampu lagi hendak membayar gaji mereka.


Pada bulan ke enam, En Din mengeluarkan wang simpanan Tabung Hajinya bagi membayar sewa. Semasa menghampiri bulan ketujuh,beliau mengeluarkan wang simpanan bank yang dahulu di buka atas nama anak sulungnya,waktu itu jumlahnya hanya RM640. Terlintas juga dihatinya hendak mengeluarkan wang syiling dalam tabung, tetapi beliau malu kepada isterinya.Pada bulan itu juga, beliau menutup pejabatnya dan beroperasi dari rumahnya sahaja, cara itu lebih murah.

Masuk bulan kesembilan,beliau tidak mampu lagi membayar sewa rumah. Sewa rumah dan susu dua orang anaknya terpaksa bergantung pada gaji isterinya,seorang guru. Bagi menambah pendapatan, isterinya menawarkan tuisyen matematik dan sains waktu petang kepada anak-anak jirannya yang datang kerumahnya dengan yuran RM40 sebulan seorang.

Masuk bulan ke-11,isterinya terpaksa memujuk pembantu rumahnya supaya bersetuju dibayar separuh gaji sahaja buat sementara waktu dan selagi keadaan mendesak. Beliau berjanji ,apabila sudah mampu nanti beliau akan membayar lebih daripada jumlah gaji yang terhutang. Mujurlah bibi Indonesia itu baik dan memahami keadaannya.

Masuk bulan ke-12,wang dalam akuan banknya tinggal RM27. Masuk bulan ke-13, beliau sudah tidak dapat membayar duit ansuran keretanya. Selepas tiga bulan tertunggak, bagi mengelakkan keretanya ditarik,beliau terpaksa menebalkan muka berjumpa seorang kawannya dan minta kebenaran menyimpan keretanya dirumah kawannya itu. Beliau kemudian membeli motosikal terpakai menggunakan wang isterinya bagi menghantar dan mengambil isterinya ke stesen LRT tiap-tiap hari.

Bagi berjimat,isterinya membeli kain-kain lampin bagi anak keduanya bagi menggantikan kain lampin pakai buang. Kain kain lampin itu digunakan sehingga nipis dan koyak, baru di ganti dengan yang baru. Baju dalam dan seluar dalam yang sudah longgar getahnya tidak mampu ditukar dan terus dipakai oleh isterinya.

Seminggu sekali,pada hari Ahad ,selepas sembayang subuh,beliau dan isterinya naik motosikal pergi ke pasar borong membeli ikan selar,sardin dan pelalin sebagai lauk. Di dapur sudah lama tidak ada beras siam, yang ada beras murah. Tidak ada lagi botol sos cili,tomato,nescafe ataupun jus oren. Sekiranya ada tetamu berkunjung,hanya teh-o yang dihidangkan bibi. Milo bungkusan kecil dibeli semata-mata untuk anak sulungnya. Sabun basuh, ubat gigi dan syampu yang dibeli pun saiz kecil sahaja dan jenama paling murah,digunakan berdikit-dikit.

Talian telefon rumahnya sudah dipotong,maka tamatlah riwayat laman webnya. Kemudia telefon bimbitnya pula di potong dan tamatlah riwayat papan iklannnya di pokok-pokok.
Estimnya jatuh parah. Hendak keluar rumah pun beliau berasa malu. Berat badannya sudah banyak susut,begitu juga berat badan isterinya.

Hubungan intim dengan isterinya terjejas teruk. Beliau mula tidak berani bercakap apa-apa dengan isterinya disebabkan beliau tahu nasi yang disuapkan itu adalah pembelian isterinya. Apa yang disuruh isterinya,terus dibuatnya tanpa bercakap sepatah pun. Beliau takut tersalah cakap,khuatir isterinya akan menempelaknya.
Bagi menunjukkan beliau bertimbang rasa atas kesukaran dan kesusahan yang turut ditanggung isterinya,beliau melakukan kerja-kerja rumah seperti membuang sampah,menukar lampin anak dan mengemas katil. Mujurlah isterinya anak sulung dan berasal dari kampung yang susah dan mempunyai ramai adek beradik,jadi isterinya memang pandai hidup cara orang susah.

Perkara paling sukar dikendalikan adalah perasaannya apabila memandang kedua-dua orang anaknya yang masih kecil. Hatinya paling tertekan apabila beliau ternampak kain lampin anak keduanya basah.

Sepanjang masa itu ,apabila ada kenduri-kendara saudara mara dikampung mereka tidak mampu balik. Malah pada tahun itu ,beliau dan isterinya tidak mampu pulang berhari raya dikampung. Pada suatu masa ayah mertuanya di kedah di masukkan ke hospital,isterinya terpaksa meminjam duit dari rakan sekerjanya bagi belanja minyak dan tol.

Mereka memulakan perjalanan jam 2 pagi kerana hendak mengelak dari bertembung dengan JPJ ataupun Polis di sebabkan keretannya sudah tidak mempunyai cukai jalan dan insuran kemalangan.

bersambung...

Read more...

Wednesday, October 3, 2012

2012 " kosong "....

0 comments
Salam Kembali.....

Saya memasuki tahun 2012 dengan jiwa "kosong", poket "kosong",reputasi "kosong" dan boleh dikatakan semuanya 'kosong" dan blog ini juga hampir "kosong". Kali terakhir pada 15 Jun 2012 blog ini di kemaskini.

Amat terasa "kemalasan" untuk berbuat sesuatu kerja "kosong" mcm ni. Tapi hari ini semangat yang telah "kosong" hampir satu tahun ini kembali berputik macam pokok kelapa yang dah lama tidak berbuah tetapi hari ni dah berbunga dan ada yang berputik. Cuma belum tahu putik ini akan menjadi buah atau tidak. Atau kalau dah berbuah pun belum tahu buah tu boleh dimakan atau tidak.

Saya pasti ramai yang baca blog ini, atau mungkin ada segelintir yang menunggu kemunculan posting di blog ini. Ada beberapa kemungkinan kategori pembaca blog ini diantaranya mungkin terdiri dari insan-insan yang pernah berurusan dengan saya, dikalangan pembaca-pembaca yang sudah lama mengikuti perkembangan tulisan di blog ini atau mungkin juga dikalangan 'searcher' atau 'pencari' maklumat diinternet yang tersesat ke link blog ini.

Hurmm...walaupun siapa anda yang membaca blog ini ,walauapapun sangkaan anda dan fikiran anda serta kata-kata anda terhadap blog ini, hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana masih teringin dan sudi melihat serta membaca blog yang tidak punya nilai  ini.

Saya akan cuba kembali menulis di blog ini walaupun sibuk dengan urusan duniawi yang entah sampai bila akan selesai. Kepada yang sabar menanti kemunculan 'sesuatu' di blog ini ,saya ingin  melahirkan rasa kegembiraan atas kesabaran anda, sesungguhnya kesabaran anda akan ada hasilnya.

Saya tidak berani menjanjikan masa yang tepat sebagai terusan janji, tapi saya hanya boleh berjanji terhadap usaha untuk mengotakan janji janji saya terhadap anda dan blog saya ini.

Tahun 2012 adalah tahun saya membawa angka "Kosong" atau "0" dan kini sudah berada dipenghujung tahun 2012 pun saya masih tetap membawa angka "Kosong". Namun saya percaya angka tersebut tidak akan selamanya "Kosong" akan berubah keangka-angka seterusnya hanya usaha ,takdir dan waktu yang akan menentukannya. Bagi yang boleh bersabar ,saya ucapkan terima kasih.

Selamat Berjaya
Read more...

Saturday, May 26, 2012

Where..?

0 comments
Where i am ?

15 JUN 2012
Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards