Pages

 

Monday, July 5, 2010

Baru Berusia 15 Tahun Melarikan Diri atau Dilarikan ...???

0 comments










Mangsa - Noor Ameelia Shatierra Shamsuddin, 15 tahun
Saspek - Ahmad shamsul Ahmad Alias , 22 tahun

Sebarang maklumat , hubungi:
Shamsudin (bapa) - 017-6456754, 012-6251300
Abd. Razak Ahmad (Bapa saudara) -012-9039181
atau mana-mana balai polis


Bukit Sentosa
Rawang, Selangor

1 Julai lalu, rakan saya, Syahril A. Kadir , yang juga seorang blogger dan kolumnis di mStar Online, menelefon dan meminta bantuan hebahan mencari anak buah rakannya yang telah menghilangkan diri bersama teman lelakinya.

Noor Ameelia Shatierra Shamsudin, menghilangkan diri dari rumah di Jalan Telipot, Bukit Sentosa, Rawang pada awal pagi, 24 Mei lalu dipercayai mengikut teman lelakinya, Ahmad Shamsul Ahmad Alias atau Sham, 22.

Yang menariknya, Noor Ameelia juga berusia 15 tahun.

Lawati Facebook ini

Kisah ini pula ibarat melepaskan anjing tersepit, apabila lelaki bernama Sham itu sebelumnya merupakan pekerja di kedai makan milik keluarga Ameelia.

Lelaki ini diberikan kerja setelah keluarga terbabit bersimpati dengan nasibnya yang mendakwa diberhentikan kerja dan kononnya tidak dipedulikan keluarga.

Malah dia diberikan tempat tidur di kedai makan itu.

Setelah 4 bulan, segala-galanya mula berubah apabila lelaki itu ditegur kerana menaruh hati kepada Ameelia yang masih dalam tingkatan 3.

Ameelia juga tiba-tiba berubah perangai menjadi panas baran, menjauhkan diri dari keluarga , dan sehingga solat tanpa mengikut arah kiblat yang betul.

Keluarga percaya, Ameelia terkena ilmu hitam kerana perubahan wataknya begitu mendadak dan tanpa diduga.

Akhirnya, kedua-duanya menghilangkan diri.

Lebih parah lagi, apabila keluarga terbabit melalui nenek saspek yang memaklumkan, saspek mempunyai beberapa rekod jenayah, waran tangkap, pernah terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan dikenakan perintah sekatan.

Kes di Kuantan ini juga membabitkan remaja perempuan usia 15 tahun yang melarikan diri setelah ditegur kerana memakai seluar jeans ke sekolah.

Che Nanorgiha Che Naza, pelajar tingkatan 3 SM Bukit Rangin, Kuantan, dilaporkan menghilangkan diri sejak hujung bulan lalu.

gambar-gambar lain akan menyusul ....

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards