Pages


 

Wednesday, May 17, 2017

0 comments

Baru sedar sudah lama jugak aku tidak menulis di blog tradisional ku ini . Barangkali disebabkan sekarang banyak masa di habiskan di 'muka buku' hingga blog sudah tidak di minati.

2017 kini dan dah nak menghampiri pertengahan 2017 . Umur ku sudah hampir ke 41 , bila di amati rancangan 10 tahun yang lalu masih belum tercapai namun insyAllah hampir di gapai dengan izinNYA nanti.

Hampir ke hujung semenanjung aku kini, sesungguhnya memang sangat banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi. Aku selalu berpesan kepada anak2 muda , dan juga pendamping aku bahawa jangan sia siakan masa yang kita ada kelak kita akan merana dan menyesal tak berguna.

Ada yang mengatakan masa tidak cukup , tapi bukankah masa yang di berikan sama 24 jam untuk semua orang ? tapi mengapakah kita masih mengatakan tidak cukup masa. Kita yang menguruskan masa yang diberikan oleh kita , cukup atau tidak kita yang urus, atas kebijakan kita mengendalikannya.

Ada yang menghasilkan 1juta dalam 24 jam ada yang menghasilan RM1000 dalam 720jam . Berapa yang kita mahu hasilkan adalah bergantung kepada diri kita sendiri.

Ada yang bertanya kepada saya , Tuan bijak mengajar orang dan melatih orang hingga ada pelatih tuan memiliki gedung besar kini tapi kenapa tuan tidak berjaya seperti itu ? Jawapan saya ialah bukan itu matlamat saya , Macam seorang Guru Tua saya , matlamat dia hanya mahukan anak didiknya berjaya dan menjayakan menjadi orang yang bermanafaat di masa depan.

Lalu apa kah maksudnya di sini dengan memanafaatkan masa yang di beri sama semua orang ini yang membezakan perolehan masing-masing adalah kebijakan ,ilmu dan pengalaman masing-masing.

"Knowledge is a Power " Ilmu pengehtahuan adalah kuasa . Tanpa ilmu kita tiada apa-apa . Untuk menuntut ilmu tersebut tidak semestinya di sekolah saja tapi juga boleh di luar , Kewajipan menuntut ilmu dan syarat menuntut ilmu tidak terhad kepada individu tertentu. Jika kita miskin tidak semestinya kita tidak boleh menuntut ilmu. Ilmu boleh di tuntut di mana-mana , Carilah guru , ada anak yang tidak bersekolah tetapi memulakan kerjaya sebagai pembantu mekanik dan kini berjaya membuka 3 buah bengkel motosikal , gurunya adalah rakan mekaniknya ..dia belajar dan terus belajar. Maka dalam hal ini untuk berjaya maka kita harus terus belajar dan carilah guru yang boleh mengajar kita menjadi apa yang kita mahu.

Sekian untuk hari ini .

Seng Wanie , 17 Mei 2017
Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards