Pages


 

Saturday, April 26, 2008

Mereka Berniaga Juga..

0 comments
Cerita kali ini ialah pasal "berniaga".



Si A dan Si B berniaga "Nasi Lemak". Si A berniaga dari pukul 5ptg hingga pukul 7ptg kira-kira 2 jam, Si B berniaga dari pukul 7ptg hingga pukul 12mlm. Si A dan Si B berniaga di lokasi yang hampir sama tetapi agak jauh sedikit jarak perniagaan mereka. Si A dan Si B menggunakan modal pusingan yang sama,kaedah dan menu yang sama.

Namun keputusan yang diperolehi oleh mereka tidak sama di mana Si A mendapat hasil jualan sebanyak myr130.00 manakala Si B mendapat hasil jualan sebanyak myr70.00 dimana silapnya? Kenapa keputusan hasil jualan mereka berbeza sedangkan mereka menjual nasi lemak yang sama menggunakan kaedah dan menu yang sama.

Melalui pemerhatian saya, satu faktor yang tidak di perhatikan disini ialah faktor persekitaran dan trend kawasan tersebut. Dimana waktu 5ptg hingga 7ptg ialah waktu dimana adanya "Demand". Demand yang saya maksudkan disini ialah pada waktu tersebut ialah waktu para pelanggan lapar dan baru pulang dari tempat pekerjaan mereka. Tetapi waktu SI B berniaga dari pukul 7ptg hingga 12mlm adalah waktu tidad DEMAND iaitu waktu pelanggan sudah makan dirumah atau waktu pelanggan sudah mahu tidur.


Dalam hal ini dan mengikut prinsip pemasaran ada 4 perkara iaitu PRODUK,PRICE,PLACE(TIMING) & PROMOTION, dalam keadaan mereka (Si A & Si B) Si B telah berniaga pada masa yang salah iaitu waktu operasi perniagaan mereka tidak sesuai.

Perkara-perkara seperti ini jarang diperhatikan ini kerana kebanyakan dari kita berniaga cuma pada minat tetapi tidak pada ilmu dan pengetahuan berniaga. Itu sebabnya kadang-kadang kita gagal dalam perniagaan kita.

Kita harus "buat barang yang boleh dijual" bukan "jual barang yang boleh di buat".
Read more...

Thursday, April 24, 2008

Salah ke "Salah" ?

1 comments


Salah ker orang yang bersalah? Pelik kan persoalan kali ini ? Tidak bagi saya tak pelik sebab yang salah tidak selamanya akan buat salah begitu juga yang baik tidak ada jaminan untuk terus buat baik.

Baik yang jahat atau yang baik akan di pertemukan dengan ujian terhadap diri mereka dalam perjalanan hidup mereka. Kita selalu mencemuh,memaki malah menghindari mereka yang berbuat salah. Tahukah kita bagaimana perasaan mereka ? Pernahkah kita tanya mereka kenapa mereka berbuat salah? Sengajakah mereka ?

Kita selalu membuat rumusan hanya melalui apa yang kita lihat sahaja tetapi tidak dengan apa yang kita dan mereka rasa, Kita suka membuat tuduhan tanpa bukti dan tanya ruang pembelaan. Seperti orang yang kita nampak mencuri kita terus katakan ia salah dan ia pencuri . Adilkah begitu ? Bagi saya tidak adil. Sepengetahuan saya Islam juga tidak mengajar kita berterusan menghukum begitu . Hukum Hudud misalnya punyai tatacara untuk dilaksanakannya. Seperti kepada perlaksanaan Hukuman potong tangan sebab mencuri , bukan suka suka hati terus potong tangan . Untuk mengadili seseorang yang mencuri mestilah punyai saksi dan saksi juga mestilah yang adil dan menjadi saksi untuk menegakkan Hukum Allah, dan semua faktor dakwaan mestilah menjurus kepada bukti bukti yang kukuh bukan sahaja bukti fizikal tapi juga bukti mental. Sebab musabab yang tertuduh melakukan curi juga harus di teliti. Adakah sekiranya beliau mencuri kerana sudah tidak ada makanan untuk diberi kepada anak isterinya akibat kesempitan danyang dicuri adalah makanan,haruskah di jatuhkan Hukum potong tangan ?

Saya ingin mempersoalkan sikap kita yang mudah menghukum seseorang itu dengan begit mudah dengan hanya berdasarkan apa yang kita lihat sahaja. Seseorang yang salah bukan setakat curi tapi kesalahan lain juga tidak harus dilihat sebagai seorang yang salah semata-mata tetapi haruslah dilihat sebagai manusia biasa yang kadangkala melakukan kesilapan. Kita sebagai orang yang tahu haruslah membimbing dengan hidayah, kerana tertegaknya islam bukan hanya melalui mata pedang. Tetapi dengan kefahaman dan pendidikan yang mencetuskan hidayah.

Kita lihat senario sekarang ini yang sarat dengan gejala sosial dan budaya. Saya tidak bercakap tentang masyarakat melayu tetapi bercakap tentang segelintir anak-anak masyarakat islam yang rata-ratanya hampir runtuh moralnya. Akibat apa ? akibat kurangnya tumpuan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak. Salahkah anak-anak itu ? Bagi saya seseorang itu boleh dikatakan salah dan betul betul salah apabila dia tahu benda itu salah tapi dia buat juga. Dan dibuat berulang-ulang kali kesalahan itu. Menyentuh soal moral anak muda masa kini sudah jenuh di perbincang dan di perdebatkan, jadi saya tidak mahu mengulasya lagi.

Ada orang kata saya banyak bercakap dan pandai bercakap tapi tidak ada kesan perlaksanaan? Betul saya setuju tetapi haruskah kita diam saja. Bercakap dan tidak melakukan apa-apa lebih baik daripada diam tidak melakukan apa-apa.

Hari ini kita sudah berada di bulan April 2008. Teruskan perjuangan walau siapapun kita..
Read more...

Kembali Membangun...

0 comments

Setelah sekian kalinya aku gagal dalam banyak perkara, kali ini aku bangun kembali mencuba untuk seterusnya. Aku mempertaruhkan 3 bidang utama pada sesi percubaan kali ini. Bidang tersebut ialah Makanan, Perubatan dan Pembekalan (Kontraktor Pembekal Am).

SaffronRice Food & Caterer bergiat dalam bidang pembekalan dan penyediaan makanan, Hospart Medical Supplies bidang pembekalan perubatan dan Avicenna BS dalam bidang Am yang meliputi rundingan,pembekalan dan pembangunan.

2 daripadanya di miliki sepenuhnya oleh aku sendiri dan satu daripadanya adalah perkongsian yang mana aku memegang hanya 40% kepentingan, dan dalam masa yang sama aku jugak pemegang sejumlah kepentingan dalam Mehrab (M) Sdn Bhd yang bergiat dalam bidang peruncitan namun pengurusannya di pegang oleh 2 rakan kongsi dalam syarikat yang memegang 30% kepentingan asing dalam syarikat tersebut.

Semua melibatkan pelaburan bernilai lebih 20k yang meliputi kos perancangan,pra operasi dan penyediaan kemudahan. Ianya dijangka mengalami proses pra-pembangunan selama 6 bulan bermula dari 1 Januari 2008 hingga 1 Mei 2008 dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun 2008.

Kesemua tersebut adalah merupakan pertaruhan terbesar sejak aku terjun,timbul dan tenggelam dalam bidang perniagaan yang begitu mencabar ini.

8 kegagalan direkodkan sepanjang perjalanan menyusuri lembah pergolakan perniaagaan sejak 1996 dan setiap kegagalan yang berlaku itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. 4 bidang utama yang pernah ku ceburi iaitu Makanan, Perabot,Perubatan dan Elektronik (Komputer) yang mana kesemunya menemui kegagalan selepas kejayaan.

Kini aku kembali semula mengorak langkah menongkah arus pergolakan segit dalam dunia perniagaan tersebut yang rata-ratanya di kuasai oleh kaum China di Malaysia ini.

Ada org yang bertanya kenapa aku tidak terus bekerja "makan gaji" atau dalam istilah lain "kerja tetap". Aku berpendirian bahawa adalah menjadi satu tanggungjawab aku sebagai orang islam untuk menguasai bidang pernigaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh orang bukan islam. Ianya juga adalah tuntutan fardu kifayah dimana sektor makanan dan perniaagaan haruslah dikuasai oleh orang islam. Kalau aku terus makan gaji dan kalau semua umat islam berkerja makan gaji siapa pula yang akan memberi gaji. Kalau semua berbaris untuk ditemuduga untuk 1 kekosongan jawatan kerja kenapa tidak kita yang wujudkan kerja sendiri. Kita seakan sudah biasa dengan fikiran "sekolah rajin2 sampai boleh KERJA disyarikat besar, kenapa tidak kita kata sekolah rajin2 sampai boleh BELI dan MILIKI syarikat besar?. Itu yang sepatutnya. Aku tidak anti kerja makan gaji tapi aku harus keluar dari budaya makan gaji demi keadaan dan tuntutan untuk mewujudkan peluang pekerjaaan kepada orang islam yang 80% adalah pengganggur terbesar. Dan kebanyakan penganggur ini adalah lepasan Universiti yang rata2nya punyai kelulusan akademik yang bagus.


Mampukah aku ? sudah tentu aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Dalam hal ini sudah tentu tidak ada cara lain yang lebih baik dari penggabungan kepakaran dan pengalaman dengan rakan2 di bidang lain. Tidak ada manusia yang berjaya seorang diri. Semuanya berjaya hasil pengabungan tenaga minda dan tenaga kerja. Jadi apakah yang aku lakukan ? Dalam keterbatasan waktu dan kekeringan modal dan ketidakupayaan untuk menongkah arus sendirian maka aku tidak dapat tidak harus meminta bantuan dari pihak lain untuk mengukuhkan sokongan dan dorongan untuk melaksanakan apa yang dirancang itu. Kalau dalam politik kejayaan satu2 parti itu adalah dengan sokongan dan kerjasama ahli-ahlinya berasaskan kepada kredibeliti pemimpinnya, begitu juga dalam bidang perniaagaan kejayaan sebuah perniagaan itu bergantung kepada kreativiti pengurusan dan sokongan pembelian penggunanya.


Tidak takutkah aku dengan kegagalan ? Sama sekali tidak, aku pernah banyak kali gagal bukan setakat kegagalan dalam dunia perniagaan malah hampir2 mengalami kegagalan hubungan. Pengalaman yang lalu dalam kegagalan akibat dari membuat Keputusan Yang Salah mematangkan aku untuk berusaha membuat Keputusan Yang Betul pada masa akan datang. Aku menggunapakai prinsip "Meneroka Dunia Siapa Berani Dia Menang" dalam hal menangani masalah ketakutan ini. Aku tidak seharusnya takut gagal,takut gagal bererti takut untuk berjaya, tidak ada kejayaan tanpa dimulai dengan kegagalan, Tak ada orang yang dilahirkan terus pandai berjalan pasti jatuh dahulu, tak ada orang terus pandai mengayuh basikal, begitulah.


Read more...

Ku Takkan Berpaling

0 comments


Ku takkan berpaling dari agamaMu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrahkan dan bersujud

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah


Tuhan... berikanlah hidayahMu
Oh Tuhan... ku bersyukur atas rahmatMu
Oh Tuhan... limpahkan kurniaMu
Kuatkan lah imanku
Luaskan fikiranku
Lapangkan lah hatiku
Ampunilah dosaku Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau Maha Tahu...

Hanya Kau yang satu
Tempatku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohonkan doaku Ya Allah

Amin...Ya Rabbal Alamin
Read more...

Wednesday, April 23, 2008

Mencari Jalan Pulang...

0 comments
Mencari Jalan Pulang
Semoga Video Clip Ini Bisa Memberi Keinsafan Kepada Kita



Video yang pertama ini mengisahkan tentang pengakuan seorang remaja perempuan bernama Dora (bukan nama sebenar) yang telah dimurtadkan oleh teman lelakinya yang beragama Kristian. Seluruh anggota keluarga teman lelakinya menyokong tindakan Dora tersebut. Akhirnya, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Atas arahan mahkamah, beliau dimasukkan ke Raudhatus Sakinah untuk ditarbiyyah. Video ini banyak mengingatkan kita supaya sentiasa berusaha mendalami ilmu agama. Tanpa adanya ilmu yang cukup di dada, kita akan mudah terjebak dalam gejala yang sememangnya dilaknat oleh ad-deen ini.

” Ya tuhan kami, jangan jadikan diri kami condong setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah yang maha pemberi kurnia.” (Surah Ali Imran)
Read more...

Bangunan Yang Condong Itu..

0 comments

Bukan mudah hendak membetulkan bangunan yang sudah condong. Apatah lagi dalam keadaan kemampuan yang terbatas dimana tanpa alatan yang canggih dan sokongan yang teguh. Cukup mudah untuk melihat dan berkata-kata , mengkritik dan memberi komen. Hakikat dan tangungjawab yang dipikul oleh adalah cukup perit.

Dalam keadaan dimana kita dilihat,diperhatikan dan diteliti tentang apa yang kita lakukan dan laksanakan kadangkala menghilangkan keyakinan untuk terus bertahan dengan apa yang ada. Walaupun apa pun kita tetap dipertanggungjawabkan terhadap apa yang telah berlaku,sedang dan akan berlaku hasil dari apa yang kita lakukan.

Dalam keterbatasan waktu, ketidakcukupan serta kemampuan dan tenaga yang kecil, membetulkan bangunan yang condong cukup sukar, seperti meredah belukar yang berduri.

Hakikatnya lagi, ada harapan dan pengharapan agar bangunan yang condong diperbetulkan. Agar boleh dihuni dan didiami ,meskipun sunyi dan digeruni.
Read more...

Monday, April 21, 2008

Rapuhnya nilai akhlak manusia masa kini

0 comments
Ustaz Zainudin Hashim
Fri Apr 11, 08 9:08:22 am MYT

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain.

Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.

Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.

Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.

Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.

Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.

Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.

Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.

Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.

Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.

Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".

Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.

Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

Read more...

Saturday, April 19, 2008

Aduhai Melayu...

0 comments

Orang mengantuk disorongkan bantal
Sudah disorong tak pula nak tidur
Hendak berniaga tak cukup modal
Diberi modal tak menjadi juga

Belumlah duduk sudah berlunjur
Sakitnya badan tidak terperi
Belumlah untung sudah berhibur
Hutang dibawa sampai ke mati

Nasilah sudah menjadi bubur
Apalah lagi hendak di kata
Darilah hidup mati kebulur
Makanlah sajalah bubur yang ada

Banyaknya sungguh bangunan tinggi
Yang nama kita payah dicari
Negara menuju negara industri
Kita menumpang di bumi sendiri

Takkan Melayu hilang di dunia
Yakinnya sungguh Datuk Hang Tuah
Kalaulah kita malas berusaha
Melayu tak hilang
Yang hilang maruah

Bangun segera pada yang tidur
Yang sudah jaga
Aturlah langkah
Biar bertatih, jangan berundur
Daulatan bangsa,
Di bumi bertuah….
Read more...

Saturday, April 12, 2008

Serabut la plak..

0 comments

Serabut la pulak kepala otak aku neh, banyak bende nak kenal setlekan, adeii...

Huh, kena sabar neh, nak jadi pemimpin yang berjaya kena hadapi dengan tenang bende-bende mcm neh..Astaga...
Read more...

Monday, April 7, 2008

Sufiah Yusof - Antara realiti dan tragedi

0 comments

Kenyataan yang di keluarkan oleh akhbar Metro bertarikh 7 April 2008 yang meletakkan tajuk " Saya bagai puteri (Sufiah bangga jadi pelacur kelas atasan )" adalah saya kira agak keterlalun. Keterlaluan yang saya nyatakan disini ialah cerita tentang sufian yang begitu bangga menjalani hidup sebagai pelacur itu. Cerita tersebut boleh menimbulkan satu bentuk pandangan yang tidak baik serta mungkin boleh mempengaruhi serta menjadi pendorong kepada remaja-remaja perempuan untuk mengikuti jejak beliau.

Saya melihat pendedahan tersebut sebagai "kurang ajar" sekali. Malah dalam cerita beliau (Sufiah) berjinak dengan perbuatan keji tersebut setelah beliau membaca buku dan mungkin terpengaruh dengan buku yang beliau baca " Belle De Jour's Diary Of A London Call Girl" malah beliau kagum dengan pengalamannya dalam buku tersebut.

Pendedahan seperti ini boleh memberi implikasi besar dan buruk terutama kepada remaja-remaja yang kurang pendidikan agamanya. Pendedahan ini di bimbangi akan mempengaruhi tabiat remaja di masa kini...
Read more...

Sunday, April 6, 2008

Jalan - Halal Dan Haram ( Masa Kini )

0 comments

Bismillah,

Assalamualaikum wth,

Jarang sekali kita membicarakan tentang "Jalan - Halal & Haram ", pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana di kesempatan dan kelapangan untuk memulakan blog yang tidak sepertinya ini. Mudah mudahan tangan dan jari yang bersedia berkhidmat ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Jalan -Halal & Haram itulah tajuk pertama tulisan saya di blog ini. Saya kira tajuk ini amat penting untuk di huraikan memandangkan kekalutan keadaan masa kini.

Apa yang ingin di nyatakan ialah betapa Jalan untuk melakukan perkara yang halal sukar dan payah berbanding jalan untuk melakukan perkara yang haram. Kalau dahulu jarang dan amat sukar untuk kita bertemu dengan anak-anak remaja berpegangan tangan tetapi sekarang seoalah-olah satu kemestian buat mereka, begitu juga bersekedudukan tanpa nikah juga dilihat semakin sudah menjadi kebiasaan dan tampak macam begitu mudah untuk dilakukan.

Tetapi perkara-perkara yang halal seperti aktiviti-aktiviti ceramah agama pulak nampak begitu sukar untuk diadakan. Dimanakah punca kepincangan perkara ini ?
Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards