Pages


 

Wednesday, July 7, 2010

[ Siri Rahsia & Petua Niaga ] Sejarah Bisnes Orang Cina

0 comments

"Jika dahulu bapanya berniaga air tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin"


Semasa negara kita mencapai kemerdekaan , pengenalan atau identiti kaum dibuat berdasarkan bidang pekerjaan yang diceburi. Orang melayu dikaitkan dengan sektor pertanian dan bekerja sebagai petani. Orang cina pula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Orang india tinggal di estet dan bekerja dalam sektor perladangan. Selepas hampir lima dekad negara merdeka,pengenalan kaum berdasarkan sektor pekerjaan mula hilang. Semakin ramai orang melayu dan india menceburi bidang perniagaan. Manakala dikalangan orang cina ,perniagaan terus menjadi teras kepada pekerjaan utama mereka.


Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada awal tahun 1970-an berjaya melahirkan sejumlah usahawan,ahli perniagaan dan tokoh koporat dikalangan penduduk bumiputera samada yang beragama islam ataupun tidak. Sekali gus membuktikan bertapa perniagaan adalah bidang yang boleh dipelajari dan tidak semestinya dimonopoli oleh mana-mana kaum. Namun begitu,usaha bagi memecahkan penguasaan orang cina dalam bidang ekonomi masih tidak dapat dilakukan sehingga kini. Ini kerana ,hubungan perniagaan orang cina begitu rapat sekali sehingga tidak dapat dipisahkan apabila kita bercakap berkenaan kaum itu.


Orang cina menguasai seluruh ruang lingkup perniagaan daripada perniagaan yang berskala kecil sehingga kepada penguasaan syarikat yang bertaraf konglomerat. Sejarah yang dilalui oleh orang cina untuk menjadi peniaga yang berjaya penuh dengan seribu satu liku. Mereka datang ke Asia Tenggara dibawa oleh penjajah British dan Belanda supaya berkerja di lombong dan ladang-ladang. Kedatangan orang cina membawa banyak perubahan kepada struktur,sistem dan senario ekonomi dirantau ini. Pada awalnya ,mereka datang sekadar hendak cari makan dan selepas itu pulang kenegara asal dan kampung halamannya. Orang cina datang tanpa membawa keluarga. Tujuan mereka adalah mencari dan mengumpul duit. Dengan wang yang diperolehi itu , mereka berharap dapat menampung kehidupan keluarga.


Mereka berhijrah kerana terpengaruh dengan cerita yang mengatakan betapa mudahnya mencari duit di Asia Tenggara. Rantau ini ibarat lombong emas yang dapat menjadikan sesetengah oran itu kaya raya. Apa yang diperlukan adalah tenaga empat kerat,kerja kuat dan rajin berusaha. Apabila mereka sampai kesini, segala gambaran yang diperolehi adalah indah khabar dari rupa. Kehidupan dirantau orang tidak mudah dan sesetengahnya terpaksa bekerja sebagai kuli sepanjang hayatnya. Pendapatan yang mereka perolehi amat sedikit tidak sejajar dengan bebanan kerja yang mereka lakukan.


Namun keadaan ini lebih baik dari mati kelaparan di negara asalnya. Di sini mereka boleh kenyang makan. Asalkan rajin ,mereka tidak akan kebuluran. Kesusahan yang dialami itu akhirnya membantu orang cina berjaya dalam perniagaan. Mereka sudah biasa berhadapan dengan situasi yang sukar dan sebarang bentuk masalah yang dihadapinya dalam perniagaan tidak sedikit pun menggugat dan mengganggunya.


Sejarah perniagaan orang cina bermula dalam bidang peruncitan. Daripada bidang perniagaan inilah orang cina memperoleh pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi perlbagai karenah manusia.


Sejarah niaga orang cina menunjukkan banyak perubahan besar dan mendesak. Bandingkan sejarah awal kedatangan orang cina ke malaysia dengan kedudukan orang cina dewasa ini. Kita akan dapati antara generasi pertama yang mula-mula datang dengan generasi yang seterusnya memperlihatkan perbezaan itu, mereka mempunyai satu persamaan iaitu semangat bagi meningkatkan taraf hidup dan keyakinan pada perniagaan sebagai mekanisme bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi peribadi,keluarga.komuniti dan bangsanya.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards