Pages


 

Tuesday, May 28, 2013

Hidup Gelandangan 2 tahun yang lalu

0 comments
Masalah akan datang setiap hari. 2 Tahun dulu bila saya di hadapkan dengan masalah besar ,pada ketika itu saya seperti ingin mahu melarikan diri kerana tidak mampu menghadapinya. Saya berfikir jika saya melarikan diri adakah masalah tersebut akan selesai. Ya saya akui saya pernah melarikan diri dengan alasan lain daripada masalah. Akibatnya masalah tu diselesaikan oleh orang lain dan menyusahkan orang lain dan mereka terpaksa menyelesaikannya. Dimana harga diri saya . Masalah saya orang lain yang tolong selesaikan Saya dikecam hebat. Maruah diri sudah tiada. Ketika itu saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya . Fikiran saya jadi buntu. Jiwa saya jadi kacau.Saya sudah tidak nampak jalan lain melainkan " Mati" dan "Berdiam" diri. Saya kembali membaca semua buku2 petua kejayaan yang telah saya simpankan dalam kotak usang di stor rumah. Namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Jiwa saya terlalu kacau dan tidak tenteram. Bermunajat kepada Allah swt. Tapi sangat malu, kerana jujur saya mengatakan bahawa ketika saya berada di ambang kejayaan saya lupa kepada Maha Pencitpa,. Saya malu dan tersangat malu kerana ketika saya berada dalam kesulitan dan kesusahan baru saya kembali merayu kepadanya memohon pertolongan. Kejayaan tanpa kekuatan keimanan akan membuatkan kita hanyut dalam kealpaan tentang siapa Tuhan yang Maha Esa. 

Saya mengambil keputusan untuk keluar rumah ,berjalan kaki, pada ketika itu jam 11.00mlm. Saya sebenarnya tidak tahu kemana hendak dituju. Mahu pulang ke kampung malu. Nak minta tolong kawan-kawan adalah tidak mungkin sama sekali. Saya berjalan kaki sejauh lebih kurang 8 kilometer, kerana tiada perhentian bus berhampiran dirumah saya. Tiada teksi dan tiada bus melalui kawasan rumah saya. Saya dikejar anjing liar ketika melalui satu kawasan dalam perjalanan ke perhentian teksi 8 kilometer dari rumah saya. Inilah harga yang saya perlu bayar. Saya kehilangan keluarga, saya kehilangan harga diri. Dalam fikiran saya ketika itu hanya terfikir mahu ke Puduraya , dan saya ingin bersama-sama dengan pengemis dan kutu jalan yang mendiami lorong-lorong sunyi dan sempit di sekitar hentian puduraya.

Saya tidak ada duit yang banyak dan saya hanya membawa 3-4 helai baju ketika itu. Serius saya memang sudah berfikir untuk bersama mereka ( pengemis ) atau dalam bahasa lain 'Manusia Gelandangan" Saya melihat dunia saya akan berakhir disitu ketika itu. Saya ada keliuarga tapi saya tidak mahu terus menyusahkan mereka, ayah dan ibu saya sudah terlalu tua untuk mendengar masalah saya . Saya tersanga-sangat memerlukan seseorang , saya sangat2 memerlukan teman untuk berbicara ketika itu. Maka saya rasa tidak ada lain mungkin bakal rakan "gelandangan" saya nanti boleh menerima saya. Kerana saya rasa nasib saya ketika itu sama dengan mereka.

Saya sudah tidak peduli dengan kebersihan saya dan saya sudah tidak peduli dengan tahap kesihatan saya ketika itu. Saya menaiki bus ke puduraya. Sampai di puduraya saya hanya berehat dikerusi . Hanya melihat gelagat manusia disana yang berbagai rupa dan gaya. Saya masih memikirkan tentang nasib saya. Kemana saya selepas itu dan bagaimana saya di masa depan saya tidak tahu. Saya sudah menutup keinginan dan kehendak besar saya. Saya sudah merasakan bahawa tiada cahaya yang terang buat saya. Pukul 2pagi pengawal keselamatan menghalau saya dan beberapa orang yang masih di situ kerana pudurraya mahu ditutup, ketika itu puduraya masih sedang dalam 'pengubahsuaian' masih belum di buka sepenuhnya. Saya beredar ke KFC di hadapan puduraya.

Saya tidak mempunyai banyak wang untuk makan ketka itu jadi saya hanya menumpang duduk di dalam KFC sehingga pukul 4pagi, dan selepas itu saya dan beberapa orang yang berada di KFC diminta untuk berada diluar kerana pekerjanya mahu tutup sementara untuk pembersihan. Saya keluar dan duduk di tepi pintu kedai berhampiran. Saya sudah benar-benar seperti orang gelandangan yang tidak punyai rumah dan tidak ada keluarga. Keluarga dan segelintir kawan2 yang masih ingat menelefon saya tapi saya tidak mahu jawab sebab saya malu dengan mereka. Saya malu kerana dulu saya berada dipentas seperti seorang bos seperti seorang pakar motivasi , mana mungkin seorang pakar motivasi boleh berada dan tidur dikaki lima. Sangat tidak mungkin . Tapi itulah yang terjadi dan itulah kenyataannya.


Read more...

Thursday, May 23, 2013

0 comments

Dunia adalah tempat kita bercocok tanam. Sedang akhirat, tempat kita menuai hasil. Meski demikian, Islam tak pernah melarang umatnya untuk berikhtiar mengais rezeki dunia. Hanya saja, ada beberapa rambu-rambu yang harus diperhatikan dalam mencari rezeki tersebut:

1. Mencari Rezeki adalah Ibadah
Motivasi paling kuat dalam mencari rezeki adalah menjadikannya sebagai amal ibadah. Firman Allah, “Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah karunia Allah sebanyak-banyaknya dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.” (al-Jumu`ah [62]: 10).


2. Memelihara Iman
Modal awal seorang Muslim dalam berusaha adalah takwa. Selain itu, ia juga menjadi kunci utama mendatangkan rezeki. Allah berfirman, “…Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (ath-Thalaq [65]: 2-3).


3. Mencari yang Halal
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW), “Tak akan bergeser dua telapak kaki seorang hamba sampai ia ditanya tentang umurnya, untuk apa dia habiskan? Tentang ilmunya, dalam hal apa dia amalkan? Tentang hartanya, darimana dia dapatkan dan kemana ia nafkahkan? Dan tentang badannya, dalam hal apa dia binasakan? (Riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Targhib wa Tarhib).


4. Memperbanyak Istighfar dan Taubat
Firman Allah, “Maka Aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh [71]: 10-12).


5. Rajin Berinfak
Ibnu Katsir menjelaskan: Betapapun sedikit harta yang kamu infakkan pada perkara yang diperintahkan kepadamu, ataupun yang bersifat mubah (boleh), niscaya Allah pasti menggantinya untukmu di dunia. Sedang di akhirat kamu akan diberi pahala dan ganjaran. Firman Allah, “…Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ [34]: 39).


6. Ringan Tangan kepada Orang Lemah
Memuliakan dan suka menolong orang lemah menjadi salah satu rahasia dalam mencari rezeki. Sabda Nabi SAW, “Tidaklah kalian mendapatkan pertolongan dan mendapatkan rezeki melainkan disebabkan orang-orang lemah di antara kalian.” (Riwayat al-Bukhari).


7. Menyambung Tali Silaturahim
Sabda Rasulullah SAW, “Pelajarilah nasab-nasab kalian agar kalian dapat menyambung tali silaturahim kerabat-kerabat kalian. Karena sesungguhnya menyambung tali silaturahim itu adalah sebab kecintaan di dalam keluarga, sebab berlimpahnya harta, dan sebab tertundanya ajal (umur diperpanjang).” (Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, dan al-Hakim)


8. Tak Meminta-minta
Sabda Nabi SAW, “Salah seorang dari kalian senantiasa meminta-minta sehingga dia akan menjumpai Allah dalam keadaan tidak ada daging di wajahnya.” (Muttafaq’alaihi).


9. Bersikap Zuhud
Zuhud adalah obat penawar dari kegemerlapan dunia. Dengannya, seorang Muslim dapat terjaga dari fitnah dunia. Wasiat Nab SAW, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau orang yang sedang dalam perjalanan.” (Riwayat al-Bukhari)


10. Tawakkal kepada Allah
Firman Allah, “…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya…” (Ath-Thalaq [65]: 3). Tawakkal di sini tak bermakna berpangku tangan, tanpa mau berusaha sedikit pun. *Masykur/Suara Hidayatullah MEI 2008


Read more...

Tuesday, May 21, 2013

Kerjaya Sebagai Pemandu Teksi [I]

0 comments
Saya ingin berkongsi tentang kisah hidup sebagai seorang pemandu teksi dikuala lumpur ,tiada kisah yang akan saya sembunyikan ,yang baik anda ambilah sebagi pelajaran dankisah yang buruk anda jadikan lah sebagai sempadan pengajaran, hampir 2 tahun saya berada di bidang ini , cerita sebagai pemandu teksi saya ini meliputi kisah DAHULU,KINI dan AKAN DATANG berserta dengan analisis saya tentang masa depan bidang pengangkutan awam yang paling popular ini . Saya kira masa dan pengalaman saya selama hampir 2 tahun sudah agak cukup bagi membolehkan saya bercakap dan bercerita sedikit tentang perkara ini. Kisah ini mungkin agak panjang namun saya akan ceritakan sedikit demi sedikit secara bersiri dan mengunakan tajuk yang berlainan tetapi sangat berkaitan antara satu sama lain.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Bandung,Indonesia pada 25/06/2011 ,dan memulakan kerjaya sebagai pemandu teksi dengan sebuah syarikat yang agak besar di kuala lumpur pada 16/08/2011. Kerana itu sahaja perkerjaan yang mudah dipohon tanpa kelulusan kerana saya sudah penat menghadiri beberapa temuduga di beberapa buah syarikat kecil dan besar sebelum dari itu. Terus terang saya katakan saya tidak tahu langsung dan tidak mempunyai pengalaman langsung sebagai pemandu teksi. Selama 2 tahun saya pulang pergi ke Indonesia hampir keseluruhannya saya dipandu oleh pemandu teksi ke Bandara ( Airport dalam bahasa Indonesia ) atau Klia. Tidak pernah terfikir pun suatu hari yang saya akan menjadi pemandu. Selalunya saya duduk dibelakang teksi sebagai 'Guest" atau "Tetamu" ke Airport. Saya seperti seorang bos atau VIP dilayan begitu baik oleh pemandu teksi yang membawa saya. 

Sungguh saya tidak sangka daripada seorang yang "dibawa'" saya menjadi seorang "pembawa" ( pemandu teksi ) selepas itu. Dan yang paling teruknya saya tidak tahu arah jalan pun di Kuala Lumpur. 3 hari sebelum saya memulakan kerjaya atau diterima sebagai pemandu teksi saya perlu melalui prosedur pertama iaitu perkara yang paling saya tidak suka iaitu "Temuduga". Huh!!.. Demi masa depan dan masalah kewangan yang semakin menghimpit saya menebalkan muka. Saya ditanya oleh Mr Tam ,manager syarikat tersebut adakah saya tahu lokasi hotel-hotel utama di kuala lumpur? Saya jawab , ''maafkan saya tuan saya tidak tahu langsung dimana hotel-hotel tersebut tetapi saya sangat-sangat memerlukan pekerjaan ini kerana saya memerlukan wang dan berilah saya peluang". Barangkali melihatkan wajah sayu saya maka Mr Tam (seorang pengurus yang berwajah kasar dan bengis ) memberikan saya list hotel dan memberi saya tempoh 3 hari untuk saya menghafal jalan . Pada malam selepas itu saya menaiki motosikal mencari jalan dan lokasi hotel-hotel yang terdapat di list yang diberikan. Pada hari Isnin 15/08/2011 saya kembali menemui Mr Tam di pejabat beliau dengan penuh doa dan harapan. Akhirnya dengan izin Allah swt saya diterima bekerja di syarikat tersebut sebagai pemandu teksi.
Saya memulakan hari pertama sebagai pemandu teksi dengan mendapat satu trip ke Klia , terus terang lagi saya katakan saya cuma tahu satu jalan sahaja ke Klia ketika itu dan tidak tahu pun ada jalan alternatif lain untuk ke KLIA dan saya cuma tahu LCCT sahaja tidak KLIA.

Maka pengalaman dan kesilapan pertama saya di hari pertama sebagai pemandu teksi itu ialah saya telah masuk di salah lorong iaitu lorong VIP lane 1 di Level 5 ( Depature Hall ) KLIA. Dan saya ditahan polis trafik akibat dari kesalahan saya memasuki lorong yang salah tersebut. Aduh!! dugaan dan cubaan betul. Dan untuk pengetahuan , sebagai pamandu teksi segala perbelanjaan NGV atau Petrol , Toll dan Parking Fee adalah atas modal sendiri. pemandu teksi hanya perlu membayar kadar sewaan sehari rm45 untuk teksi budget seperti saya. Saya pada ketika itu sangatlah tidak arif tentang pengurusan perbelanjaan serta kos operasi trip pemandu teksi. Saya betul-betul hampir-hampir kehabisan wang ketika itu. Disamping masih belum boleh mengurus waktu dan perjalanan untuk membiayai bayaran sewaan harian teksi tersebut. 

Saya cuba untuk meminta nasihat dari pemandu-pemandu teksi yang lain di tempat saya terutamanya rakan-rakan pemandu melayu di syarikat tapi respon yang buruk ,kelihatan mereka seolah-olah tidak mahu berkongsi ilmu , sedih sekali, ..

bersambung....



Seng Wani ( Safawi Taharim )
Senawang, Negeri Sembilan 10:23hrs , 21/05/2013
Read more...

Monday, May 20, 2013

Peluang untuk hidup 40 tahun lagi

0 comments
Memulakan tugas baru , idea baru , dalam suasana baru, masyarakat baru , rakan baru , rumah baru, wang baru dan yang paling penting semangat baru, setelah melalui 'Dunia Kosong" 2 tahun lepas ,maka pada hari ini dengan doa dan harapan agar diberi peluang oleh Allah Swt tuhan yang maha berkuasa untuk terus hidup lebih 40 tahun lagi.

Doa dan harapan ini adalah kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan, terutamanya yang melibatkan tanggugjawab, dan tanggugjawab ini harus diselesaikan di dunia sebelum ke akhirat kerana jika tidak selesai didunia maka akhirat nanti akan menjadi satu masalah dan dosa yang tidak tahu bagaimana keadaannya. 

Saya beranggapan dunia yang berada dihadapan lebih mencabar dari dunia yang pernah dilalui sebelumnya. Namun ketakutan dalam diri tidak wujud seperti yang saya alami 2 tahun yang lepas. 2 tahun lepas saya merasakan bahawa saya sudah tidak mungkin akan bertemu hari ini 20 Mei 2013. Yang saya bayangkan ketika itu ialah dunia saya akan berakhir selepas beberapa hari ketika itu.

Masih belum menetapkan apakah halatuju tahun 2013 ini. Secara peribadi saya ingin melakukan banyak perubahan samada perubahan yang bersangkutan dengan perkara peribadi atau perkara yang melibatkan orang lain iaitu masyarakat. Sekarang hidup tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri sahaja seperti sebelum ini. Diri sendiri akan terkesan dengan apa yang berlaku disekeliling sebagai contoh kehidupan peribadi kita akan terkesan dengan perubahan geopolitik di tempat yang kita tinggal. Kerana politik mempengaruhi pemikiran masyarakat , pengaruh tersebut merubah pola bertindak masyarakat tersebut. Sebelumnya saya mengambil pendirian untuk  tidak terlibat dengan PRU-13 yang telah pun berlangsung, namun semangat dan pengaruh yang ada 10 tahun yang lalu membuatkan saya tidak boleh tidak kena menyumbang sesuatu untuk PRU-13 . Walaupun saya telah tidak mahu terlibat pada PRU-11 dan PRU-12. Saya mengambil pendekatan sederhana dengan terlibat di belakang tabir pada PRU-13. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai kapasiti dan kemampuan yang besar untuk terlibat secara sepenuhnya walaupun diminta oleh beberapa rakan lama yang kini telah pun menjadi Yang Berhormat. Saya ucapkan Syabas dan Tahniah.

2013 yang sudah berada di pertengahan jalan harus menjadi tahun yang menyimpan rekod cemerlang buat saya. Saya tidak mahu kotak kejayaan 2013 kosong seperti 2 tahun yang lepas. Perlu ada sesuatu biarpun kecil bak kata orang biar ada walaupun kecil dan berhasil. Kalau tak dapat ikan yang besar yang kecil pun jadilah dulu.

Seperti perangai dan tabiat yang sebelumnya saya rancak merancang dan melaksanakan apa yang dirancang. Bergerak dengan sangat perlahan akibat kekurangan dana,kuasa,kepercayaan dan sokongan namun usaha selama setahun semakin menampakkan hasil. Pendirian kali ini ialah " tak perlu heboh-heboh" biar dunia tahu sendiri. Kalau sebelum ini "yang melakukan" berada di hadapan dan "yang dilakukan" berada di belakang , namun kali ini "yang dilakukan" berada dihadapan dan "yang melakukan" ( pelaku ) berada di belakang. Kalau sebelum ini "pelaku" berada di hadapan dan risiko yang dihadapi dirasai dahulu oleh si "pelaku" keadaan tersebut menyebabkan apa yang dilakukan oleh pelaku "Musnah". Kali ini pelaku perlu di lindungi terlebih dahulu..

Saya berdoa agar permulaan kembali kali ini adalah permulaan untuk satu kejayaan dan usaha yang paling hebat dalam sejarah hidup . 15 Jun 2013ini usia saya bakal melangkah ke 37 tahun. Saya menganggarkan saya mempunyai 5 tahun peluang dalam bentuk fizikal dan mental untuk membina impian , dan selepas itu saya sudah mungkin kehilangan separuh kekuatan fizikal dan harus menggunakan kekuatan mental. Bererti dalam tempoh 5 tahun kedepan ini adalah waktu paling bertenaga sebelum usia saya menjejak ke 43 tahun.

Saya juga menaruh harapan yang besar untuk melihat pengabungan keluarga yang saya bentuk terhasil dengan cemerlang dan gemilang. Usaha untuk membentuk dan menyatukan keturunan sedang di lakukan. Sedikit demi sedikit alhamdulillah. Meskipun ada sedikit masalah namun ianya bukan masalah besar kerana hanya sekadar perbezaan pendapat. 

Semoga saya suksess kali ini..Inikalilah...

Seng Wani ( Safawi Taharim )
Senawang, Negeri Sembilan 12:02hrs , 20/5/2013


Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards