Pages


 

Tuesday, September 28, 2010

New-look hybrid helicopter unveiled

0 comments

By Tim Hepher Tim Hepher – Mon Sep 27, 2:10 pm ET


MARSEILLE, France (Reuters) – European group Eurocopter showed off a revolutionary winged helicopter on Monday, in a bid to counter U.S. rival Sikorsky's efforts to break the speed barrier by rewriting rotorcraft design rules.

The X3 hybrid helicraft -- which combines forward-facing propellers astride two short aircraft wings with the familiar overhead rotor blades seen on any normal helicopter -- was unveiled following months of secrecy.

The half-plane, half-helicopter design aims to overcome chronic obstacles to high-speed helicopter flight by combining the advantages of fixed-wing aircraft with those of a standard helicopter -- allowing it to fly at 220 knots or 400 km/hour.

The move by the world's largest civil helicopter maker came less than two weeks after United Technologies unit Sikorsky claimed an unofficial speed record of 250 knots (460 km/hour) with its own avant-garde prototype called X2.
Read more...

Monday, September 27, 2010

MAHA INTERNATIONAL EXPO 2010

0 comments

Borang Permohonan Menyertai Bazaar di MAHA INTERNATIONAL EXPO 2010 , dibuka sekarang!!..Email : nama dan contact number ke cmaeps@yahoo.com
Read more...

Friday, September 17, 2010

[ Keistimewaan ] Bankruptcy , Muflis , Bankrup

0 comments
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.
Read more...

[ Pengertian ] Bankruptcy , Muflis , Bankrup

0 comments
Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan.

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap?
Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara:
Permohonan individu itu sendiri
Permohonan oleh pihak yang memberi hutang

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap?
Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00
Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya
Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan
Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan

Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap?
Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan)
Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah
Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh
"proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan

Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi?
Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap
Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan
Mengzahir dan menghasilkan harta
Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang
Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan
Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967
Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara,
penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain
Menjaga hak-hak bankrap
Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang
Menyediakan laporan kepada mahkamah
Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera
Memberi segala maklumat mengenai dirinya
Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI)
Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya
Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967
Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali
Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat
sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan

Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap?
Seseorang bankrap tidak boleh:
Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen
Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan
Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi
Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau
terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan
Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat
yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa
mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Meminjam wang melebihi RM1000
Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan
berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah
Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya

Apakah peranan dan hak-hak pemiutang?
Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan
mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan
Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang
Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima
Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak
mereka atas pentadbiran harta sibankrap
Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka
Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah
Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967
Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang?
Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.

Bagaimana menentukan kategori pemiutang?
a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya
Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran
tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang
cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh
Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak
menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak
b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut
o "all local rates and land tax"
o "income tax and other assessed taxes"
o "all wages or salary"
o "all amounts due in respect of contributions payable"
o "workmen's compensation"

a) Pemiutang biasa
Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar
dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu")
Bagaimana menentukan kategori penjamin?

Terdapat 2 kategori penjamin iaitu:
a) Penjamin korporat
Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu
perniagaan.
b) Penjamin sosial
Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan
yang dibuat seperti:-
o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan
penyelidikan.
o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian
dan bukan untuk perniagaan.
o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di
rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ......
Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap?
Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap.

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ......

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri?
Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d)

Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara?

Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah.

Adakah jalan keluar dari kebankrapan?

Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan:
a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to
have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan
Jabatan Insolvensi Malaysia
b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah
c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan?

a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia
sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap
beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967)
b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal
mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan
komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967)
c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan
penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967
Read more...

Wednesday, September 15, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya.. anak jawa berjaya

0 comments

Datuk Sosilawati Lawiya, ANAK JAWA ini menjadi kebanggaan dan contoh kegigihan dalam mengapai impian dalam kehidupan.Mengutuk perlakuan haiwan yg betopengkan manusia .Apakah mereka perlu diberi mesej dan pengajaran terhadap perbuatan kebinatangan yg dilakukan? Lebih2 lg ia b'laku dibulan Ramadhan n Syawal. Al Fatihah untuk mangsa korban puak laknat ini.

Menurut sumber berita tempatan semalam ,Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini. Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam. Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun. (AK)



Info & Biodata

Nama: Datuk Sosilawati Lawiya

Umur: 47 tahun
Tempat kelahiran: Sri Medan, Batu Pahat Johor.
Bilangan anak: 6 orang (4 perempuan), (2 lelaki)

- Membuka produk kecantikan Nouvelles Visage pada tahun 1990-an.
- Syarikat beroperasi di Jalan Raja Bot, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
- Berkahwin pada usia 21 tahun (1984) dan berpisah pada usia 34 (1994).
- Memulakan kerjaya sebagai seorang kerani dengan pendapatan RM400.
- Pernah bernikah dengan penyanyi Nash pada 16 November 2006 dan bercerai talak satu pada 16 Mei 2009.
- Ditangkap khalwat pada 1 Januari 2010 tetapi beliau mendakwa sudah berkahwin dengan pasangannya di luar negara. Mereka ditahan oleh pihak masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh JAIS.
- Ibu bapanya berasal dari Indonesia dan menetap di Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
- Produk kecantikan Nouvelles Vissages terdiri daripada produk penjagaan kulit seperti pembersih muka, krim kecantikan dan sebagainya.
- Beliau mengembangkan rangkaian perniagaannya sehingga ke Brunei, Singapura dan Thailand serta mempunyai lebih 300 rangkaian stokis seluruh negara.
- Beliau dikatakan mempunyai kekayaan RM 100 juta.

Read more...

Monday, September 13, 2010

Kerja apa ?

0 comments
Sepanjang blog ini di buka pada jun 2010 yang lalu saya di hujani dengan perlbagai soalan melalui blog ini atau facebook dan ada yang bertanya secara terus melalui telefon dan salah satu soalan yang paling banyak di tanya ialah " kerja apa ya ? " . Ya lah barangkali ramai yang muskil apakah pekerjaan saya sebenarnya. Malah soalan tersebut juga di tanya oleh sahabat baik saya yang sudah lama tidak berjumpa.

Saya adalah seorang " Business Man " atau "Ahli Perniagaan" . Kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan memikirkan selok belok urusan perniagaan. Seorang ahli pernigaan tidak terhad kepada satu satu pekerjaan, kerana setiap perniagaan yang dilakukkannya adalah menjuruskan kepada apa yang dinamakan pekerjaan. Apabila saya mendapat projek pengurusan bazaar, maka saya adalah pengurus bazaar dan pada ketika itu saya di panggil "pengurus ". Apabila saya mengisi masa lapang dengan berniaga di pasar malam atau di pasar tani , maka pada ketika itu saya boleh dipanggil sebagai " peniaga ". Saya juga terlibat dengan persatuan , yang berjawatan "Yang Dipertua" maka di dalam persatuan saya di panggil "Tuan Yang Di Pertua" , Apa bila saya mendapat projek membekalkan peralatan perubatan ke hospital-hospital kerajaan seperti yang sedang saya lakukan sekarang ini , maka saya di panggil " Supplier " atau "Pembekal" . Apabila saya menjalankan kerja-kerja mencuci bangunan , maka saya ketika itu dipanggil " Tukang Cuci". Apabila saya menulis di blog-blog maka saya boleh dipanggil "Blogger". Dan semua panggilan-panggilan tersebut adalah merupakan suatu pekerjaan.

Lalu apakah pekerjaan khusus yang saya lakukan dan apakah 'tajuk' atau 'title' pekerjaan yang harus saya jawab kepada yang bertanya ini ? Seorang yang terlibat dengan pekerjaan sebagai peniaga sepenuh masa tidak ada pekerjaan khusus. Maka tidak lain dan tidak bukan tajuk yang sesuai diberikan kepada saya bagai melambangkan pekerjaan saya tidak lain selalin dari "Ahli Perniagaan " dalam perlbagai bidang . Jika anda bekerja sebagai kerani di mana-mana sektor maka anda dipanggil "Kerani" , dan sampai bila-bila anda akan di gelar sebagai 'kerani' melainkan anda sudah dinaikkan panggkat. Tetapi bagi saya amat sukar untuk mengekalkan status dan pangkat kerja. Kerana dalam masa setahun lebih dari 6 sektor pekerjaan saya lakukan semuanya berkaitan dengan perniagaan , maka oleh kerana perniagaan itu di punyai oleh saya dan saya tidak bekerja dengan orang lain maka saya boleh di kategorikan sebagai pemilik pernigaan itu oleh yang demikian saya boleh menggelar diri saya sebagai "Ahli Perniagaan" dan itu lah profesion atau pekerjaan saya dari dulu sehingga kini.

Saya tidak nafikan mungkin ramai yang keliru dengan gambar-gambar atau kemunculan saya di pelbagai acara yang tidak sama bidang, sebagai contoh, kelibat saya boleh dilihat di hospital-hospital, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam, di kementerian pertanian dan kadang-kadang di surau-surau. Lalu ramai yang 'confuse' apa pekerjaan saya sebenarnya? Oleh kerana ruang dan peluang pernigaan saya meliputi pelbagai sektor maka saya sudah pasti akan berada di semua lokasi yang mana saya terlibat dengannya.

Saya berharap dengan penjelasan ini dapat mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini. Tidak ada apa pun, dan saya begitu perihatin dengan pembaca-pembaca blog ini dan juga insan-insan diluar sana yang begitu mengambil tahu hal diri saya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards