Pages


 

Saturday, July 10, 2010

Ikan Keli Masak Cekur

0 comments

Sebenarnya cuma nak beritahu tentang masakan ini adalah masakan yang paling saya suka makan. Tak ada masakan lain yang mampu mendahului melainkan makan ini.


Ikan keli masak cekur. Ada beberapa versi masak cekur ini. Ada yang ikan keli di bakar, ada yang di goreng dahulu dan ada yang terus sahaja masak. Bukan itu sahaja, ada yang menggunakan santan mentah, dan ada yang dimasak. Tetapi selera saya adalah Ikan kelinya di bakar (panggang) kemudian di gaul dengan santan mentah yang sudah di campur dengan rempahnya. Fuhhh memang sedapp!! pedulilah sapa tak suka...


Cuba cari gambar yang

lebih cantik , tak ada, gambar itu sahaja yang jumpa , google...

Dibawah ni resepinya :

Ikan Keli Masak Cekur

[ Versi Santan Masak ]

Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...

Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards