Pages


 

Tuesday, March 25, 2014

Emotions

0 comments
Menyambung kembali penulisan yang terbengkalai sekian lama, meskipun tujuan penulisan ini bukanlah untuk tatapan umum dengan lagi blog ini hanya untuk tujuan peribadi , terkadang untuk meluahkan dengan kata-kata tiada tempat untuk berbicara, maka hanya dengan menulis luahan dengan penulisan mungkin boleh meredakan sedikit ketegangan fikiran dan perasaan.

Sebenarnya meskipun sudah terlalu lama tidak aktif menulis dan sebenarnya juga penulisan bukanlah bidang kepakaran cuma sekadar hobi ketika lapang dan selalunya ketika berada didalam kesunyian kesedihan . Barangkali sudah menjadi sifat manusia apabila gembira lupa. Sebenarnya lagi tidak tahu hendak menulis apa walaupun banyak perkara yang kurasa belum di terjemahkan .

Kesukaran yang aku alami ketika ini ialah memahami emosi diri untuk menangani emosi orang lain, menguruskan beberapa emosi atau dalam ertikata lain beberapa mahluk ciptaan Allah yang Maha Esa yang punyai emosi memang bukan begitu mudah memang sangat2 tidak mudah.

Ku merasai tutur bicara yang keluar dari mulut ini sudah tidak seperti dulu, kekurangan pembacaan mungkin menyebabkan kurasakan yang tertulis kerasakan seperti bicara 'sampah'.

Memang sukar untuk membuatkan orang lain faham dengan apa yang kita lakukan , ada yang menyokong ada yang membangkang ada juga yang gemar membuat spekulasi tidak baik.
Read more...

Thursday, January 2, 2014

Tahun 2014 yang penuh kontroversi dan cabaran

0 comments
Syukur Alhamdulillah , Kerana kita dapat sekali lagi bertemu di Tahun 2014, Tahun yang penuh kontroversi yang memberi impak besar kepada diri ,keluarga , masyarakat dan negara. Dengan kenaikan harga barang akibat dari kenaikan kos bahan api yang naik september 2013 memberi kesan besar pada tahun ini.

Akibat kesibukan baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis ucapan tahun baru 2014. "Selamat Tahun Baru 2014" kepada semua yang membaca blog saya ini.

Maaf saya masih cuba mencuri-curi masa untuk menulis di blog ini dan ada hutang cerita yang belum saya selesaikan di blog ini . InsyaAllah nanti bila ada kesempatan saya sambnung . InsyaAllah


Sekian 

Read more...
Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards