Pages


 

Sunday, July 11, 2010

[ Percubaan Menjadi Kaya ] - 11/07/2010 12.40PM

0 comments

Satu permulaan yang baik, setelah mencecah usia 34 tahun, dengan perlbagai pengalaman dan pengetahuan secara rasmi atau tidak rasmi ,aku mulakan kembali langkah dan usaha awal untuk menjadi kaya.

Meskipun kini sudah berusia 34 tahun, aku terpaksa memulakan semula. Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa yang boleh aku banggakan. Terus terang aku katakan yang aku kembali menjadi manusia 'normal' yang tidak punya 'sesekel' pun di kantong seluarku.

Ini bukan cerpen rekaan atau bahasa bunga-bungaan, tetapi permulaan tulisan ini adalah permulaan cerita tentang usaha seorang insan yang kembali terjunam di dasar lautan.

Didasar lautan ini , aku temui kembali kitab rujukan disaat aku hampir kelemasan dan kematian. Aku berfikir, kenapa aku berjaya dan kemudian aku gagal, sudah 7 kali aku berjaya naik dan kemudian akhirnya aku jatuh kebawah kembali.

Aku kembali membuka kitab-kitab dan buku-buku lama mencari dimana kesilapan yang telah aku lakukan. Aku berusaha menemui rakan-rakan, saudara mara dan guru-guru lama meminta pandangan agar dengan pandangan yang diberikan bisa menjadi pendorong kepada jiwa aku yang sedang dalam kekecewaaan.

"Ketika ini aku benar-benar rasa macam nak mati" seperti yang dikatakan oleh Bill Ps LIM dalam bukunya "Dare To Be Fail". Itulah buku yang suatu ketika dulu aku baca untuk menaikkan kembali semangat aku pada saat kegagalan yang ke 5. Jadi aku harus melakukan sesuatu untuk "menghidupkan" kembali diri yang telah "mati".

Cerita aku di blog ini akan menjadi satu koleksi sejarah tentang hidup aku yang sebenar dalam usaha-usaha menjadi manusia kaya. Didalam blog ini juga akan aku coret dan catatkan segala apa yang aku fikir,rasa,lihat dan buat kearah mencapai apa yang aku kategorikan sebagai 'Percubaan Menjadi Kaya" dan aku berusaha,berdoa dan berharap agar tajuk tersebut di suatu peringkat akan bertukar menjadi "Aku Telah Menjadi Kaya".

Selagi jari jemari ku masih mampu membuat catatan coretan disini selagi itulah , cerita dan kisah ini menjadi satu siri kehidupan yang harus dibaca oleh ganerasi ku dimasa depan.

Ini tulisan permulaan yang di patenkan ( copyrite ). Kerana semua tulisan aku didalam cerita yang merujuk kepada tajuk diatas adalah merupakan cerita kisah hidup yang sebenar dan memiliki hak ekslusif untuk diterbitkan dalam bentuk bercetak atau bergambar ataupun bervideo.

Ini kerana akan sampai satu ketika ,kisah ini akan dibukukan menjadi satu buku rujukan kepada manusia-manusia diluar sana yang mencari rujukan bagaimana untuk menjadi kaya seperti manusia kaya lain.

Cerita ini dimulakan oleh penulis dari peringkat awal, iaitu peringkat penulis sendiri belum menjadi kaya. Dan apa yang ditulis itulah yang terjadi. Tiada perkara yang akan disembunyikan disini kecuali perkara yang agak peribadi.


Sekian untuk pertama ini.


IbnuTaharim
Seri Kembangan, Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards