Pages

 

Wednesday, June 30, 2010

Apakah Matlamat Menghalalkan Cara ?

0 comments

Semua orang mahukan kekayaan, dan ini bukanlah suatu matlamat yang rendah nilainya. Tetapi matlamat ini akan jadi negatif apabila ia datang daripada keazaman untuk memenuhi kehendak nafsu tanpa mengambil kira soal-soal moral dan undang-undang, lebih-lebih lagi apabila kita tidak mempedulikan langsung kepentingan masyarakat kini dan apatah lagi masa depan generasi yang akan datang.

Kalau cara itu melanggar undang-undang, saya kira perkara ini mudah ditangani daripada pelanggaran moral. Ini lebih menggerunkan kita. Selagi hukuman tidak dijatuhkan bahawa tindakannya itu salah,maka selagi itulah dia masih betul walaupun tahu bahawa tindakannya itu tidak bermoral.

Sebagai contoh, kemusnahan alam sekitar dianggap terpaksa diterima baik oleh masyarakat yang inginkan pembangunan dan kemajuan. Inilah harga pembangunan ! Pokok-pokok mesti ditebang semua sekali. Bukit bukau perlu diratakan supaya built up area bertambah. Alor dan anak-anak sungai boleh dikambus kerana kepentingannya boleh di perkecilkan. Sungai yang menjadi sumber minuman dan pembiakan ikan terpaksa dicemari kerana mesti dijadikan saluran untuk sisa-sisa toksid dan najis. Kalau diancam dengan kritikan ,maka pantas dibalas orang dengan ugutan 'tidak akan ada pembangunan' ,atau, 'kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya harga pasaran yang dikenakan keatas pengguna juga akan naik' atau 'pelaburan akan dipindahkan kenegara lain yang tidak begitu cerewet'.

Sebenarnya yang pasti adalah mereka tahu bahawa mereka tidak boleh dihukum akibat daripada semua ini. Tidak ada sebab mereka boleh dipenjara. Malah ,tidak ada siapa yang boleh merampas kembali keuntungan yang mereka kaut.

Malahan mereka akan disanjung kerana kekayaan yang dimilikinya. Apabila berlaku bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat,masing-masing menunding jari menunjukkan kesalahan orang lain. Tidak ada yang mahu bertanggungjawab.

Sekarang ini pegangan doktrin 'buat dahulu,lain belakang kira' sudah mendapat tempat utama dikalangan kita. Doktrin ini disamakan dengan aliran paradigma daripada bersifat takut kepada sifat berani.

Begitu juga dengan pengeluar barang makanan yang sanggup memusnahkan atau menyimpan keluaran lebihannya semata-mata mahu menjamin harga atau menaikkan harga seperti kes Gula.

Sebenarnya semua gejala buruk yang berlaku berpunca daripada kurangnya harga diri,tidak rasa tangungjawab,terlampau bertolak ansur dan semakin berkurangan nilai dan kekemasan manusia itu sendiri.

Kekayaan yang diperoleh dari jalan yang salah akan hanya membawa kesengsaraan dan ketidaktenteraman. Lebih-lebih lagi jika cara yang digunakan itu telah menzalimi orang lain.

Bersabar walaupun susah,jangan terlalu mementingkan keinginan dan sanggup berkepayahan asalkan semua orang berada dalam kesenangan.
Ibnu Taharim, Seri Kembangan 1/7/2010

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards