Pages


 

Tuesday, June 8, 2010

Disebalik Kejayaan Seorang Lelaki Berdirinya Seorang Wanita di Belakangnya.

1 comments

Saya terbaca kisah beberapa manusia berjaya di dunia, contohnya dalam sejarah revolusi industri di amerika terdapat 3 tokoh yang begitu besar pengaruhnya pada perkembangan ekonomi dunia. Mereka ialah Thomas Edison, Rockfleer dan Henry Ford. Anda pasti kenal dengan Henry Ford kerana beliau ialah Bapa Revolusi industri automobil dunia. Tetapi siapakah Ford sebelum dia berkahwin dengan isterinya,Pn Ford ?. Beliau adalah seorang yang buta huruf,jahil dan pembengis. Siapakah yang menukar wajah Ford yang menjadi kuasa besar dalam bidangnya kalau bukan isterinya sendiri? Puan Ford yang mengajarnya bagaimana menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri.

Begitu juga dengan kisah-kisah pemimpin yang lain dimana, peranan wanita disebalik kejayaan seorang lelaki tersangat penting. Bagaimana Syaidatina Khadijah bersama Rasulullah ketika di kecam oleh bangsa Quraisy. Dan bagaimana pemimpin besar kita Tun Dr Mahathir sendiri pun pernah menyatakan perkara yang sama dimana isterinya Tun Dr Siti Hasmah begitu banyak membantu kejayaannya.

Namun dalam hal sedemikian kita jangan lupa akan perkara sebaliknya dimana banyak juga kejatuhan Empayar dunia disebabkan seorang wanita juga. Contohnya Empayar Turki, Hitler dan lain-lainya.

Saya sendiri sebagai seorang lelaki juga pernah merasainya dimana banyak kejatuhan kehidupan dan ekonomi diri disebabkan seorang yang bernama wanita, begitu juga sebaliknya dimana kejayaan yang tercipta didokongi oleh seorang wanita yang suci.


1 comments:

azrina nur rusly said...

wah! dah ada seorang wanita istimewa sebagai pendorong eh? hurm... tahniah atas kejayaan.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards