Pages

 

Tuesday, June 15, 2010

Perutusan Sempena Hari Lahir Yang Ke-34

0 comments


Assalamualaikum wth,

Kini ibnutaharim telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34, dan genap lah juga 34 tahun pemergian bonda tercinta, kegembiraan menyambut kelahiran ibnutaharim cuma bertahan selama 11 jam apabila seterusnya dikejutkan dengan pemergiaan bonda tercinta yang telah berkorban melahirkan. Tahun 2009/10 di lalui dengan pelbagai cabaran, seperti tahun-tahun yang terdahulu. Tahun 2009/10 adalah tahun yang kejayaan dan kegagalan dan diantara yang terbesar dalam sejarah kehidupan.

Banyak perkara yang tercipta dan berjaya dan masih kekal hingga kehari ini, namum banyak juga kegagalan yang terukir menjadi sejarah pahit dalam perjalanan mengharungi tahun 2009/10.

Bersyukur atas kejayaan dan Redha atas kegagalan. Apa yang pasti banyak pengajaran dan pembelajaran yang di peroleh sepanjang melalui tahun 2009/10 antaranya seperti berikut :

1- Jangan percaya 100% pada orang lain.
2- Berhati-hati dengan orang yang punya minda politik kepartian dan perniagaan
3- Berhati-hati dalam memilih kawan kerana banyak lawan dalam berkawan
4- Tiada orang yang akan bersama kita bila kita gagal
5- Jauhi dari pembawa fitnah dan pengadu domba
6- Berbuat baik berpada-pada.
7- Jangan berkorban kepada orang yang tidak tahu menilai erti pengorbanan
8- Jangan campur adukkan urusan sosial dan kebajikan dengan urusan perniagaan
9- Jangan melanggar pantang larang yang telah di gariskan
10- Jangan banyak berjanji.

Itu adalah senarai perkara yang akan menjadi perkara yang perlu di diberi lebih perhatian pada tahun ini dan akan datang. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2009/10 telah menerbitkan perkara-perkara diatas.

Walau apapun , masa depan adalah lebih penting, Jika gagal dan tersungkur, bangun dan bina kembali, selagi hayat dikandung badan di beri oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, selagi itu masih ada peluang meskipun apa yang di rasai teramat sukar untuk di bayangkan.

Kembali kukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan, rapatkan hubungan institusi kekeluargaan, teruskan hubungan ekonomi jangka panjang dengan orang luar, rancang perbelanjaan, kurangkan defisit , tingkatkan rizab kewangan, meneroka potensi dan peluang di pasaran luar dan kurangkan kebergantungan dengan sumber tempatan.

Semoga tahun akan datang tahun yang akan mengembalikan kemajuan dan kejayaan yang telah hilang, dengan azam baru dan semangat baru. Hapuskan dan selesaikan semua halangan dan rintangan.

Sekian

IbnuTaharim
15 Jun 2010, Seri Kembangan, 8.03am

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards