Pages

 

Monday, June 28, 2010

Pulang ke pangkuan "Keluarga" atau "Pengkid"..?

0 comments

Kuala Lumpur

Sebenarnya, tajuk Pulangkan Marnie tidak sesuai di dalam kes yang berlanjutan ini dan penulis pun sebenarnya dah malas nak posting foto ini lagi.

Marnie yang telah ditemui dan selamat di bawa balik ke rumah bapa saudaranya di Kuala Lumpur pada 1 Jun lalu, sebenarnya telah melarikan diri semula.

Sebelum ini pada 2 Jun 2010 Marnie Telah Ditemui

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, ketika dalam proses untuk menghantarnya pulang ke Tawau, Marnie telah melarikan diri.

Kekangan kewangan menyebabkan keluarga terbabit terpaksa mengambil masa mengumpul wang bagi membeli tiket penerbangan untuk Marnie balik.

Dan, dalam beberapa hari di rumah bapa saudaranya, Ali Bais, Marnie rupanya masih berhubungan dengan rakan pengkidnya melalui telefon bimbit dan akhirnya dia dapat melarikan diri dipercayai dibantu perempuan terbabit.

Rentetan dari itu, bapa Marnie, Abdul Sarang, seorang petani, bergolok bergadai dengan menjual harta yang tak seberapa di Semporna Sabah sebelum dapat membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

Bapa Marnie kini berada dalam keadaan yang amat tertekan, dan ibunya di Semporna berada dalam keadaan amat sengsara dan sudah beberapa hari tidak makan.

Kes Marnie ini sudah mencapai tahap yang sukar untuk diatasi memandangkan Marnie sendiri yang hanya berusia 15 tahun, bertindak sendirian melarikan diri - untuk kali yang kedua.

Tindakannya, langsung tidak memikirkan implikasi dari perbuatannya ke atas keluarganya sendiri.

Marnie Abdul Sarang, 15 tahun

Alamat - Kg Sungai Gajah, Semporna, Sabah
Bekas Pelajar SMK Bugaya, Semporna, Sabah
Dilaporkan Keluar Dari Rumah pada 13 April 2010
(Dipercayai sekarang berada di Kuala Lumpur)


Sebarang maklumat hubungi :

(Bapa) Abdul Sarang Banguan - 014-2045729
(Ibu) Norhayati Hambog
(Semporna, Sabah)


(Bapa Saudara) Ali Bais Hambog - 012 - 3315249
(Kuala Lumpur)

atau mana-mana balai polis berhampiran

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards