Pages


 

Sunday, June 13, 2010

Kembali Fokus Kepada Masa Depan !!

0 comments

Just arrival to KL , 1.17am

Dalam pengembaraan semalam, bertemu dengan beberapa hamba dan insan mahkluk ciptaan Tuhan yang Maha Esa, memberi gambaran ,rujukan dan pujukan. "Walau apa pun kita sekarang, walau siapa pun kita sekarang, walau apa pun jua keadaaan kita sekarang, jangan lupa untuk sentiasa fokus kepada apa yang kita ingin matlamatkan.

Dalam perjalanan hidup ini kegagalan adalah sesuatu yang 'biasa' . Juga adalah rencah dan fomula kehidupan. Selagi di beri nyawa dan fikiran , selagi itu Tuhan Yang Maha Kuasa dan Ehsan memberi kita kesempatan untuk mencapai apa yang di impikan. Biar teruk mana dan seburuk mana kegagalan dan kekecewaan yang kita hadapi hari ini, bangun dan kembali fokus kepada masa hadapan. Masa lepas telah berlalu dan tidak akan kembali lagi, bangunan yang telah runtuh akan kekal runtuh selagi kita tidak bangun untuk membinanya semula.

Kumpul kekuatan akal dan fikiran serta sokongan , dan mulakan semula tanpa perasaan kekecewaan. Bangun dan bangun, teruskan perjuangan selagi ada nyawa di kandung badan. Selagi diberikan akal fikiran.. bagun dan terus kembali berusaha..

Ibnu Taharim, 13/06/2010 ,1.33pm ,Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards