Pages


 

Monday, June 14, 2010

Suka Berprasangka

0 comments

Manusia hari ini suka bersangka-sangka, ada yang bersangka baik dan tidak kurang juga bersangka buruk. Cuma sedar atau tidak, semuanya berlaku dalam ruang lingkup kita sebagai manusia. Bahkan, setiap gerak langkah serta tutur kata kita di perhatikan oleh persekitaran, baik kawan mahupun lawan.


Terlalu sukar untuk mentafsirkan samada pergaulan kita seharian itu bersama Kawan ataupun Lawan.


Boleh dikatakan terlalu ramai manusia hari ini bersifat talam dua muka atau bermuka-muka, semata-mata mahu memenangi hati individu lain. Memang benar sifat ini terzahir sejak azali lagi,namun ia bergantung juga kepada tahap penguasaan individu berkenaan untuk mengawalnya.Inilah realiti kehidupan sebagai manusia,ditambah lagi dengan kehidupan zaman yang penug mencabar ketika ini.


Sebenarnya sikap bermuka-muka ini sudah menjadi kebiasaan buat manusia zaman ini.Bermuka-muka untuk mengampu,mendapatkan projek,memberi sokongan dan sebagainya. Semuanya untuk memenangkan kepentingan. namun,sejauh mana individu ini berjaya dalam agenda itu? Apa yang dapat dilihat ia hanya seketika. Mungkin impiannya untuk mendapatkan jawatan mahupun kekayaan dapat di capai,cuma ia hanya bersifat sementara ataupun mungkin Tuhan berikan kepadanya sebagai "Istidraj" iaitu pemberian agar ia terus berada dalam kehancuran.


Namun, apapun sebagai manusia kerdil yang tidak terlepas dari segala kesilapan,seharusnya ia perlu sentiasa bermuhasabah dan merenung kembali kehidupan yang telah dilalui. Sama-samalah kita tegur menegur antara satu sama lain dengan niat yang ikhlas bukannya mempunyai agenda tertentu. Ibarat tutur kata dan tingkah laku yang baik tidak akan muncul dalam jiwa kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah gersang.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards