Pages


 

Monday, June 21, 2010

Berniaga jalanan , mengapa mesti malu ?

0 comments

Dimana-mana, sejarah telah membuktikan banyak kejayaan kebebasan kewangan di cipta dan tercipta dari kerjaya sebagai seorang peniaga atau dalam sektor peniagaan.

Hakikat ini adalah hakikat yang kita semua tidak boleh sangkal lagi dan sebenarnya secara sedar atau tidak sedar kita semua adalah adalah peniaga. Perniagaan atau dalam definasi yang ringkas ialah proses pertukaran perkhidmatan atau barangan dengan wang sebagai gantian atau perantaraan.

Apa yang ingin saya fokuskan pada pagi ini dan hari ini ialah, perniagaan jalanan, atau peniagaan kecil-kecilan. Sepanjang perjalanan hidup saya saya lebih ramai bertemu dengan "Orang Kita" yang malu untuk berniaga, atau memulakan perniagaan meskipun dia tahu perniagaan mampu memberi sumber pendapatan yang tidak terhad.

Kenapa mesti malu untuk berniaga nasi lemak ditepi jalan? atau berniaga goreng pisang, burger dan lain-lain. Kadang-kadang di waktu pagi saya sering singgah di satu gerai nasi lemak jalanan berhampiran rumah saya dan apa yang saya temui ialah anak kepada peniaga nasi lemak itu kelihatan seolah-olah malu menonjolkan diri dan mukanya seperti tidak mahu membantu ibunya membungkuskan nasi lemak . Budaya seperti ini tidak ada dikalangan bangsa lain terutamanya bangsa china dimana anak-anak mereka sangat berminat untuk mendalami ilmu perniagaan.

Begitu juga berbeza dengan seorang teman sekuliah saya dahulu yang mengambil jurusan perniagaan hingga keperingkat ijazah tetapi tidak memanafaat ilmu yang diperolehi dengan bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan gaji bulanan tidak sampai RM3 ribu sebulan jika dibandingkan dengan seorang jiran rumah saya,beniaga tudung di pasar malam mampu meraih pendapatan RM10ribu sebulan meskipun beliau hanya berkelulusan SRP.

Kenapa mesti malu? Bukankah perniagaan adalah 9/10 punca rezeki. Saya telah pun membuat paparan berhubung dengan kuasa ekonomi malaysia yang dikuasai oleh bangsa china. Mereka ini dahulunya adalah kaum pendatang, datang ke tanah melayu untuk menjadi buruh di lombong-lombong bijih kepunyaan orang kita.

Penglibatan mereka ini dalam sektor peniagaan yang bermula dengan perniagaan jalan seperti mengangkut dan menjual sayur-sayuran menggunakan 'kandar' hinggalah ketika ini dan sekarang ini mereka menguasai sektor-sektor dan sumber-sumber utama di negara ini. Saya katakan ini bukan bermaksud yang saya tidak menyukai mereka tetapi agar kita semua sedar bahawa memulakan atau menjerumuskan kan diri anda kedalam dunia perniagaan adalah satu tuntutan Fardu Kifayah di mana sangat sedikit orang-orang kita yang menceburi dan menguasainya.


Kita boleh memulakan dengan berniaga secara kecil kecilan , malah kita boleh memulakan di tepi jalan di rumah kita atau dirumah kita. Dalam pada itu kita harus berusaha untuk menjadi 'founder' atau 'pencetus' hakcipta perniagaan bukan menjadi pemasar atau pengedar produk mereka selama-lamanya. Kita harus memerah otak untuk mencipta produk kita sendiri. Kita punya segala kemudahan dan kesenangan. Jika di indonesia rakyat mereka terpaksa memerah idea untuk mewujudkan perusahaan sendiri atas kreativiti sendiri dalam keadaan serba kekurangan kenapa kita di negara yang penuh dengan sumber ini tidak mampu melakukannya.

Adalah menjadi adat dan lumrah dalam perniagaan tidak akan semuanya berjaya. Mana mungkin kita baru mencuba satu jenis perniagaan kita sudah berangan-angan untuk menjadi kaya raya. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sendiri menemui 1001 macam kegagalan sebelum beliau benar-benar berjaya. Apa yang kita nampak adalah kejayaan dan kekayaannya tetapi yang kita tak nampak adalah kegagalan dan kesusahan.

Mentaliti masyarakat kita selalu melabel kegagalan dalam perniagan sebagai satu kegagalan mutlak adalah merupakan satu faktor dan punca orang kita tidak berani untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Kita di hadapkan dengan pelbagai gambar dan cerita tentang kegagalan peniagaan yang akhirnya kita menjadi lemah dan tidak bermaya untuk memulakan kerjaya murni ini.

Kita telah di beri contoh dan tauladan dimana Syaidatina Khadijah dan Nabi sendiri adalah merupakan saudagar dan peniaga. Jadikan ini sebagai sumber sokongan dan motivasi diri. Saya sendiri sudah lebih 10 kali gagal dalam perniagaan dari sekecil-kecil perniagaan hinggalah sebesar-besar peniagaan , tetapi kenapa bila kita jatuh dan kita mesti bangun kembali. kerana ini adalah perjuangan, perjuangan untuk menambah bilangan peniaga muslim sediaada. Sebelum kita berlari, kita tak tahu berjalan pun ketika kita baru dilahirkan, dalam proses tersebut kita mula dengan meniarap,mengesot,merangkak, berdiri dan jatuh, berjalan dan jatuh..akhirnya kita boleh berlari.

Adalah sesuatu yang tidak luar biasa apabila kita berniaga dan gagal kita akan di cemuh malah jika kita gagal dalam perniagaan yang melibatkan hubungan dengan masyarakat. Kita akan dilabel macam-macam.Kita akan mendapat kebencian. Itu adalah perkara biasa di dalam masyarakat yang menganjari yang menang dan menghukum yang kalah.

"Saya teringat ketika saya mengalami satu kegagalan besar suatu ketika dulu dimana saya terpaksa menjual kereta, saya terpaksa hidup dengan memakan mee segera untuk sarapan pagi, tghari dan juga makan malam. Saya terpaksa keluar dari rumah lama dan menyewa sebuah bilik kecil. Ramai daripada kawan-kawan saya tidak lagi kelihatan, Saya di tuduh menghabiskan wang syarikat, saya dituduh menipu. Bank datang menghimpit saya berhubung dengan satu jaminan yang telah saya buat. Pembekal-pembekal menghantar notis tuntutan guaman . Dan yang teruk sekali akhirnya , 3 bulan selepas itu teman wanita saya meninggalkan saya. Wang simpanan berkurangan dan perkara-perkara buruk pula terjadi di masa yang sama. Dengan jujur saya berkata , saya hampir-hampir "mati". Dare To Fail

Ramai seteru berkata " Kan aku dah kata...." dan secara peribadi kita akan berasa rendah diri dan malu untuk bertemu dengan orang. Semua ini proses normal yang berlaku apabila kita gagal.

Saya kembali memulakan perniagan kecilan dengan menjual goreng pisang di tepi jalan , pada ketika itu saya tinggal di kawasan perindustrian Kulim ,Kedah.


Jadi kenapa kita harus malu? Apakah kita tidak malu diherdik, di rendah-rendahkan oleh majikan dengan perkataan 'bodoh' ,'bahalol' dan sebagainya. Apakah kita tidak malu apabila membeli sayuran dari mereka yang bukan pribumi untuk memberi makan anak-anak kita yang merupakan pemilik tanah air yang tercinta ini...

Peniagaan samada kecil atau besar adalah satu bidang yang menjanjikan pendapatan yang lumayan..marilah

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards