Pages

 

Friday, June 25, 2010

Perkahwinan yang tidak mengembirakan

0 comments

Adakah perkahwinan sudah tidak lagi mengembirakan ?

Terbaru kita di kejutkan dengan berita penceraian Azrinaz dengan Sultan Brunei, dan lagi terbaru kes perkahwinan Maya Karin,Penceraian Vee (Nuraliah Lee Abdullah) & Aziz M Osman ,Roslin Hashim & Faizah Mohamad,Norish Karman & Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan ramai lagi artis-artis popular seperti awie dan lain-lain.

Kenapa begitu mudah penceraian itu berlaku ada yang baru berkahwin tak sampai sebulan, ada yang dah berkhawin selama lebih 30tahun.Adakah perkhawinan itu sudah tidak lagi mengembirakan pasangan lalu mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi.

Walau apa pun puncanya tetap menjurus kepada sudah tidak wujud "Kegembiraan" untuk hidup bersama lagi maka apabila sudah tidak tahan dengan kesedihan maka mengambil keputusan untuk bercerai atau berpisah.

Apakah berkahwin itu hanya untuk 'berseronok'atau hanya untuk masa 'bergembira; ? sahaja. Maka apabila sudah tiada kegembiraan maka bercerailah. Maka kalau begitu akan banyaklah penceraian akan berlaku apabila pasangan yang berkahwin sudah tidak menemui kegembiraan dalam zaman kehidupan mereka.

Perkahwinan adalah satu kewajiban sebagai lumrah terhadap manusia. Perkahwinan adalah untuk mewujudkan kesinambungan zuriat dan keturunan. Dan dalam istilah lain di katakan sebagai menambahkan bilangan umat manusia. Ia adalah satu tanggungjawab. Bila ia dinamakan tangungjawab suka atau tidak kita kena lakukan . Seperti tanggungjawab terhadap solat, suka atau tidak kita kena lakukan. Begitu juga dengan tangungjawab lain, samaada sekarang atau besok perlu di laksanakan juga. Kebertangungjawaban adalah penting dalam memelihara keharmonian sesebuah keluarga dan negara.

Seorang lelaki dan suami yang punyai perasaan tanggungjawab akan membantu apabila seorang isteri dalam kesusahan begitu juga dengan seorang wanita dan isteri yang bertangungjawab akan membantu si suami yang sedang dalam kesempitan.

Hidup ini berputar dan begitulah juga dengan perjalanan hidup yang kadang-kadang kita akan bertemu dengan kegembiraan dan juga dengan kesedihan,kemurungan dan penderitaan. Apabila di awal pernikahan kita sudah berjanji untuk sehidup semati ,susah senang bersama mengapa di pertengahan jalan hanya kerana alasan2 kecil kita sudah tidak mahu berjalan hidup bersama?.

Lihat dibawah ini punca-punca penceraian yang berlaku :

Bau badan punca kenaikan kadar penceraian
KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini percayalah – bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri ini.



Sumber

Menanggung beban hutang punca penceraian

Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama yang menyebabkan berlaku penceraian dikalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman berkata berasaskan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

Sumber

Orang Ketiga Punca Perceraian Nicky Wu
TAIPEI: Bintang kacak Taiwan, Nicky Wu, 39, kini disahkan bercerai dengan isterinya, aktres, Ma Ya Shu, 32. Mereka berdua membuat pengesahan telah bercerai pada 11 Ogos lalu selepas rumah tangga bergolak sejak sekian lama sehingga memaksa mereka memfailkan cerai tahun lalu.

Namun disebalik cerita semua itu, hakikatnya yang merasai keperitan dan kesedihanya adalah yang terlibat dengan penceraian itu.


Siapa yang mahu perkahwinan yang dibina sekian lama berkecai dan hancur begitu sahaja. Kita sedia maklum dan tahu, tak ada manusia yang mahukan kegelisahan,kedukaan,kesakitan dan kekecewaan.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards