Pages

 

Monday, June 28, 2010

Apabila kita berada dalam kesedihan.

0 comments
Lakukan lah perkara berikut :
1- Bersujud lah kepada Allah dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
2- Berdoa lah dengan penuh harapan dan titisan air mata "Ya Allah anugerahkan ketenangan pada hati ini., Kembalikan diri ini dibawah Keredhaanmu dan RahmatMu2, Ampunilah dosa-dosaku
3- Bermuhasabah mengenali kelemahan dan kesilapan diri.
4- Bangun dan kembali berusaha memperbaiki kelemahan dan memperbetulkan kesilapan kerana selagi Allah beri kita nyawa selagi itu di berinya kita peluang untuk terus membentuk dan memperbaiki diri.






Ketenangan atau sakinah adalah sesuatu yang tidak mampu kita ciptakan, kerana ia adalah anugerah dari Allah. Sehebat atau sekaya mana pun manusia, mereka pasti tidak mampu untuk mencipta mahu pun mengusahakan sakinah….jesteru ianya adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka kita hendaklah meminta dan berdoa semoga Allah menurunkan ketenangan yakni sakinah kepada kita semua. Sakinah paling sukar dikecapi terutama ketika kita diuji dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan mahupun segala macam lagi permasalahan yang mengganggu fikiran.

Dr. NeoRantisi menghantar email kepada saya tentang ‘kita bertanya, Al-Quran menjawab’ subhanallah, nyatalah sungguh indah segala penawar dari farmasi Ilahi…saya gembira dengan emailnya kali ini yang berkisar tentang ujian drpd Allah S.W.T. Seringkali manusia itu diuji, kadang-kadang mereka redha, kadang-kadang mereka kecewa dan tak dapat menerimanya…pedihnya sesuatu ujian, hanya yang mengalaminya yang lebih memahaminya.

Maka namanya manusia, mereka takkan pernah sunyi dari diuji tuhan.Beruntunglah sesiapa yang mencari-cari tuhannya, ketika diri terasa sarat diuji. Ujian Allah itu secara umumnya terdapat dlm dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk kesusahah, kesedihan, kesakitan dan kekecewaan. Manakala bentuk kedua pula ialah seperti kesenangan, kegembiraan, kekayaan, dan kelapangan. Sebenarnya ujian dalam bentuk kedua inilah yg lebih sukar kerana manusia amat susah untuk sedar bila diuji dgn kesenangan dan kegembiraan, berbanding kesusahan. Keinsafan sering datang mengetuk pintu hati ketika manusia dilanda kesukaran, tetapi lebih payah untuk merasa bersyukur bila mendapat kesenangan dan keseronokan.

Biasanya bila kita duji, kita akan banyak tertanya-tanya sendiri …tidak bolehkah segalanya berlaku mengikut kehendak hati ?? mengapa seharusnya begitu, tidak pula begini ?? Namun sebenarnya, setiap persoalan yang timbul dlm fikiran kita itu, dah pun Allah tahu sejak azali lagi, dan Dia yang Maha Mengetahui dan lagi Maha Mengasihani telah merakamkan jawapan bagi soalan-soalan itu di dalam Al-Quranulkareem. Berikut antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita dan Allah menjawab di dalam Al-Qurannya .


KITA BERTANYA : KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami
telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ATAU BEGITU KECEWA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah. dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika
kamu orang yg beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKAN AKU PEROLEHI
DARI SEMUA INI?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka… ?
-Surah At-Taubat ayat 111

DAN KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ?

AL-QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.”
-Surah At-Taubat ayat 129

KITA BERKATA : AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA !

LANTAS AL-QURAN MENJAWAB
“……dan jgnlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersabar dan sentiasa redha dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah. Moga-moga Allah S.W.T. akan memberikan balasan yg tak tergambar indahnya di akhirat kelak… insyaAllah. Tatkala kamu menghadapi kesusahan, igtlah sesungguhnya ada ramai lagi orang yang menderita dengan kesusahan yang lebih dahsyat dari kita, dan tatkala kita mengalami kesenangn pula, ingatlah yang segalanya datang dari Allah S.W.T dan ianya boleh hilang bila-bila masa sahaja. Segala puji bagi Allah S.W.T. pemilik sekalian alam ini, wallahu’alam.




0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards