Pages


 

Friday, March 4, 2011

Berdirinya Ku Disini

0 comments

Berdirinya ku disini, hari ini dan disaat ini , kerana seseorang, seseorang yang amat aku sayang ( M_ _ _ _ ), yang tidak terhingganya kasih sayangku. Yang menjadi sumber inspirasi sepanjang hayatku. Dialah manusia terbaik yang pernah kutemui, sepanjang hidupku.

15 tahun dulu aku tidak menyangka sama sekali boleh kesini ,merentasi lautan dan negara yang dahulunya sangat asing bagiku. perbezaan budaya,bahasa, cara hidup dan aturan. Aku tidak mungkin berada disini tanpa kekuatan dan sokongan dari dia. Dia sendiri tidak tahu kejayan ku mengharungi hidup adalah kerana motivasi darinya . Aku berpegang kepada keyakinan diri ,petensi diri dan harga diri, biarpun dihadapkan dengan beribu kali kesilapan dan kegagalan.

Sudah lama aku tidak menulis lagi di blog ini, agak sibuk hingga pulang ke kampung jugak tidak sempat. Pokoknya bukan sebab sibuk sangat tapi setiap kali nak menulis rasa mcm tak berapa best. Entah kenapa, tapi hari ini ku gagahi diri untuk menulis, pada hari ini adalah hari penuh kesulitan, tak tahu samada ianya berlalu begitu saja atau apa apa saja yang buruk akan berlaku, namun sentiasa berdoa kepada Allah yang mencipta seluruh alam agar yang buruk itu bertukar kepada yang baik. Itu aja yang mampu ketika ini, kerana hanya DIA yang boleh merubah keadaan.

Aku sendiri tidak tahu dan menjangka kan apa yang berlaku pada hari ini. Berada di bumi asing, yang tidak pernah kukenal dan mengenaliku. Tidak pernah terfikir pun untuk kesini dan tinggal disini. Ada yang mengatakan apakah aku punya "orang" di sini yang membuatkan aku betah tinggal disini . Jawapanya "tidak". Pada asalnya aku tidak berniat berada disini. Ketika aku membuat kursus borong aku tidak begitu berpengalaman dan berpengehtahuan pun tentang dunia di sini. Tapi kursus borong yang aku anjurkan memerlukan aku berada disini. Di negara yang mempunyai penduduk hampir 400 juta ini . Terlalu padat dan sempit, tapi tidak menyempitkan akal dan fikiran ku. Ternyata terlalu banyak peluang yang ada yang masih berlum di teroka disini. Aku juga tidak menyangka jenama "Pasar Terbuka" yang belum pun gah di negara asalku diterima dengan begitu cepat disini. Bak kata orang 'kueh yang kita buat lebih cepat terjual di tempat orang berbanding di tempat kita sendiri'.

Dalam masa tidak sampai 1 bulan "Pasar Terbuka" sudah pun mempunyai tapaknya yang tersendiri. Disini sangat mudah untuk berniaga, semua orang boleh berniaga tanpa sekatan. Memberi peluang yang luas kepada kita untuk menjadi peniaga. Disini mereka langsung tidak tahu malu untuk berjualan atau berniaga atau memberi servis untuk mendapatkan uang. Saya dikatakan agak berjaya kerana membawa dan mewujudkan idea baru disini.

Lalu, kalau ini semua , di namakan kejayaan bagiku, untuk apa dan kepada siapa kejayaan ini ? Tidak lain dan tidak bukan hanya lah untuk keluargaku yang paling aku cinta dan untuk DIA. Dia yang begitu tabah,sabar dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kalau DIA tidak ada kejayaan pada hari ini walau masih berantakan adalah sangat tidak bermakna bagiku.

Berjuang bermatian untuk membawa pulang kejayaan kalau tidak ada yang menyambutnya adalah kegagalan sebenarnya. Menanam jagung, lalu apabila jagung itu sudah membuahkan hasil tapi tiada siapa yang makan adalah tidak bermanafaat langsung penanamannya dan pembuahannya.

Sehingga kini sudah 16 tahun berlalu, beribu-ribu kegagalan yang aku tempuh, baik yang kecil atau besar. Namun belum sampai ketahap kehilangan nyawa. Kalau nyawa sudah hilang maka peluang untuk mencipta dan mewujudkan peluang sudah tidak mungkin bisa. Aku pernah hilang maruah dan harga diri, aku pernah hilang kawan dan sahabat,akupernah kehilangan kasih sayang, aku pernah hilang semua harta dan aku juga aku pernah hilang segala-galanya.


Pada suatu ketika, ketika aku berdiri aku sendiri tidak tahu apakah aku selepas ini, apakah yang akan berlaku selepas ini. Ya sememangnya sudah tentu kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok. Sebab tidak tahu itu membuatkan kadang-kadanga aku menjadi takut menghadapi hari esok. Terutama disaat waktu bersama kegagalan , kegagalan kesannya pasti amat memeritkan.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards