Pages

 

Thursday, April 24, 2008

Kembali Membangun...

0 comments

Setelah sekian kalinya aku gagal dalam banyak perkara, kali ini aku bangun kembali mencuba untuk seterusnya. Aku mempertaruhkan 3 bidang utama pada sesi percubaan kali ini. Bidang tersebut ialah Makanan, Perubatan dan Pembekalan (Kontraktor Pembekal Am).

SaffronRice Food & Caterer bergiat dalam bidang pembekalan dan penyediaan makanan, Hospart Medical Supplies bidang pembekalan perubatan dan Avicenna BS dalam bidang Am yang meliputi rundingan,pembekalan dan pembangunan.

2 daripadanya di miliki sepenuhnya oleh aku sendiri dan satu daripadanya adalah perkongsian yang mana aku memegang hanya 40% kepentingan, dan dalam masa yang sama aku jugak pemegang sejumlah kepentingan dalam Mehrab (M) Sdn Bhd yang bergiat dalam bidang peruncitan namun pengurusannya di pegang oleh 2 rakan kongsi dalam syarikat yang memegang 30% kepentingan asing dalam syarikat tersebut.

Semua melibatkan pelaburan bernilai lebih 20k yang meliputi kos perancangan,pra operasi dan penyediaan kemudahan. Ianya dijangka mengalami proses pra-pembangunan selama 6 bulan bermula dari 1 Januari 2008 hingga 1 Mei 2008 dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun 2008.

Kesemua tersebut adalah merupakan pertaruhan terbesar sejak aku terjun,timbul dan tenggelam dalam bidang perniagaan yang begitu mencabar ini.

8 kegagalan direkodkan sepanjang perjalanan menyusuri lembah pergolakan perniaagaan sejak 1996 dan setiap kegagalan yang berlaku itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. 4 bidang utama yang pernah ku ceburi iaitu Makanan, Perabot,Perubatan dan Elektronik (Komputer) yang mana kesemunya menemui kegagalan selepas kejayaan.

Kini aku kembali semula mengorak langkah menongkah arus pergolakan segit dalam dunia perniagaan tersebut yang rata-ratanya di kuasai oleh kaum China di Malaysia ini.

Ada org yang bertanya kenapa aku tidak terus bekerja "makan gaji" atau dalam istilah lain "kerja tetap". Aku berpendirian bahawa adalah menjadi satu tanggungjawab aku sebagai orang islam untuk menguasai bidang pernigaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh orang bukan islam. Ianya juga adalah tuntutan fardu kifayah dimana sektor makanan dan perniaagaan haruslah dikuasai oleh orang islam. Kalau aku terus makan gaji dan kalau semua umat islam berkerja makan gaji siapa pula yang akan memberi gaji. Kalau semua berbaris untuk ditemuduga untuk 1 kekosongan jawatan kerja kenapa tidak kita yang wujudkan kerja sendiri. Kita seakan sudah biasa dengan fikiran "sekolah rajin2 sampai boleh KERJA disyarikat besar, kenapa tidak kita kata sekolah rajin2 sampai boleh BELI dan MILIKI syarikat besar?. Itu yang sepatutnya. Aku tidak anti kerja makan gaji tapi aku harus keluar dari budaya makan gaji demi keadaan dan tuntutan untuk mewujudkan peluang pekerjaaan kepada orang islam yang 80% adalah pengganggur terbesar. Dan kebanyakan penganggur ini adalah lepasan Universiti yang rata2nya punyai kelulusan akademik yang bagus.


Mampukah aku ? sudah tentu aku tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. Dalam hal ini sudah tentu tidak ada cara lain yang lebih baik dari penggabungan kepakaran dan pengalaman dengan rakan2 di bidang lain. Tidak ada manusia yang berjaya seorang diri. Semuanya berjaya hasil pengabungan tenaga minda dan tenaga kerja. Jadi apakah yang aku lakukan ? Dalam keterbatasan waktu dan kekeringan modal dan ketidakupayaan untuk menongkah arus sendirian maka aku tidak dapat tidak harus meminta bantuan dari pihak lain untuk mengukuhkan sokongan dan dorongan untuk melaksanakan apa yang dirancang itu. Kalau dalam politik kejayaan satu2 parti itu adalah dengan sokongan dan kerjasama ahli-ahlinya berasaskan kepada kredibeliti pemimpinnya, begitu juga dalam bidang perniaagaan kejayaan sebuah perniagaan itu bergantung kepada kreativiti pengurusan dan sokongan pembelian penggunanya.


Tidak takutkah aku dengan kegagalan ? Sama sekali tidak, aku pernah banyak kali gagal bukan setakat kegagalan dalam dunia perniagaan malah hampir2 mengalami kegagalan hubungan. Pengalaman yang lalu dalam kegagalan akibat dari membuat Keputusan Yang Salah mematangkan aku untuk berusaha membuat Keputusan Yang Betul pada masa akan datang. Aku menggunapakai prinsip "Meneroka Dunia Siapa Berani Dia Menang" dalam hal menangani masalah ketakutan ini. Aku tidak seharusnya takut gagal,takut gagal bererti takut untuk berjaya, tidak ada kejayaan tanpa dimulai dengan kegagalan, Tak ada orang yang dilahirkan terus pandai berjalan pasti jatuh dahulu, tak ada orang terus pandai mengayuh basikal, begitulah.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards