Pages

 

Monday, May 20, 2013

Peluang untuk hidup 40 tahun lagi

0 comments
Memulakan tugas baru , idea baru , dalam suasana baru, masyarakat baru , rakan baru , rumah baru, wang baru dan yang paling penting semangat baru, setelah melalui 'Dunia Kosong" 2 tahun lepas ,maka pada hari ini dengan doa dan harapan agar diberi peluang oleh Allah Swt tuhan yang maha berkuasa untuk terus hidup lebih 40 tahun lagi.

Doa dan harapan ini adalah kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan, terutamanya yang melibatkan tanggugjawab, dan tanggugjawab ini harus diselesaikan di dunia sebelum ke akhirat kerana jika tidak selesai didunia maka akhirat nanti akan menjadi satu masalah dan dosa yang tidak tahu bagaimana keadaannya. 

Saya beranggapan dunia yang berada dihadapan lebih mencabar dari dunia yang pernah dilalui sebelumnya. Namun ketakutan dalam diri tidak wujud seperti yang saya alami 2 tahun yang lepas. 2 tahun lepas saya merasakan bahawa saya sudah tidak mungkin akan bertemu hari ini 20 Mei 2013. Yang saya bayangkan ketika itu ialah dunia saya akan berakhir selepas beberapa hari ketika itu.

Masih belum menetapkan apakah halatuju tahun 2013 ini. Secara peribadi saya ingin melakukan banyak perubahan samada perubahan yang bersangkutan dengan perkara peribadi atau perkara yang melibatkan orang lain iaitu masyarakat. Sekarang hidup tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri sahaja seperti sebelum ini. Diri sendiri akan terkesan dengan apa yang berlaku disekeliling sebagai contoh kehidupan peribadi kita akan terkesan dengan perubahan geopolitik di tempat yang kita tinggal. Kerana politik mempengaruhi pemikiran masyarakat , pengaruh tersebut merubah pola bertindak masyarakat tersebut. Sebelumnya saya mengambil pendirian untuk  tidak terlibat dengan PRU-13 yang telah pun berlangsung, namun semangat dan pengaruh yang ada 10 tahun yang lalu membuatkan saya tidak boleh tidak kena menyumbang sesuatu untuk PRU-13 . Walaupun saya telah tidak mahu terlibat pada PRU-11 dan PRU-12. Saya mengambil pendekatan sederhana dengan terlibat di belakang tabir pada PRU-13. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai kapasiti dan kemampuan yang besar untuk terlibat secara sepenuhnya walaupun diminta oleh beberapa rakan lama yang kini telah pun menjadi Yang Berhormat. Saya ucapkan Syabas dan Tahniah.

2013 yang sudah berada di pertengahan jalan harus menjadi tahun yang menyimpan rekod cemerlang buat saya. Saya tidak mahu kotak kejayaan 2013 kosong seperti 2 tahun yang lepas. Perlu ada sesuatu biarpun kecil bak kata orang biar ada walaupun kecil dan berhasil. Kalau tak dapat ikan yang besar yang kecil pun jadilah dulu.

Seperti perangai dan tabiat yang sebelumnya saya rancak merancang dan melaksanakan apa yang dirancang. Bergerak dengan sangat perlahan akibat kekurangan dana,kuasa,kepercayaan dan sokongan namun usaha selama setahun semakin menampakkan hasil. Pendirian kali ini ialah " tak perlu heboh-heboh" biar dunia tahu sendiri. Kalau sebelum ini "yang melakukan" berada di hadapan dan "yang dilakukan" berada di belakang , namun kali ini "yang dilakukan" berada dihadapan dan "yang melakukan" ( pelaku ) berada di belakang. Kalau sebelum ini "pelaku" berada di hadapan dan risiko yang dihadapi dirasai dahulu oleh si "pelaku" keadaan tersebut menyebabkan apa yang dilakukan oleh pelaku "Musnah". Kali ini pelaku perlu di lindungi terlebih dahulu..

Saya berdoa agar permulaan kembali kali ini adalah permulaan untuk satu kejayaan dan usaha yang paling hebat dalam sejarah hidup . 15 Jun 2013ini usia saya bakal melangkah ke 37 tahun. Saya menganggarkan saya mempunyai 5 tahun peluang dalam bentuk fizikal dan mental untuk membina impian , dan selepas itu saya sudah mungkin kehilangan separuh kekuatan fizikal dan harus menggunakan kekuatan mental. Bererti dalam tempoh 5 tahun kedepan ini adalah waktu paling bertenaga sebelum usia saya menjejak ke 43 tahun.

Saya juga menaruh harapan yang besar untuk melihat pengabungan keluarga yang saya bentuk terhasil dengan cemerlang dan gemilang. Usaha untuk membentuk dan menyatukan keturunan sedang di lakukan. Sedikit demi sedikit alhamdulillah. Meskipun ada sedikit masalah namun ianya bukan masalah besar kerana hanya sekadar perbezaan pendapat. 

Semoga saya suksess kali ini..Inikalilah...

Seng Wani ( Safawi Taharim )
Senawang, Negeri Sembilan 12:02hrs , 20/5/2013


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards