Pages


 

Tuesday, May 21, 2013

Kerjaya Sebagai Pemandu Teksi [I]

0 comments
Saya ingin berkongsi tentang kisah hidup sebagai seorang pemandu teksi dikuala lumpur ,tiada kisah yang akan saya sembunyikan ,yang baik anda ambilah sebagi pelajaran dankisah yang buruk anda jadikan lah sebagai sempadan pengajaran, hampir 2 tahun saya berada di bidang ini , cerita sebagai pemandu teksi saya ini meliputi kisah DAHULU,KINI dan AKAN DATANG berserta dengan analisis saya tentang masa depan bidang pengangkutan awam yang paling popular ini . Saya kira masa dan pengalaman saya selama hampir 2 tahun sudah agak cukup bagi membolehkan saya bercakap dan bercerita sedikit tentang perkara ini. Kisah ini mungkin agak panjang namun saya akan ceritakan sedikit demi sedikit secara bersiri dan mengunakan tajuk yang berlainan tetapi sangat berkaitan antara satu sama lain.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Bandung,Indonesia pada 25/06/2011 ,dan memulakan kerjaya sebagai pemandu teksi dengan sebuah syarikat yang agak besar di kuala lumpur pada 16/08/2011. Kerana itu sahaja perkerjaan yang mudah dipohon tanpa kelulusan kerana saya sudah penat menghadiri beberapa temuduga di beberapa buah syarikat kecil dan besar sebelum dari itu. Terus terang saya katakan saya tidak tahu langsung dan tidak mempunyai pengalaman langsung sebagai pemandu teksi. Selama 2 tahun saya pulang pergi ke Indonesia hampir keseluruhannya saya dipandu oleh pemandu teksi ke Bandara ( Airport dalam bahasa Indonesia ) atau Klia. Tidak pernah terfikir pun suatu hari yang saya akan menjadi pemandu. Selalunya saya duduk dibelakang teksi sebagai 'Guest" atau "Tetamu" ke Airport. Saya seperti seorang bos atau VIP dilayan begitu baik oleh pemandu teksi yang membawa saya. 

Sungguh saya tidak sangka daripada seorang yang "dibawa'" saya menjadi seorang "pembawa" ( pemandu teksi ) selepas itu. Dan yang paling teruknya saya tidak tahu arah jalan pun di Kuala Lumpur. 3 hari sebelum saya memulakan kerjaya atau diterima sebagai pemandu teksi saya perlu melalui prosedur pertama iaitu perkara yang paling saya tidak suka iaitu "Temuduga". Huh!!.. Demi masa depan dan masalah kewangan yang semakin menghimpit saya menebalkan muka. Saya ditanya oleh Mr Tam ,manager syarikat tersebut adakah saya tahu lokasi hotel-hotel utama di kuala lumpur? Saya jawab , ''maafkan saya tuan saya tidak tahu langsung dimana hotel-hotel tersebut tetapi saya sangat-sangat memerlukan pekerjaan ini kerana saya memerlukan wang dan berilah saya peluang". Barangkali melihatkan wajah sayu saya maka Mr Tam (seorang pengurus yang berwajah kasar dan bengis ) memberikan saya list hotel dan memberi saya tempoh 3 hari untuk saya menghafal jalan . Pada malam selepas itu saya menaiki motosikal mencari jalan dan lokasi hotel-hotel yang terdapat di list yang diberikan. Pada hari Isnin 15/08/2011 saya kembali menemui Mr Tam di pejabat beliau dengan penuh doa dan harapan. Akhirnya dengan izin Allah swt saya diterima bekerja di syarikat tersebut sebagai pemandu teksi.
Saya memulakan hari pertama sebagai pemandu teksi dengan mendapat satu trip ke Klia , terus terang lagi saya katakan saya cuma tahu satu jalan sahaja ke Klia ketika itu dan tidak tahu pun ada jalan alternatif lain untuk ke KLIA dan saya cuma tahu LCCT sahaja tidak KLIA.

Maka pengalaman dan kesilapan pertama saya di hari pertama sebagai pemandu teksi itu ialah saya telah masuk di salah lorong iaitu lorong VIP lane 1 di Level 5 ( Depature Hall ) KLIA. Dan saya ditahan polis trafik akibat dari kesalahan saya memasuki lorong yang salah tersebut. Aduh!! dugaan dan cubaan betul. Dan untuk pengetahuan , sebagai pamandu teksi segala perbelanjaan NGV atau Petrol , Toll dan Parking Fee adalah atas modal sendiri. pemandu teksi hanya perlu membayar kadar sewaan sehari rm45 untuk teksi budget seperti saya. Saya pada ketika itu sangatlah tidak arif tentang pengurusan perbelanjaan serta kos operasi trip pemandu teksi. Saya betul-betul hampir-hampir kehabisan wang ketika itu. Disamping masih belum boleh mengurus waktu dan perjalanan untuk membiayai bayaran sewaan harian teksi tersebut. 

Saya cuba untuk meminta nasihat dari pemandu-pemandu teksi yang lain di tempat saya terutamanya rakan-rakan pemandu melayu di syarikat tapi respon yang buruk ,kelihatan mereka seolah-olah tidak mahu berkongsi ilmu , sedih sekali, ..

bersambung....



Seng Wani ( Safawi Taharim )
Senawang, Negeri Sembilan 10:23hrs , 21/05/2013

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards