Pages


 

Tuesday, May 28, 2013

Hidup Gelandangan 2 tahun yang lalu

0 comments
Masalah akan datang setiap hari. 2 Tahun dulu bila saya di hadapkan dengan masalah besar ,pada ketika itu saya seperti ingin mahu melarikan diri kerana tidak mampu menghadapinya. Saya berfikir jika saya melarikan diri adakah masalah tersebut akan selesai. Ya saya akui saya pernah melarikan diri dengan alasan lain daripada masalah. Akibatnya masalah tu diselesaikan oleh orang lain dan menyusahkan orang lain dan mereka terpaksa menyelesaikannya. Dimana harga diri saya . Masalah saya orang lain yang tolong selesaikan Saya dikecam hebat. Maruah diri sudah tiada. Ketika itu saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya . Fikiran saya jadi buntu. Jiwa saya jadi kacau.Saya sudah tidak nampak jalan lain melainkan " Mati" dan "Berdiam" diri. Saya kembali membaca semua buku2 petua kejayaan yang telah saya simpankan dalam kotak usang di stor rumah. Namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Jiwa saya terlalu kacau dan tidak tenteram. Bermunajat kepada Allah swt. Tapi sangat malu, kerana jujur saya mengatakan bahawa ketika saya berada di ambang kejayaan saya lupa kepada Maha Pencitpa,. Saya malu dan tersangat malu kerana ketika saya berada dalam kesulitan dan kesusahan baru saya kembali merayu kepadanya memohon pertolongan. Kejayaan tanpa kekuatan keimanan akan membuatkan kita hanyut dalam kealpaan tentang siapa Tuhan yang Maha Esa. 

Saya mengambil keputusan untuk keluar rumah ,berjalan kaki, pada ketika itu jam 11.00mlm. Saya sebenarnya tidak tahu kemana hendak dituju. Mahu pulang ke kampung malu. Nak minta tolong kawan-kawan adalah tidak mungkin sama sekali. Saya berjalan kaki sejauh lebih kurang 8 kilometer, kerana tiada perhentian bus berhampiran dirumah saya. Tiada teksi dan tiada bus melalui kawasan rumah saya. Saya dikejar anjing liar ketika melalui satu kawasan dalam perjalanan ke perhentian teksi 8 kilometer dari rumah saya. Inilah harga yang saya perlu bayar. Saya kehilangan keluarga, saya kehilangan harga diri. Dalam fikiran saya ketika itu hanya terfikir mahu ke Puduraya , dan saya ingin bersama-sama dengan pengemis dan kutu jalan yang mendiami lorong-lorong sunyi dan sempit di sekitar hentian puduraya.

Saya tidak ada duit yang banyak dan saya hanya membawa 3-4 helai baju ketika itu. Serius saya memang sudah berfikir untuk bersama mereka ( pengemis ) atau dalam bahasa lain 'Manusia Gelandangan" Saya melihat dunia saya akan berakhir disitu ketika itu. Saya ada keliuarga tapi saya tidak mahu terus menyusahkan mereka, ayah dan ibu saya sudah terlalu tua untuk mendengar masalah saya . Saya tersanga-sangat memerlukan seseorang , saya sangat2 memerlukan teman untuk berbicara ketika itu. Maka saya rasa tidak ada lain mungkin bakal rakan "gelandangan" saya nanti boleh menerima saya. Kerana saya rasa nasib saya ketika itu sama dengan mereka.

Saya sudah tidak peduli dengan kebersihan saya dan saya sudah tidak peduli dengan tahap kesihatan saya ketika itu. Saya menaiki bus ke puduraya. Sampai di puduraya saya hanya berehat dikerusi . Hanya melihat gelagat manusia disana yang berbagai rupa dan gaya. Saya masih memikirkan tentang nasib saya. Kemana saya selepas itu dan bagaimana saya di masa depan saya tidak tahu. Saya sudah menutup keinginan dan kehendak besar saya. Saya sudah merasakan bahawa tiada cahaya yang terang buat saya. Pukul 2pagi pengawal keselamatan menghalau saya dan beberapa orang yang masih di situ kerana pudurraya mahu ditutup, ketika itu puduraya masih sedang dalam 'pengubahsuaian' masih belum di buka sepenuhnya. Saya beredar ke KFC di hadapan puduraya.

Saya tidak mempunyai banyak wang untuk makan ketka itu jadi saya hanya menumpang duduk di dalam KFC sehingga pukul 4pagi, dan selepas itu saya dan beberapa orang yang berada di KFC diminta untuk berada diluar kerana pekerjanya mahu tutup sementara untuk pembersihan. Saya keluar dan duduk di tepi pintu kedai berhampiran. Saya sudah benar-benar seperti orang gelandangan yang tidak punyai rumah dan tidak ada keluarga. Keluarga dan segelintir kawan2 yang masih ingat menelefon saya tapi saya tidak mahu jawab sebab saya malu dengan mereka. Saya malu kerana dulu saya berada dipentas seperti seorang bos seperti seorang pakar motivasi , mana mungkin seorang pakar motivasi boleh berada dan tidur dikaki lima. Sangat tidak mungkin . Tapi itulah yang terjadi dan itulah kenyataannya.


0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards