Pages


 

Tuesday, October 19, 2010

PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia )

0 comments




PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) cetusan dan idea berani Ibnu Taharim 2011

KONSEP

Konsep bagi PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini ialah “Retail in Wholeseller” iaitu peruncitan dalam pemborongan . Konsep pasar yang ingin di ketengahkan ialah satu mekanisma yang mana semua orang yang ingin memulakan perniagaan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana khusus kepada peniaga berskala kecil memulakan pernigaan secara borong dengan mudah. Kita menyediakan tempat dan prasarana ringkas tanpa kos yang tinggi, dimana dengan kos yang rendah ini akan mengurangkan jumlah bayaran yang di kenakan kepada peniaga, secara tidak langsung peniaga tidak terbeban dan boleh menjual barangan dengan harga yang rendah dari pasaran. Apabila barang jualan di jual rendah dari harga pasaran atau dalam istilah lain panggil harga borong, maka kesan langsung yang akan di perolehi ialah pengguna dapat membeli barangan dengan harga yang rendah dengan senang hati. Secara logiknya bagaimana harga jualan rendah ini boleh di laksanakan oleh peniaga ialah kerana kos sewa dan operasi yang murah, tidak seperti barangan sama yang dijual di pasar-pasar besar yang mengenakan sewa tapak yang tinggi. Maka dengan kos sewa tapak yang tinggi harga barang yang ditetapkan juga perlu tinggi bagi mengimbangi kos padahal kualiti dan bentuk barang adalah serupa.

PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini tidak seperti pasar atau bazaar yang diwujudkan atau diuruskan oleh pihak swasta yang hanya mementingkan keuntungan di pihak penganjur dengan mengenakan bayaran yang tinggi kepada peniaga yang mana secara tidak langsung akan menaikkan harga barang dengan alasan yuran atau permit yang dikenakan terlalu tinggi. Apabila harga barang yang tinggi di kenakan kepada pengguna, pengguna akan menjadi berkurangan akibat pengguna akan memilih untuk membeli di pasar atau pasaraya besar seperti Tesco, Carefour dan Giant. Keadaan ini akan member kesan buruk kepada peniaga itu sendiri yang akhirnya akan menangung kerugian dan akhirnya pasar tersebut di tutup.

PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia )yang diuruskan oleh Orangkita Business Solution [ 001981900-P ] dengan kerjsama pihak PBT ini akan mementingkan dan mengetengahkan konsep “Retailer In Wholeseller” iaitu peniaga menjual barang secara runcit tetapi dengan harga borong dan pembeli pula boleh mudah membeli. Situasi menang-menang ini akan memberi kesan dan impak yang baik kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi peniaga itu sendiri ,malahan secara secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada pengguna dengan menjimatkan kos pembelian dan mengurangkan kos perbelanjaan.

PasarTerbuka™ adalah jenama yang telah di daftarkan di Perbandan Harta Intelek Malaysia di jangka akan menjadi pusat kunjungan orang ramai yang menginginkan suasana membeli belah secara terbuka ,termurah dan termudah di Malaysia . PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) yang dijangka akan di buka awal tahun 2011 di 3 lokasi utama negara iaiatu di Johor Bharu ( Zon Selatan ) , Seberang Jaya ( Zon Utara ) dan Subang ( Zon Tengah ) . Lokasi tersebut adalah lokasi yang strtegik yang tidak jauh dari pelabuhan utama negara.

Disamping itu juga PasarTerbuka™ Antarabangsa dijangka bukan sahaja akan terdapat di Malaysia tetapi juga akan di buka di negara-negara pengeluar utama barangan berkos rendah di dunia seperti di Indonesia ,India ,China dan Vietnam. Ini bertujuan bagi menjadikan PasarTerbuka™ Antarabangsa sebagai hub perdangangan borong sedunia.

Bagi memenuhi hasrat pembukaan PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini maka peserta-peserta atau pedagang-pedangan harus mempunyai ilmu dan pengalaman pemborongan yang cukup. Oleh yang demikian peserta-peserta harus memiliki pengehtahuan khusus dalam pemborongan. Maka yang demikian syarat utama penyertaan anda mestilah menyertai ” Kursus Borong Pemborong , Pengimport dan Pembekal” di Kursus Borong Dot Com.

TUJUAN

PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia )

(1) Menggalakan penyertaan semua golongan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan borong berskala kecil dengan kos permulaan yang rendah

(2) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, menyemai semangat persaudaraan dan keusahawan, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjahui unsur dan nilai negative dikalangan masyarakat;

(3) Mengadakan dan meyelaraskan akiviti untuk peniaga dan pembeli dalam menbentuk dan membangunkan minda yang cemerlang dalam dunia perniagaan dan keusahwanan

(4) Menghimpunkan serta menjadikan pasar ini satu tempat himpunan peniaga-peniaga dan usahawan kecil untuk menjual produk buatan mereka terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah

(5) Menjadikan salah satu tempat perniagaan kepada peniaga untuk menambah sumber pendapatan mereka seterusnya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

(6) Menyediakan satu peluang dan tempat kepada pengguna untuk membeli barangan dengan kadar yang murah dan memuaskan.

(7) Menyediakan satu kawasan yang mempunyai kemudahan selesa kepada pengunjung untuk membeli belah secara borong dan hampir dengan kediaman

(8) Mewujudkan satu pasar yang berkonsepkan borong tetapi berskala kecil

Secara nyatanya tujuan utama pembukaan PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini adalah untuk mewujudkan satu peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat . Ini adalah kerana orang kita yang mempunyai modal yang kecil adalah tidak mampu menyaingi pasar-pasar besar seperti Tesco , GM, Giant dan Carrefour yang berskala besar dan berbumbung. Namun dengan adanya PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini dapatlah orang kita menyertainya melalui penggabungan dan kerjasama.

PENYERTAAN

(1) Syarat-syarat menyertai PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ):

(a) Warganegara Malaysia

(b) Mempunyai barang (bukan barangan hasil curi dan dari hasil yang haram yang menyalahi udang-undang Negara) yang ingin dijual atau dipromosikan dengan harga borong;

(c) Sanggup mematuhi peraturan PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia )ini setiap masa;

(d) Harga barangan yang hendak di jual mestilah harga borong;

(e) Wajib menyertai Kursus Borong di Kursus Borong Dot Com @ www.kursusborong.com

(2) Tiap-tiap permohonan untuk menyertaiPasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia )ini mestilah menggunakan borang rasmi yang disediakan secara manual atau membuat permohonan secara dalam talian di www.pasarterbuka.my

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah dikehendaki membuat bayaran pendahuluan sebanyak dan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa pengelola PasarTerbuka™ Antarabangsa ( Malaysia ) ini.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards