Pages


 

Monday, October 11, 2010

Tips membeli belah di Hong Kong

0 comments

Kunjungi peniaga QTS
Anda boleh mempercayai kedai-kedai yang mempamerkan tanda QTS. kerana mereka mesti memenuhi syarat-syarat penilaian kualiti yang ketat setiap tahun, dan ini bermakna mereka:


•Mempamerkan tanda harga dengan jelas
•Mempamerkan maklumat produk dengan jelas
•Memastikan perkhidmatan pelanggan terbaik melalui kakitangan jualan yang mempunyai maklumat terperinci mengenai produk supaya dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Skim Perkhidmatan Pelancongan Berkualiti dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong, yang juga menyediakan bantuan untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai pembelian dari kedai dan restoran di bawah skim QTS.

Untuk mencari kedai QTS, sila klik di sini.

Bandingkan harga
Banding harga sebelum anda membeli. Harga-harga biasanya dipamerkan dengan jelas, terutama di pusat membeli-belah, pasaraya dan rangkaian kedai. Bagaimanapun, sesetengah kedai-kecil kecil dan peniaga di pasar terbuka tidak selalunya mempamerkan harga. Oleh itu, anda boleh tawar menawar harga di setengah kedai tersebut.

Kenali produk anda
Pastilan anda mengetahui apa yang anda hendak dari segi model,ciri-ciri, harga,aksesori dan waranti termasuk liputan geografinya.Sila hubungi Majlis Pengguna di 2929 2222 untuk nama-nama ejen jenama popular.

Memeriksa produk anda
Semak resit anda dan pastikan semua maklumat dan sebarang perjanjian secara lisan disenaraikan sepenuhnya.

Bayaran menggunakan kad kredit
Kebanyakkan kedai di Hong Kong menerima kredit kad. Semak slip kad kredit sebelum menandatanganinya dan jangan lupa mengambil resit anda. Syarikat pengeluar kad kredit dan/atau bank yang mengeluar kad-kad tersebut mungkin mengenakan caj yuran tukaran matawang bila membuat pembelian di luar negara. Sila semak dengan syarikat/bank berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenainya.

Nasihat ketika membeli barang kemas, barang emas dan jamtangan
•Hanya beli dari kedai-kedai terkemuka dan dapatkan resit yang sempurna yang mengandungi butir-butir pembelian
•Mengikut undang-undang, barang emas dan platinum mempunyai cop pengesahan ketulenannya. Bagi emas, cop ketulenannya ialah 999.9 (99.99% tulen), 999 (99.9% tulen), 990 (99% tulen bagi emas 24-karat), 916.6 bagi emas 22 karat, 750 bagi emas 18 karat dan 585 bagi emas 14 karat. Bagi platinum pula, cop pengesahan ketulenannya ialah PT990 (99% tulen) dan PT900 (90% tulen).
•Harga runcit bagi barang emas dan platinum yang 99% tulen atau lebih (dan dikenali sebagai Chuk Kam atau Chuk Pak Kam) berdasarkan kepada faktor-faktor seperti beratnya, kehalusannya, ukirannya, komisyen dan rekabentunya
•Barang emas putih biasanya ditanda sebagai emas 18 karat 750. Ini bermakna 75 peratus daripada barangan tersebut adalah emas kuning yang dicampur dengan logam-logam lain, menggunakan ‘electro-plating’ (atau teknik yang serupa), yang menukarkan warnanya menjadi putih. Selepas dipakai untuk jangka waktu tertentu, emas putih 18 karat kembali menjadi kuning.
•Gunakan “4C” ketika hendak membeli berlian: karat, kejernihannya, potongannya dan warnyanya. Dapatkan laporan makmal sebagai garispanduan dan untuk tujuan insurans.
•Apabila membeli mutiara, periksa keaslian, periksa asal usulnya, seri cahayanya, saiz dan kecerahan kilauannya
•Apabila membeli jed, periksa jenisnya, kualiti dan asal usulnya.
•Talian telefon yang berguna:

Persatuan Tukang Emas dan Barangan Kemas Hong Kong (tel: 852 2543 9633). Bagi berlian dan penilaiannya, hubungi Persekutuan Berlian Hong Kong, China Ltd (tel: 852 25245081). Bagi senarai makmal ujian permata, hubungi Persatuan Gemologi Hong Kong (tel: 852 23666006).

Bantuan Pengguna
Sentiasa simpan resit belian anda dan jika adan sebarang masalah, hubungi badan-badan berikut:

Hak-hak pengguna atau membelibelah
Talian terus Majlis Pengguna: 2929 2222
Isnin hingga Jumaat, 9 pagi– 5:30 petang, atau pada yang lain, sila tinggalkan pesanan.

Produk palsu atau cetak rompak
Talian terus Jabatan Kastam: 28157711

Pertikaian serius
Polis Hong Kong: 999 (24 jam)

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards