Pages

 

Friday, September 17, 2010

[ Pengertian ] Bankruptcy , Muflis , Bankrup

0 comments
Apa Itu Kebankrapan?
Bahagian Kebankrapan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk menguruskan / mengawal selia dan menyelesaikan masalah-masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kes-kes kebankrapan.

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Diisyhtiharkan Bankrap?
Seseorang boleh diistiharkan bankrap melalui 2 cara:
Permohonan individu itu sendiri
Permohonan oleh pihak yang memberi hutang

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu dihukum bankrap?
Jumlah hutang seberhutang kepada sipemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.00
Hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan ("liquidated sum") yang perlu dibayar segera atau kemudiannya
Perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan
Siberhutang adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh 1 tahun sebelum petisyen difailkan

Apakah kesan-kesan setelah seseorang itu dihukum bankrap?
Segala harta bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi. (Sibankrap hilang hak dan kawalan)
Segala hal-ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Ketua Pengarah
Pemiutang tidak "remedy" bagi hutang "provable" terhadap harta sibankrap dan tidak boleh
"proceed with or commence any action or other legal proceeding" bagi hutang tersebut kecuali dengan kebenaran (leave) Mahkamah
Ketua Pengarah Insolvensi akan mengambil dan menyimpan segala buku akaun, kertas dokumen dan sebagainya yang berkaitan

Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Pengarah Insolvensi?
Menyiasat aset, liabiliti dan hal-ehwal sibankrap
Pemegang amanah bagi harta yang dikumpulkan
Mengzahir dan menghasilkan harta
Membahagikan harta kepada pemiutang-pemiutang
Menguatkuasa Undang-Undang, Perintah Mahkamah dan Arahan
Mendakwa sibankrap yang melakukan kesalahan
Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak di bawah seksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967
Mempertimbangkan berbagai permohonan daripada sibankrap antara lain, keluar negara,
penglibatan dalam perniagaan, menjawat jawatan, penjualan harta dan lain-lain
Menjaga hak-hak bankrap
Menjaga kepentingan pemiutang-pemiutang
Menyediakan laporan kepada mahkamah
Memberi pelepasan (discharge) kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A

Apakah tanggungjawab seorang bankrap?
Hadir ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia dengan segera
Memberi segala maklumat mengenai dirinya
Mematuhi segala perintah Mahkamah dan arahan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI)
Tidak melanggar mana-mana larangan yang dikenakan ke atasnya
Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967
Mengemukakan satu penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam (6) bulan sekali
Memaklumkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia jika terdapat
sebarang perubahan seperti pendapatan, tempat tinggal, pemilikan harta dan lain-lain berkaitan

Apakah larangan-Iarangan terhadap bankrap?
Seseorang bankrap tidak boleh:
Dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen
Dinamakan atau dilantik sebagai ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan
Meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi
Keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Menjadi Pengarah Syarikat yang menjalankan perniagaan atau
terlibat dengan pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan
Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Terlibat dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja syarikat
yang dimiliki oleh isterinya atau saudara maranya tanpa
mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Meminjam wang melebihi RM1000
Menjadi ahli Jawatankuasa atau bekerja dengan mana-mana pertubuhan
berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan KPI atau Mahkamah
Memiliki harta alih dan tak alih yang bernilai RM5,OOO kesemuanya

Apakah peranan dan hak-hak pemiutang?
Memfailkan tuntutan 'provable' dengan mengemukakan borang bukti hutang dan
mengemukakan borang bukti serta membayar fi pemfailan sebanyak RM 10.00 setiap tuntutan
Pemiutang Bercagar tidak kehilangan hak mereka ke atas cagaran yang mereka pegang
Mendapat dividen mengikut keutamaan dan nisbah yang layak diterima
Menghadiri mesyuarat pemiutang-pemiutang dan boleh menyuarakan kehendak-kehendak
mereka atas pentadbiran harta sibankrap
Boleh mengakas ke atas penolakan tuntutan mereka
Boleh memohon bagi membatalkan atau meminda perintah mahkamah
Boleh mempertikaikan pelepasan sibankrap di bawah Seksyen 33A, Akta Kebankrapan 1967
Memaklumkan kepada PPH kewujudan aset, liabiliti dan sebarang salah laku sibankrap

Bagaimana pihak pemiutang boleh menuntut hutang?
Failkan tuntutan anda dengan mengisi Borang Bukti Hutang yang boleh diperolehi dari semua cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.

Bagaimana menentukan kategori pemiutang?
a) Pemiutang bercagar sepenuhnya dan pemiutang bercagar sebahagiannya
Hak mereka kekal ke atas cagaran tersebut. Mereka harus membuat pilihan ke atas cagaran
tersebut iaitu samada hendak menjual atau menyerahkan kepada PPH atau hanya memegang
cagaran mereka. Mereka harus menghasilkan cagaran mereka dalam masa 6 bulan dari tarikh
Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dibuat. Jika tidak, mereka tidak layak
menuntut sebarang faedah ke atas hutang tertunggak
b) Pemiutang keutamaan merangkumi tuntutan-tuntutan yang berikut
o "all local rates and land tax"
o "income tax and other assessed taxes"
o "all wages or salary"
o "all amounts due in respect of contributions payable"
o "workmen's compensation"

a) Pemiutang biasa
Pemiutang ini akan menerima dividen selepas tuntutan pemiutang bercagar
dan keutamaan dibayar dan nisbah bayaran adalah secara sama rata ("pari passu")
Bagaimana menentukan kategori penjamin?

Terdapat 2 kategori penjamin iaitu:
a) Penjamin korporat
Adalah jaminan yang dibuat terhadap pinjaman yang dibuat oleh syarikat atau sesuatu
perniagaan.
b) Penjamin sosial
Jaminan yang dibuat yang mana penjamin tidak mempunyai kepentingan terhadap jaminan
yang dibuat seperti:-
o Jaminan kepada pinjaman biasiswa atau geran untuk tujuan pendidikan atau menjalankan
penyelidikan.
o Jaminan kepada transaksi jualbeli kenderaan untuk seseorang bagi kegunaan persendirian
dan bukan untuk perniagaan.
o Jaminan untuk pinjaman perumahan kepada seseorang bagi tujuan untuk menetap di
rumah berkenaan dan bukan bagi lain-lain tujuan.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap ......
Seseorang penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh peminjam utama juga boleh dijatuhkan hukuman bankrap sekiranya peminjam utama gagal menjelaskan pinjaman yang dibuat atau mereka gagal dikesan oleh pihak pemiutang.

Bolehkah penjamin yang menjamin hutang bankrap menyelesaikan hutang mereka kepada pihak pemiutang bagi mengelakkan diri mereka juga dari dihukum bankrap?
Jawapannya boleh. Penjamin boleh menjelaskan hutang kepada pihak pemiutang dan tuntutan terhadap jumlah yang telah diselesaikan boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan terhadap bankrap.

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan ......

Bolehkah seseorang bankrap itu memegang jawatan sebagai Pengarah, Pengurus, Pengerusi dan bekerja di syarikat-syarikat milik isteri/suami/keluarga atau membuka syarikat sendiri?
Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(d)

Bolehkah seseorang bankrap membuat perjalanan ke luar negara/menjalankan urusan di luar negara?

Jawapannya boleh dengan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 38(1)(c) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia ataupun Mahkamah untuk mendapat kelulusan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tertentu yang akan ditetapkan oleh Ketua pengarah Insolvensi atau Mahkamah.

Adakah jalan keluar dari kebankrapan?

Ada. Terdapat 3 cara keluar dari kebankrapan:
a) Memohon ke Mahkamah untuk pembatalan PP & PP atas alasan 'Order ought not to
have been made' atau hutang telah dijelaskan ke cawangan
Jabatan Insolvensi Malaysia
b) Melalui Perintah pelepasan oleh Mahkamah
c) Melalui Sijil pelepasan oleh Ketua Pengarah Insolvensi
Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap bankrap sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan?

a) Sekiranya bankrap gagal menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia
sebagaimana yang diarahkan, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap
beliau (S.28A, Akta Kebankrapan 1967)
b) Sekiranya bankrap gagal membuat bayaran bulanan secara teratur atau gagal
mengemukakan Penyata Hal Ehwal dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan
komital boleh diambil terhadap beliau (S.91 (2), Akta Kebankrapan 1967)
c) Hukuman-hukuman terhadap si berhutang atau si pemiutang yang melakukan
penipuan (fraudulent debtors and creditors) di bawah S.109, Akta Kebankrapan 1967

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards