Pages


 

Friday, August 20, 2010

[ Seks ] Tak perlu guna krim kuat

0 comments

Oleh : Dr Ismail Tamby

SEJAK kebelakangan ini, saya lihat keprihatinan si isteri mengenai hubungan intim bagi pasangan suami isteri. Ia membuktikan wanita kini tidak teragak-agak untuk menyelesaikan masalah seksual dan sanggup membantu pasangan yang masih tidak terbuka untuk menyelesaikan masalah seksual.

Sebenarnya, si suami yang sepatutnya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah seksual mereka, terutama berkaitan kes ‘popular’ cepat klimaks. Si suami tidak sepatut melepaskan tanggungjawab itu kepada isteri.

Saya menerima banyak aduan mengenai masalah suami cepat klimaks, dalam keadaan ini isteri boleh membantu di segi memandu melakukan adegan pemanasan yang mencukupi kepada suami supaya dapat sampai ke pintu kemuncak sebelum penetrasi dilakukan suami.

Jika belum lagi sampai ke pintu kemuncak, isteri tidak akan dapat mencapainya apabila adegan penetrasi dilakukan dan jika suami masih dapat kekalkan ereksinya walaupun sudah klimaks, dia masih boleh bergerak sehingga ereksinya melembut dan bukan menghentikan pergerakan selepas berlaku ejakulasi, walaupun hujung alat sulitnya terasa nyilu.

Kadangkala menggesel tundun dengan pangkal alat sulit lelaki sudah mencukupi untuk mencetuskan klimaks kepada perempuan apabila geselan itu terkena klitoris.

Kaedah ini dikenali sebagai ‘coital alignment’ yang mana pangkal alat kelamin lelaki itu menggesel klitoris tanpa gerakan keluar masuk. Untuk makluman pasangan suami isteri, cepat klimaks mencerminkan kekurangan kawalan kepada perasaan ‘merembeskan’ sperma.


Ia sebenarnya dalam kawalan minda dan jika suami bergerak dalam kawalan, iaitu melakukan tusukan secara terkawal dengan menggerakkan ereksi ke dalam kelamin wanita dengan gerakkan tolak dan tarik dengan jarak dekat, geselan kepada penghujung alat sulit suami yang sensitif itu dapat dilegakan supaya tidak sampai hilang kawalan klimaks.

Suami juga boleh mengunakan krim kebas di penghujung kepala alat kelaminnya (krim kebas perlu dibeli daripada doktor atau farmasi melalui preskripsi doktor) untuk memudahkan lagi mengawal perasaan klimaks.

Krim mengandungi gambir Sarawak dan bahan yang boleh memijarkan kulit tidak sesuai kerana boleh merosakkan kulit penghujung alat sulit kedua pasangan itu.

Jika lama menggunakan bahan larangan, urat saraf penghujung alat sulit boleh rosak dan kadangkala dengan menggunakan cincin penambat zakar yang diperbuat daripada silikon (bukan getah) untuk disarungkan ke pangkal alat kelamin dapat membantu mengekalkan ereksi walaupun sudah klimaks dan dapat meneruskan sehingga isteri juga sampai klimaksnya.

Memang tidak dinafikan yang masalah cepat klimaks ini berlaku kepada semua lelaki satu ketika dalam riwayat hidupnya dan ia sesuatu yang amat merunsingkan pasangan apabila mereka berdua sudah mati akal untuk menyelesaikannya.

Berjumpa dukun dan mendapat rawatan mengarut daripada mereka dan tukang urut boleh mengundang risiko kerosakan kelamin apabila kaedah yang bukan-bukan seperti menyuntik dengan minyak bunga atau mengurut dengan minyak dhab atau gambir Sarawak.

Lelaki belum terbuka untuk berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah seksual mereka. Terdapat ramai lelaki yang merana menanggung kerosakan yang berlaku kepada anggota kelamin mereka selepas mendapat rawatan yang bukan-bukan itu. Termasuk juga wanita yang terpaksa merana kerana kerenah suaminya!

Untuk makluman pembaca ruangan ini, tidak ada krim yang dijual di pasaran dapat membantu menyelesaikan masalah cepat klimaks lelaki.

Krim yang dijual di pasaran dan melalui Internet semuanya memberikan keterangan palsu dengan menyatakan perkara yang tidak betul.


Masalah cepat klimaks sebenarnya perlu kepada rawatan yang lebih saintifik dan memerlukan pemeriksaan doktor serta rawatan perubatan moden jika tidak dapat diselesaikan sendiri.

Merawat dengan cara mengarut seperti menggunakan krim mengarut dan urut boleh memberatkan lagi masalah. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan kerana ada kemungkinan besar lelaki yang mengalami masalah ini boleh mengalami mati pucuk ketara!
sumber : drismail

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards