Pages


 

Saturday, August 21, 2010

Apa salahnya mendoakan individu bukan islam ..

0 comments

Sekiranya benarlah "Kutbah Kontroversi" dimana dalam kutbah tersebut ada menyebut nama "Lim Guan Eng" dengan niat untuk mendoakan agar beliau menjadi adil atau terbuka hidayah untuk memeluk islam, apa salahnya dan tidak ada satu nas dan dalil pun yang menyatakan perbuatan itu salah.


Menurut tulisan bekas mufti perlis, Dr Asri , Tidak menjadi kesalahan ke atas orang islam untuk mendoakan golongan bukan Islam asalkan doa yang di minta menjurus kepada kebaikan . Bekas mufti itu juga berkata, pada zaman Rasulullah SAW ,Baginda turut mendoakan supaya Allah SWT menurunkan petunjuk kepada Syaidina Umar Al Khattab supaya menerima agama Islam.


Agama Islam itu luas dan menjadi amalan diserata dunia, bukan diamalkan di Pulau Pinang sahaja, katanya.


Mengulas lanjut mengenai sebutan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kutbah ,tidak semestinya perlu menyebut nama sesiapa kerana ia bukan menjadi Rukun bagi kutbah.


Kita begitu sensitif dalam perkara yang tidak ada pada sesuatu Rukun tetapi mengambil sikap 'tiada apa' pada perkara yang salah dari segi Hukuk Al-Quran. Seolah-olah kita hanya bercakap sesuatu isu hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.


Kita begitu marah perlanggaran undang-undang dan peraturan ciptaan manusia tetapi tidak marah atau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga atas pelanggaran peraturan dan undang2 yang menjurus kepada ketetapan Hukum agama.


Kita sudah semakin lupa akan bahasanya kita adalah ciptaan Tuhan yang maha Kuasa , tetapi tidak pun melaksanakan apa yang diperintahnya.



sumber : sinar harian 21/08/2010 muka surat N4

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards