Pages

 

Sunday, August 29, 2010

[ Manusia Jahil ] Falsafah Kejatuhan Turki Uthmaniyah

0 comments
"Apabila kejahatan sudah menjadi kebiasaan dan apabila kebaikan jarang dilakukan, maka kebaikan yang sesekali di lakukan di anggap pelik dan salah "


Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.


“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Bekas Mufti Perlis ) pula berkata ,
Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;

•Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Islam masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

•Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

•Bukan Islam, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

•Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

sumber : malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards