Pages


 

Sunday, March 20, 2011

Maid ( Pembantu Rumah ) Perkerjaan Berisiko Tinggi

0 comments
Setelah hampir 6 bulan terlibat dalam kerjaya perkhidmatan membekal pembantu rumah dapat dirumuskan pekerjaan atau perkhidmatan ini sangat berisko tinggi, risiko bagi pihak majikan ,pembekal dan pembantu rumah itu sendiri. Apa yang pasti perkerjaan membekal pembantu rumah yang saya jalan selama 6 bulan mengalami kerugian besar.
Meskipun 'demand' atau permintaan terhadap pembantu rumah di malaysia dan dimana-mana sahaja tinggi namun kerjaya sebagai pembekal , pengguna dan pembantu rumah ini sangat tinggi.

Bagi MAJIKAN , risiko besar yang sering dialami mereka ialah :


1- Kehilangan wang deposit atau bayaran akibat penipuan agen atau pembantu rumah itu sendiri
2- Ketidak sesuaian pembantu rumah itu sendiri, seperti tidak serasi dengan anak , pembantu rumah yang malas, atau pembantu rumah yang mencuri barang, pembantu rumah yang mahu pulang kenegara asal awal, penderaan terhadap anak secara tersembunyi dan pembantu rumah yang jadi 'majikan' di rumah majikan.
3- Terpaksa hantar anak ke taska atau terpaksa ambil cuti untuk jaga anak sebab pembantu rumah yang dijanjikan tidak sampai atau pembantu rumah lambat masuk

Bagi AGENSI ( pembekal ) ,risiko besar yang sering dialami mereka ialah :

1- Penipuan bagi pihak pembekal dari negara asal pembantu rumah [ wang deposit di kirim tetapi pembantu rumah tidak wujud atau tidak ada ]
2- Kerugian besar apabila pembayaran balik perlu ditanggung oleh agen dimalaysia meskipun wang deposit telah diserahkan kepada pihak 'tekong' yang menguruskan pasport pembantu rumah.
3- Kerugian apabila kos membuat pasport atau kos pembayaran 'uang kopi' kepada agen-agen yang menguasai bidang pembuatan pasport di negara pembantu rumah [ kos pasport yang asalnya IDR250,000 boleh jadi IDR1,700,000 ( pasport tanpa cip ) , IDR 650,000 menjadi IDR3,500,00 ( pasport biometrik ) ]
4- Kehilangan wang kos untuk pengurusan pembantu rumah apabila wang pendahuluan sudah di bayar kepada tekong , pembantu rumah hilang di tengah jalan ketika perjalanan dari tempat tinggal asal ke tempat pembuatan pasport

Bagi PEMBANTU RUMAH ,risiko besar yang sering dialami mereka ialah :
1- Penipuan maklumat majikan , sebagai contoh pembantu rumah diceritakan bahawa mereka akan bekerja dengan majikan yang mempunyai 1 orang anak tetapi bila sampai ke malaysia majikan tersebut punyai 5 orang anak. Dan ada juga pembantu rumah di janjikan untuk bekerja dengan majikan melayu tetapi bila sampai kesini mereka di paksa bekerja dengan majikan bukan islam.
2- Majikan yang tidak membayar gaji biarpun sudah tamat kontrak kerja.
3- Majikan yang tidak membuatkan permit kerja mereka ( bagi yang masuk menggunakan pas lawatan sosial )
4- Majikan yang melakukan penderaan fizikal,mental dan seksual

Perkara-perkara diatas adalah diantara risiko dan masalah yang sering berlaku dalam urusan pembantu rumah.

Sebagai seorang agen yang tidak rasmi atau dalam ertikata lain melakukan urusan perkhidmatan membekal pembantu rumah secara persendirian saya telah mengalami sendiri risiko yang diatas, di mana baru baru ini saya ditipu oleh 3 orang 'tekong' yang menjanjikan pembantu rumah dan urusan membuat pasoprt tetapi pembantu rumah tidak sampai dan pasport tidak ada dan siap hingga menyebabkan saya terpaksa membuat laporan polis.

Keadaan tersebut menyebabkan saya kerugian hampir RM20,000 ringgit. Keadaan tersebut juga menyebabkan repustasi baik saya menjadi buruk apabila dilabelkan sebagai 'penipu'. Keadaan tersebut juga menyebabkan saya membekukan dulu permohonan baru pembantu rumah. Sehingga kehari ini saya telah berjaya membekalkan 21 pembantu rumah. Daripada jumlah tersebut 1 pembantu rumah didera, 1 pembantu rumah dipulangkan atas alasan malas dan tidak serasi dengan anak majikan, 1 pembantu rumah lari ( pembantu rumah ini saya ambil dari agen dimalaysia ) , 3 pembantu rumah belum dan tidak dibuatkan permit. Dalam tempoh 6 bulan ini juga sehingga

kini masih ada 6 majikan yang belum mendapat pembantu rumah mereka. Seramai 6 orang majikan meminta semula deposit disebabkan pembantu rumah lewat sampai dan 4 pembantu rumah tidak sampai ( akibat saya ditipu agen dari indonesia )

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards