Pages


 

Friday, April 29, 2011

Jatuh - Bangun sahaja sendiri....

0 comments


Bukan mudah bagi orang melayu yang kecil dan yang serba kekurangan seperti saya untuk mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan, terlalu banyak faktor yang dianggap sebagai satu cabaran yang harus diredahi , kali ini gagal lagi, apakah saya harus berhenti disini , membuang segala semangat dan keinginan untuk berjaya dalam dunia perniagaan yang terang-terangan di kuasai oleh bangsa dan kaum lain. Jika 1000 orang yang bersemangat dan bercita-cita seperti saya ini berpatah balik dan kembali seperti sediakala, makan aja apa yang aja, cukup sekadar pekerja biasa apa mungkin kuasa ekonomi dan perniagaan di perolehi dan dimiliki oleh orang kita melayu yang sudah pun jauh dan tersangat jauh di tinggalkan.


Apa yang pasti memang tersangat lah sukar untuk saya mengharunginya disaat begini . Terutama disaat menghadapi kegagalan. Kegagalan yang dialami ya mungkin lebih ramai lagi orang-orang melayu seperti saya ini jika begini sikap dan keadaannya iaitu tiada sokongan moral, tiada bantuan dan malah hanya cemuhan dan cacian dan tuduhan yang melemahkan yang diterima setiap hari dan saban hari , kalau keadaan seperti ini berterusan dari satu ganerasi ke satu ganerasi mungkin suatua hari nanti tidak akan ada manusia yang bernama orang melayu akan berjaya dalam dunia perniagaan dan ekonomi.


Saya tidak dilahirkan dalam keluarga perniagaan , saya juga tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya yang mempunyai wang berjuta-juta , dan saya juga tidak dilahirkan dalam keluarga atau kelompok manusia yang hebat dan berpendidikan tinggi. Saya bangun dan berusaha menyelami dan meredahi dunia perniagaan dengan satu niat, bukan hanya untuk diri, tapi untuk bangsa , untuk agama dan untuk dunia, agar saya mampu mengusai dunia yang sudah berkurun-kurun di miliki oleh kaum dan bangsa lain yang kini bersenang lenang atas kejayaan mereka.


Perumpamaan yang cukup mudah, kalau saya yang kerdil ini memulakan usaha menanam sayur dengan cita-cita untuk menguasai bidang pembekalan makanan asasi sayuran kepada umat tetapi apabila gagal tiada sokongan untuk bangkit kembali dan saya sudah tidak mahu meneruskan usaha menanam sayuran , apa mungkin suatu hari nanti anak bangsa akan makan sayuran yang ditanam oleh bangsa sendiri. Dan yang lebih buruk bagaimana kalau bangsa lain yang mengusai dunia sayuran sudah tidak mahu menjual atau membekal sayuran kepada bangsa kita? apa kita haru berperang hanya kerana sayuran yang bukan milik kita? Itu yang sering saya fikirkan.


Ketika ini dan disaat ini, kegagalan masih disisi saya, gagal akibat beberapa salah urus tadbir niaga, akibat dari kebodohan dan ketidaktumpuan, ya kegagalan ini biarpun puncanya banyak dari orang lain atau faktor lain yang pastinya diri sendiri atau saya sendiri yang bersalah kerana membiarkan faktor kegagalan itu wujud. Namun kegagalan sudah berlaku, apa kita semua tidak pernah gagal? atau apa semua manusia sentiasa betul? Kalaulah kegagalan akibat dari kebodohan itu berlaku apa mungkin beerti saya dianggap sebagai masnusia durjana yang menyebabkan orang lain juga gagal?


Walau apa pun saya mengakui dan menerima kegagalan ini dengan hati yang perit dan terpaksa namun dengan sikap yang terbuka. Jika diwaktu kegagalan ini saya bangun tanpa bantuan dan sokongan dari manusia lain dan tanpa kepedulian orang lain , apa mungkin saya harus mempedulikan orang lain selepas ini ? Jauh disudut hati saya mengatakan saya tidak boleh tidak untuk tidak mempedulikan orang lain, tapi saya sudah cukup kecewa kerana mempedulikan orang lain dikala senang tetapi saya tidak dipedulikan ketika susah. Kebencian terhadap sikap mempedulikan orang lain sudah semakin menebal didalam diri saya ketika ini.


Sejak dari dulu lagi, apa yang saya tidak peduli? Kalau dalam dunia perniagaan , bagaimana saya mewujudkan sebuah bazaar demi kepentingan orang melayu dengan mengenakan kos yang rendah , meskipun menanggung kos yang tinggi , tapi akhirnya apa yang saya dapat? Dituduh penipu lagi adalah, brengsek...Jadi apakah saya harus penduli dengan manusia lain selepas ini..?


Kedua, meskipun saya telah mengalami fobia akibat dari sikap ketidak pedulian itu saya tetap terus dengan agenda peduli dengan orang sebangsa saya, apabila menganjurkan kursus dan lawatan dengan kos yang rendah agar manusia sebangsa saya dapat berniaga, tapi akhirkan apabila berlaku masalah dan gagal , apakah saya dipedulikan ? Tidak sama sekali, malah saya mengalami nasib yang serupa ditinggalkan dengan cacian dan makian, mana sokongan orang2 kita? macamana orang yang bercita-cita besar dan mempunyai sikap patriotisma seperti saya ini mahu berjaya, kita tidak mungkin akan berjaya sendirian kalau mahu membina kejayaan untuk orang ramai lain... Terus apa yang berlaku ? Sekali lagi penerimaan yang jelek dari kegagalan ...


Mungkin selepas ini saya sudah tidak perlu mengingati dan mempedulikan orang lain, pentingkan diri sendiri saya, kalau susah biar aja, jangan peduli, di tolong dengan mengorbankan diri tapi akhirkan kita yang tersepit, ditinggalkan sendirian, ...brengsek..


Tidak semua kegagalan yang terjadi adalah disebabkan kesalahan kita, namun demikian risikonya tetap kita yang tanggung dan rasakan, biar apa pun faktor, yang pasti kita sendiri yang tanggung...nikmati aja, dan hadapi aja ...


Satu aja yang semakin di pelajari ketika ini , sudah jangan pedulikan orang lain, kalau jual barang jangan ada belas kasihan atau sifat membantu, kalau mau beli beli kalau tak mahu sudah, biar macam orang cina, lu mau beli beli kalau tak mau sudah jalan,..Lain kali biar aja , kalau tak ada duit cari la sendiri, kalau di bantu nanti senang ok lah gelak ketawa dengan kita, tapi bila susah , diam sahaja malah menikam kita dari belakang pulak,...brengsek..


Walau apa pun , ada hikmah disebalik kegagalan ini , bersyukur kerana masih diberikan nyawa untuk terus meneruskan perjuangan , sekarang berjuang untuk diri sendiri bukan untuk orang lain...jangan mudah percaya pada orang lain ...


Kalau jatuh , bangun lah sendiri walaupun susah dan payah, biarpun berdarah dan patah..bangun dan bangun sendiri..lupakan yang lain, itulah hakikat hidup sekarang, jatidiri dan moraliti murni manusia sudah tiada...teruskan saja.




note : ditulis dengan tanpa membacanya semula..

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards