Pages


 

Tuesday, July 29, 2008

(CP) Implikasi “Maksiat Sebelum Berkahwin” di Alam Perkahwinan

1 comments
Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.

Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,

“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”

Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.

Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.

Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali.

Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.

Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.

Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.

Unfortunetely, saya tidak dapat menyiarkan rakaman audio sessi soal-jawab berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran daripada penceramah. Mungkin beliau khaskan ilmu-ilmunya pada sessi soal-jawab hanya untuk mereka yang hadir.

.

.

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.

1 comments:

Anonymous said...

buka..bukaan..keterbukaan

aku selalunya memberikan pandangan yang ntah hapa-hapa ntah..tapi,kali ini aku nak try cara lain pulak..

ianya berkenaan dengan keterbukaan..dalam ruang lingkup sisio budaya kita sebagai orang melayu ni,sejauh mana keterbukaan kita sebagai orang melayu dalam menerima sesuatu pembaharuan?

aku rasa belum lagi mencapai ke tahap yang boleh dikelaskan dengan keterbukaan secara total.

mungkin 50%? mungkin 30% dan bergantung kepada keadaan masa,tempat,kawasan,persekitaran yang tertentu..

yang kita mahukan ialah keterbukaan secara berilmu dan memberikan manafaat kepada bangsa tanpa menyisihkan peradaban bangsa..

apakah maksudnya,? pengertian dalam menjana sesuatu bangsa itu adalah penting dalam menentukan hala tuju bangsa..arah mana kita ini?

kita dimomokkan dengan agenda-agenda baru yang memeras fikiran disebabkan untuk melonjakkan kadar pemikiran bangsa.walaupun kengkadang kita tak faham apakah agenda tersebut,namun ia adalah bertujuan untuk mengangkat martabat bangsa.

sebenarnya bangsa kita ini sedang mengalami satu perubahan yang nyata dan bergerak agak pantas..kepantasan yang dilihat semacam mahu mengejar bangsa lain dalam pelbagai segi..

kengkadang yang kita kendong sedikit demi sedikit berciciran..kita tak sedar kendong kita bocor..sebab itulah pembangunan insan perlu selari dengan pembangunan fizikal..( itu kata dr shamsul amri burhan )

yang ditakuti ialah ketirisan budaya kita yang semacam 'fragile' disebabkan modernisasi..

dalam ertikata lain sedangkan bahasa kita sendiri pun dah rojak macam ' malaylish'..apatah lagi benda-benda lain..

siapakah yang sebenar-benarnya sayangkan bangsanya?siapakah yang sebenar-benarnya mengakui bangga dengan bangsanya?siapa yang sebenar-benarnya mengamalkan tradisi bangsanya secara total?

jangan kita pandang bangsa lain,kita lihat bangsa kita sendiri.seburuk-buruk nya pun ia adalah bangsa kita..sebaik-baiknya pun ia adalah bangsa kita...

bangsa kita mengalami pelbagai bentuk cabaran dan dugaan..dari dahulu sehingga sekarang,tapi bagaimanakah jatidiri bangsa kita lagi 20 tahun?aku pun tak tahu.

kengkadang bila kita terlalu laju,kita tak nampak apa yang terjadi di kiri dan kanan,tapi,bila kita terlalu perlahan,kita takut ketinggalan.

cempiang

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards