Pages


 

Monday, July 19, 2010

Wang, Duit, Pessa, Money ...di mana ??!!

0 comments

WANG, DUIT ,MONEY, PESSA ..


Dimana? Kalau wang itu tidak ada dalam poket kita, dalam akaun bank kita, dalam almari kita, dalam laci pejabat kita, dalam mesin kira wang kita, pasti wang itu ada kat tempat lain. Wang ada di merata-rata tempat. Yang pastinya wang tak ada di tengah-tengah jalan, di tepi-tepi longkang dan di atas pokok. Wang ada pada tuan empunya wang itu. Wang ada di poket-poket, akaun bank atau peti-peti besi orang di sekeliling kita.


Bagaimana kita nak dapatkan wang , untuk masukkan dalam poket kita, untuk beli makanan , untuk beli prepaid, untuk simpan dalam laci dalam akaun bank kita ?


Ada beberapa cara yang dikenal pasti :


1- Curi ( ambil wang dari orang lain senyap-senyap )

2- Minta ( minta wang dari orang lain dengan cara baik-baik atau paksa )

3- Pinjam ( pinjam wang dari orang lain )

4- Tukar barang atau perkhidmatan ( buat pertukaran barang kita dengan wang orang lain )


Dalam keempat-empat cara di atas mana satu yang paling berisiko ? sudah tentu yang no 1 iaitu 'Curi", mengambil wang dari orang lain dengan cara yang tidak betul, maka risikonya juga 'tidak betul' iaitu mungkin kena 'jail', dihukum penjara sebab ia dinamakan jenayah.


Bagi cara yang no 2, siapa yang begitu mudah nak beri wang kepada kita dengan cara meminta, ditambah kita tiada hubungan dengan orang di sekeliling kita, kecuali 'peminta sedekah' dan 'pengemis'.


Untuk cara yang no 3 pula, ia biasa kita lakukan . Kita biasa meminjam dari orang lain , tetapi untuk meminjam kita kena ada sesuatu yang boleh dipercayai untuk membolehkan orang lain memberi pinjaman kepada kita. Tanpa kepercayaan kita tidak akan dapat pinjaman wang tersebut.


Cara yang keempat adalah cara yang paling popular dimana ini yang sering kita lakukan iaitu mendapatkan wang dari orang lain dengan cara "Pertukaran" barang atau perkhidmatan. Barang tersebut pula mestilah yang di perlukan atau yang dikehendaki oleh yang pemunya wang tersebut. Sekiranya barang yang di tawarkan itu tidak memenuhi kriteria maka tidak pertukaran akan berlaku , atau dalam ertikata yang lain , barang tersebut tidak akan dibeli , dan kita tidak akan mendapat wang tersebut.


Dalam bidang perkhidmatan pula, kita menawarkan kepakaran dalam melakukan sesuatu kerja dan kita di bayar dengan wang setelah melakukan pekerjaan yang sesuai dengan kepakaran yang kita berikan itu.


Ia mungkin boleh di kategorikan dengan istilah 'makan gaji'. Seperti yang banyak orang lakukan sekarang. Bagi yang mendapatkan wang dengan pertukaran 'barang' ia boleh di istilah kan sebagai "peniaga' atau ' ahli perniagaan'. Kerana mencipta dan menawarkan 'barang' yang tidak dimiliki oleh orang lain dengan 'wang' sebagai pertukaran. Nilai pertukaran bergantung kepada nilai wang dan nilai 'barang' itu sendiri.


Kita selalu buntu sekiranya tidak ada wang, tidak ada sumber wang dan kehabisan wang, kita menganggap wang adalah segala-galanya. Tanpa wang kita rasakan kita tidak boleh hidup, ini menjadikan kita hamba kepada wang, kita bangun ,tidor dan segalanya untuk wang. Tanpa wang kita tak ada katil dan tilam yang empuk untuk tidor dengan selesa. Tanpa wang kita tidak boleh beli susu untuk anak kita minum. Tanpa wang kita tidak boleh beli ayam untuk dibuat masak kicap. Begitu juga tanpa wang kita masak kicap tak akan jadi masak kicap tanpa kita beli sebotol kicap yang berharga RM3.00 untuk kicap cap kipas udang.


Semuanya memerlukan wang, ini menjadikan kita kadangkala 'mereng' atau ' biol' akibat memikirkan wang.


Sebenarnya kita boleh juga hidup jika tiada wang, tapi dalam keadaan sekarang kita kelihatan macam sukar untuk hidup tanpa wang...kita perlukan wang yang banyak untuk betul-betul 'hidup'..betul ?


Jika kita bersetuju dengan kenyataan diatas , cuba kita bayangkan bagaimana orang-orang dikampung boleh hidup tanpa wang yang banyak? Berapa ramai antara kita yang mati kerana ketiadaan wang? yang ramai mati adalah kerana mereka membunuh diri mereka sendiri kerana tiada wang...


Wang memang kadangkala memeningkan ,membuntukan dan membosankan....



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards