Cuba nak memahami manusia yang putus harapan, atau keputusan harapan atau apa yang diharapkan tidak kesampaian.Kini ku semakin memahami, bagaimana rasanya putus harapan. "Owh begini rupanya dan rasanya bila tak dapat perkara yang betul-betul diharapkan."
Aku tidak tahu samada posting ku sekarang ini dan kali ini satu huraian ,satu luahan atau satu bayangan. Aku cuba untuk jadikan ianya sebagai satu luahan ,kenyataan yang bukan sekadar coretan untuk menarik perhatian. Ini , Kenyataan Ini, Luahan Ini adalah satu kenyataan bukan rekaan. Ketahuilah..
Putus Harapan, ye ku akui , aku sudah semacam putus harapan. Aku sudah tidak ada sumber yang boleh diharapkan. Telah banyak buku yang kubaca , sehinggalah buku karangan manusia yang telah gagal ( Dare To Be Fail , BILL PS LIM) yang kini bergelar jutawan dengan hanya menulis cerita tentang manusia yang gagal, dan perbagai lagi ,berpuluh-puluh buku motivasi yang ku baca, namun kenapa aku masih lagi tidak boleh mengendalikan akal,fikiran dan perasaaan ku tentang 'harapan'. Apa yang masih belum kena dengan diriku ini.
Aku telah berusaha, dengan kudrat dan kemampuan yang ada, dan kemudian aku berDoa. namun aku seperti sudah hampir putus harapan. Agaknya keadaan seperti inilah yang mendorong beberapa insan yang mengambil jalan menghentikan denyutan nadi hidup mereka sendiri. Putusnya harapan akibat kegagalan.
Kenapa aku masih gagal, gagal mempertahankan apa yang aku ada. Sudah berkali-kali ,bertahun-tahun. Kenapa ?
Aku sendiri kadang-kadang tidak mengerti, apakah aku masih gagal menjadi tumpuan dan perhatian Tuhan? . Atau mungkin aku sudah ditakdirkan ?. Atau belum selesai hukuman Tuhan ?.
Yang tidak mengerti,
Putus Harapan,
Bandar Baru Bangi 6/7/2010
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.