Aku tak tahu nak tulis apa pagi ni. Dah sejam mengadap bende alah ni, Dah sejam jugak leptup aku ni berkelip-kelip.
Nak cerita pasal apa pun tak tau. Nak kata buntu ,mungkin jugak ..ye lah buntu. Nak kata tak ada idea , tak jugak, bersepah-sepah idea kat kepala otak ni.
Dalam banyak-banyak tu, yang lebih menonjol adalah perasaan aku, perasaan bimbang. Bimbang tentang masa depan yang masih tidak menentu. Memanglah kita tak tahu apa yang akan berlaku esok lusa. Tapi jalan yang sebelum ni terang, tiba-tiba jadi gelap..Dalam kegelapan ni tak ada sapa teman, aku sorang saja. Lampu suluh pun tak ada...berjalan dalam gelap ...
Susah sebenarnya aku nak terjemahkan apa yang sebenarnya yang aku alami ketika ini. Macam-macam bermain di fikiran,permainan persoalan demi persoalan yang akhirnya aku sendiri tidak boleh menjawabnya.
Nak luahkan kat sapa pun tak tau? Tak ada kawan pun. Kat blog ini jelah. Kat blog ni pun bukan ada sapa baca pun. Tak apa lah tak ada sapa baca pun tak apalah. Selama 34 tahun aku hidup, kawan cuma ramai di waktu senang aja. Yang masih ada ni pun yang ada pertalian darah aja, itu pun mereka ada masalah mereka sendiri.
Susahkan? Susah nak cari sahabat macam sahabat-sahabat ketika zaman nabi dulu. Ye lah aku nak sahabat macam tu tapi aku tak macam tu.
Dalam kebanyakkan waktu, aku berseorangan diri. Terutama waktu susah. Aku pun tak nak susahkan orang dan gelisahkan orang dengan masalah aku. Memang sepatutnya kena duduk sorang-sorang masa susah.
Dulu ketika senang aku selalu amalkan 'membantu' orang-orang susah dan kawan-kawan ketika susah. Dengan murah dan mudah aku membantu. Ye lah , mana tau kot-kot suatu hari nanti kita 'tersusah'. Manalah tahu kawan-kawan yang dulu minta tolong kat kita boleh bantu. Apa yang berlaku ? tak pun , tak ada pun, ..Dari 'ikhlas' dah bertukar ke' benci' pulak rasanya.
Aku dah tak boleh buat mcm tu agaknya? aku dah tak patut tolong ketika senang, sebab bila susah nanti aku akan berseorangan. Tapi ada guru yang kata " En Mat ko salah tolong orang" tolong orang yang tak tahu menghargai pertolongan. Orang yang tak ada 'roh' persahabatan sejati". Ya mungkin ada benarnya apa yang guru tu beritahu.
Bila bercakap tentang hal kawan ni, ada yang pesan minta aku perbanyakkan kawan yang boleh "membantu", bukan "dibantu". Kerana banyak kawan yang 'dibantu' tak akan 'membantu'.
Aku seakan setuju dengan pesanan itu sekarang. Aku kadang2 jadi macam stress pulak, bila fikir aku yang 'membantu' akhirnya jadi 'buntu' . Penatlah ..
Dan yang paling menyedihkan kebanyakan yang 'dibantu' tapi tidak 'membantu' itu adalah kawan-kawan sebangsa 'seMelayu". Haruskah aku salah 'bangsa' atau itu memang sikap 'bangsa' itu.
Aku penatlah , 10 tahun bersikap begini benar-benar tidak 'membantu'. Aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang kaya, maka aku tidak ada backup dari segi harta dan kekayaan. Bila kekayaan yang di perolehi di curahkan dengan 'sikap membantu' tidak mendatangkan apa-apa sehingga kini. Dimana silapnya? Silapnya sikap aku sendiri yang tidak berpada-pada.
Maka carilah yang "Membantu" bukan yang "dibantu"...
IbnuTaharim
Tmn Equine, Serdang
9.44am
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.