Pages


 

Saturday, July 3, 2010

Seks : Perlukah Di Ajar ?

0 comments


Saya tertarik dengan tajuk berita ini , bahawa kerajaan akan melaksanakan pendidikan seks di sekolah . Saya sebagai manusia biasa, yang tidak punya nama, yang tidak punya PHD, yang tidak punya pangkat dan sebagai seorang yang tidak tinggi agama berpendapat bahawa pendidikan seks tidak boleh diajar secara terbuka di sekolah atau dimana-mana sahaja. Kita bimbang ianya menjadi satu "Pengajaran" bukan "Pendidikan".

Keadaan ini samalah seperti mendedahkan bagaimana perlakuan seks itu boleh berlaku. Meskipun mungkin diiringi dengan pengajaran tentang kesan-kesannya.



Saya bersetuju dengan penegasan yang di buat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan ) bahawa melaksanakan pendidikan seks di sekolah umpama mengajar pencuri mencuri dan saya tambah mengajar orang biasa untuk mencuri.

Sebagai manusia biasa yang juga punyai keinginan seks, perkara tentang seks haruslah dididik bukan di ajar, mendidik dan mengajar adalah sesuatu yang berbeza maknanya.

Saya akan kupas lanjut mengenai perkara ini nanti ,satu kupasan dari dari sudut mata dan hati manusia biasa.

Berikut adalah pentikan kenyataan Menteri Besar tersebut berhubung perkara diatas :


Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.


Sumber : Bernama
Artikel lain yang menjurus kepada fakta bahawa pengajaran seks sangat tidak sesuai didedahkan di sekolah (pada usia remaja)


“Kanak-kanak kebiasaannya tidak mempunyai keinginan seksual apatah lagi memahami perlakuan seks, sebaliknya tingkah laku mereka adalah pengulangan apa yang pernah dilihat atau pengalaman dilalui.”

Demikian kata Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil (gambar) ketika mengulas kejadian dua kanak-kanak perempuan bersaudara berusia empat dan lima tahun yang melakukan aksi seks di rumah nenek mereka di Ampang, Ahad lalu.

Dr Yong Junina berkata, pada peringkat umur kanak-kanak (di bawah 12 tahun) perasaan ingin tahu amat tinggi, malah mereka mudah mengikut dan mempraktikkan apa saja didedahkan kepada mereka.


“Saya percaya, mereka tiada perasaan yang mendalam seperti orang dewasa ketika melakukan perbuatan itu (aksi seks), tapi hanya mengulangi perkara yang mungkin pernah dilihat atau diajar individu lain,” katanya.


Beliau berkata, dalam kes membabitkan dua kanak-kanak perempuan bersaudara itu, kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga tidak wajar dipersalahkan 100 peratus atau dikenakan tindakan undang-undang kerana secara logiknya dia turut tidak memahami tindakannya.


“Dengan usia sekecil itu, mereka sudah pasti tidak matang untuk membezakan perkara dilakukan itu salah atau tidak. Besar kemungkinan apa dilakukannya terhadap kanak-kanak perempuan terbabit pengulangan apa yang pernah dilihat atau dialami.

sumber : mymetro

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards