Kekuasaan adalah penting, tanpa kuasa kita tidak mampu berbuat apa-apa. Kereta perlukan kuasa. Lampu picit memerlukan kuasa, Raja dan Pemerintah perlukan kuasa. Pembeli memerlukan kuasa beli (wang). Suami perlukan kuasa sebagai suami untuk mentadbir. Dan semua keadaan dan kehidupan memerlukan kuasa.
Sepanjang perjalanan pulang dari solat jumaat , saya memandang tepi sebelah kanan dan kiri saya. Banyak projek-projek perumahan yang tumbuh, yang single story, yang double story, yang town house, yang pangsapuri dan kondo dan bangunan-bangunan yang sedang dibina sekitar Taman Equine, Serdang.
Dan saya mengambil kesempatan singgah sebentar di pejabat jualan , tak berniat nak beli rumah pun , saja nak bertanya. Untuk yang kedudukan pertengahan ( intermediate ) harganya dari RM420.000 sebuah. Belum lagi yang corner lot.
Dan itulah harga pasaran jualan ketika ini di kawasan Taman Equine , daripada keseluruhan projek perumahan baru yang sedang tumbuh hanya saya anggarkan sekitar 5% sahaja rumah murah yang harganya kurang dari RM150,000.
Pesoalannya sekarang, siapa yang mampu beli rumah-rumah semahal begini? Sedangkan sejak dari tahun DEB diperkenalkan yang mana setiap pembangunan perumahan mesti memperuntukkan kuota untuk bumiputera 10% pun masih belum di penuhi.
Orang kita melayu tidak mampu beli. Lihat sahaja yang menghuni setinggan, pangsapuri murahan yang liftnya rosak selalu, yang sistem longkangnya kotor dan busuk, yang rumahnya cuma ada 3 bilik kecil yang dihuni 8 ahli keluarga. Lebih ramai adalah orang melayu sendiri.
Dasar pengasingan sejak dulu lagi memberi kesan buruk kepada bangsa melayu sendiri. Orang melayu di asingkan kedalam bidang makan gaji atau golongan penerima upah, india kedalam bidang estet2 atau perladangan dan cina kedalam bidang perniagaan. Akhirkan kuasa ekonomi di miliki lebih banyak oleh orang cina. Orang melayu sudah biasa hidup diberi makan gaji, sukar untuk berdikari membina kemajuan diri sendiri.
Perletakkan harga rumah berkemungkinan dipolitikkan bagi mengurangkan penguasaan orang bumiputera yang kebanyakkannya miskin tapi sombong ini. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita yang memberi kuasa kepada mereka. Kuasa wang, kuasa ekonomi. Hingga kita tidak mampu pun menentukan harga gula dan pengeluaran tepung di pasaran.
Mujurlah boikot pembekalan gula dan tepung yang dilancarkan oleh persatuan peruncit-peruncit yang majoritinya di miliki oleh orang cina sebelum ini tidak berhasil. Namun kesannya ada, bekalan gula masih lagi sukar diperolehi dipasaran.
Kita marah, gula nak bancuh kopi tak ada. Tapi kemarahan dari kita yang kadangkala bodoh ini tidak berguna. Kemarahan yang hanya memalukan diri sendiri. Kaum cina pengeluar gula ini memandang kita dengan penuh jijik , "gula tak mahu buat lepas tu bising pulak ".
Orang kita melayu kita lebih banyak berseronok2 atau selesa dengan 'cukup-cukup' makan. Orang kita suka membaca buku-buku yang penuh khalayan kegembiraan dari membaca buku-buku ilmiah yang boleh memajukan diri menjadi manusia yang bijak dalam mencipta peluang ekonomi. Orang kita lebih suka bekerja makan gaji dengan bangsa asing. Orang kita lebih suka makan sayur-sayuran yang ditanam oleh orang asing. Orang kita suka beli ikan sardin yang ditinkan dan diproses oleh orang asing. Orang kita lebih suka makan kedai mamak. Orang kita lebih suka baca buku komik, cerita artis dan sukan . Orang kita suka menonton bola dan bersorak kegembiran apabila masuk gol sedangkan tak lama lagi kita akan masuk 'gol' di tiang gol sendiri. Orang kita suka dengki sana dengki sini. Orang kita susah bersatu. Orang kita suka jual AP , Orang kita suka jual kontrak kepada orang lain, nak makan atas angin malas nak buat kerja.
Dan macam-macam, sesungguhnya apabila orang kita sudah hilang kuasa , orang kita adalah melayu, seperti kata ND Lala dalam lagunya, Nama Melayu tak hilang tapi hilang adalah MARUAH.
Ibnu Taharim
08-07-2010 , Bandar Puteri Puchong
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.