"Berengsek kuwe!!" mungkin itulah perkataan dan ayat yang sesuai diucapkan bagi meluahkan kemarahan terhadap majikan yang 6 bulan tidak membayar gaji kepada seramai lebih 1000 pekerja asing di ibu negara.
Harian Metro hari ini melaporkan bahawa 1000 buruh asing terutamanya dari indonesia yang terbabit dalam pembinaan Istana Negara membuat laporan polis berhubung tidak mendapat gaji sejak Januari lagi.
Salah seorang pekerja yang teraniaya tersebut juga menceritakan bagaimana pihak polis sering memeras ugut ketika membuat serbuan ke tempat mereka bekerja.
Setiap kali serbuan, seramai 100 orang akan ditangkap dan mereka diminta membayar RM1500 setiap seorang sebagai jaminan supaya mereka di bebaskan. Mereka juga diugut akan diberkas jika tidak membayar jumlah wang yang diminta.
Jika benar keadaan ini berlaku , ianya sesuatu yang memalukan negara dan bangsa. Saya di faham kan bahawa kos pembinaan Istana Negara ini meningkat telah meningkat dua kai ganda dalam tempoh empat tahun.Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.
Apa yang ingin diperkatakan disini ialah soal pembayaran gaji pekerja-pekerja tersebut. Mereka juga punya keluarga, punya anak dan isteri. Mereka terpaksa mengikat perut untuk makan sedangkan mereka perlu berkerja.

Cuba kita meletakan diri kita di situasi mereka, kita merantau kenegara asing untuk bekerja dengan kesanggupan meninggalkan anak dan isteri di kampung bagi mencari rezeki tetapi setelah kerja gaji pula tidak di bayar.
Adakah ini tidak dinamakan kekejaman dan penganiayaan. Perkara seperti ini sering terjadi. Ini melalui pengalaman saya sendiri bila mana ada kontraktor kecil yang terdiri daripada warga indonesia yang kerap tidak dibayar penuh apabila kerja telah selesai. Dan apabila tuntutan dibuat ,ugutan pula yang diterima.
Walau apa pun ,setiap yang berkerja harus di bayar gaji, itu adalah tangungjawab. Kerana kerja telah dilakukan. Adalah zalim jika tidak ditunaikan.
Tidak hairanlah ada warga asing ini yang begitu marahkan majikan dinegara kita. Itu belum kisah bagaimana amah atau pembantu rumah yang di dera macam haiwan. Lupakah kita mereka juga adalah manusia macam kita."Berengsek Kuwe" itulah perkataan paling layak di ucapkan kepada majikan seperti ini.

0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.