Pages


 

Thursday, July 8, 2010

Berhati-hati dengan produk dari china.

0 comments

Berhati-hati dalam memberi barang, terutamanya hp atau alat elektronik dari china yang mana kebanyakkannya punyai jangka hayat yang pendek dan juga berkonsepkan 'disposable' atau pakai buang.

Sila lihat gambar diatas. (Itulah hpnya)

Pada bulan febuari yang lepas saya ada membeli hp mini i phone di satu karnival hp yang diadakan di hadapan Giant Bandar Puteri, dengan harga yang murah ,promosi katanya, maka saya tidak teragak-agak membeli hp tersebut dengan harga RM299. Setelah membeli, dan akibat hp ini menggunakan touch screen maka saya jarang menggunakannya sehingga lah pada hari ini saya kembali cuba menggunakannya. Saya cuba banyak kali tidak boleh, tidak berfungsi yang akhirnya memaksa saya kekedai hp berhampiran, apa yang mengejutkan dalam 4 kedai hp yang saya pergi kesemuanya tidak mahu membaikinya dengan alasan hp ini hp china atau made in china.Di kedai yang keempat ,tukang baiki hp disitu mengatakan kebanyakkan hp dari china berstatus 'pakai buang' dan sebab itu dia murah. Dan banyak pembeli tertipu apabila kebanyak modelnya seakan-akan sama dengan model yang asal (Original).

Untuk pengetahuan anda , ini adalah kali kedua saya terkena. Apa nak buat tak dengar cakap orang, tetapi yang kali pertama tu saya beli hp yang second hand, sebijik macam N95 , yang kedua ni saya beli baru. Beli baru pun terkena jugak..

Murah tapi tak de kualiti , mengarut aja..

Cisss..

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards