Pages


 

Saturday, July 10, 2010

Makan Nasi 1 Talam !???

0 comments


Amalan makan nasi satu talam, jarang kita lihat, dan ianya cuma berlaku dan dapat dilihat hanya ketika waktu bulan ramadhan atau mungkin jika anda pernah ke Makkah.

Saya teringat ketika beradas selama 6 bulan di USM P.Pinang, dan kebetulan melalui bulan puasa. Saya dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa di Masjid USM. Dan itulah pertama kali saya makan bersama rakan-rakan yang lain dalam satu talam, tanpa pinggan.

Saya cuba menyelami sejauh mana adab makan dalam satu talam ini boleh dibudayakan dan apakah kesan-kesannya kepada tahap moraliti kita jika mengamalkannya. Apa yang pasti, ketika saya sendiri merasainya pengalam makan dalam 1 talam ini ,saya raca cukup mesra bersama rakan-rakan. Membuang sifat individual atau sifat 'you' you, "I" I, . Bagi yang mempunyai sifat ini mungkin sukar mengamalkan adab ini. Ini kerana adab makan 1 talam ini menuntuk sifat kebersamaan, sharing dan mengajar ikhlas dalam memberi dan menerima rezeki.

Saya kira ,cara, adab makan 1 talam ini sanggat bagus untuk di budayakan dimana cara dan adab ini boleh memupuk semangat dan hubungan persaudaraan menjadi lebih erat.








0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards