Pages


 

Monday, July 12, 2010

[ Percubaan Menjadi Kaya ] - 12/7/2010 8.24AM

0 comments
Hari ini menurut apa yang di baca dalam buku rujukan , aku harus membuat penyenaraian semua hutang piutang dan tanggungan semasa. Ini bagi memudahkan mengendalikan urusan perbelanjaan dan pengurusan kewangan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyukarkan usaha untuk mengurangkan kekangan dan tarikan kegagalan.
Terutamanya hutang, hutang adalah seperti musuh, musuh jika tidak di hapuskan akan tetap mengejar kita. Menghadapi hutang sama seperti menghadapi musuh, jika tidak berkeupayaan memusnahkannya, haruslah mengambil langkah memperlahankan kedatangannya, atau cuba berdamai dengannya. Jika tiada jalan perdamaian maka harus memusnahkanya (menyelesaikannya). Jarang ada musuh yang mahu berdamai, begitu juga jarang ada pemiutang yang mahu melupuskan hutangkita begitu sahaja.
Melarikan diri dari musuh (hutang) untuk mengumpul strategi dan kekuatan menghadapinya adalah satu tindakan yang di bolehkan tetapi jika melarikan diri untuk melupakannya itu sesuatu yang tidak wajar , kerana musuh (hutang) akan tetap mengejar kita hingga ke hari akhirat.
Hutang adalah sesuatu perkara (liabiliti) yang mesti diuruskan dengan sempurna. Adakalanya hutang tercipta bukan atas kehendak yang disengajakan . Terwujudnya hutang dalam hidup aku disebabkan oleh kesilapan dan kelalaian dalam perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dokumen kerja. Seperti hutang yang perlu aku tanggung hampir RM28,000 disebabkan kehilangan kereta ketika proses 'trade in' di 'usecar dealer'. Akibat kurang kemahiran dan pengehtahuan akibatnya aku tertipu apabila kereta aku tersebut di larikan , kereta tersebut dilarikan ketika insuran sudah tamat tempoh, jadi tidak boleh di 'claim'. Namun ada juga hutang yang wujud disebabkan masalah 'hutang' itu sebelumnya, untuk menyelesaikan hutang sebelumnya maka kita terpaksa berhutang pula lagi. Ada juga hutang yang disebabkan oleh kegagalan perniagaan yang lepas.
Seperti mana Al-Ghamis dalam buku "The Richest Man In Babylon" berkata, jika hendak menjual batu permata mestilah bertanya kepada penjual batu permata bukan penjual batu bata biasa. Akhirnya kita tertipu dan kerugian.
Penyenaraian Hutang akan dilakukan hari ini sebagai penerus kepada agenda "Percubaan Menjadi Kaya" .
IbnuTaharim
Putrajaya,

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards