Begitulah tajuk yang ingin diulaskan hari ini. Ini pun rentetan setelah satu peristiwa yang berlaku tadi.
Oleh kerana keperluan yang agak memdesak untuk mengembangkan operasi perniagaan pasar malam saya bertindak menghubungi adek beradek,sedara mara,anak2 sedara yang belum punyai pekerjaan untuk bekerja dengan saya sebagai pembantu di pasar malam. Secara ringkasnya saya katakan rata-rata mereka mengambil keputusan "nantilah saya fikirkan". Sedangkan dah berbulan-bulan mereka ini tiada pekerjaan. Agaknya sebab bekerja di pasar malam.
Sebelum ini saya sudah pun mengiklankan di kawasan rumah saya tentang keperluan tenaga kerja ini. Yang menalipon kesemuanya adalah pendatang yang ada permit dan yang tidak ada permit. Tidak ada seorang melayu pun yang menghubungi saya. Dan kebanyakan kaum pendatang ini sanggup bekerja dengan upah yang sedikit asalkan di beri pekerjaan.Sehinggakan ada yang merayu-rayu meminta di beri pekerjaan.
Saya melihat, ramai jugak anak melayu yang bertali leher tetapi hakikatnya gaji dan pendapatan mereka hanyalah cukup-cukup makan. Pengalaman saya selama beberapa bulan berada di pasar malam dan bergaul dengan peniaga pasar malam banyak yang boleh saya kongsi disini. Salah satu diantaranya mereka tidak punyai masalah kewangan langsung, malah ada yang membeli lori,van dan kereta secara TUNAI. Tak percaya tanyalah dan tengoklah kehidupan mereka yang berniaga pasar malam. Salah seorang daripadanya ialah WAN yang memulakan perniagaan kuih Peneram atau Telinga Keling. Satu hari pernigaannya di Pasar Malam Putrajaya menghasilkan jualan RM3000 setelah di tolak gaji pekerja dan modal beliau memperolehi keuntungan bersih RM2100. Bayangkan itu cuma satu malam sedangkan beliau berniaga selama 4 hari seminggu, Pasar Malam di seksyen 13 berdepan Giant, Pasar Malam di Bukit Kemuning, Pasar Malam di Kajang.
Sebulan beliau boleh mengumpul lebih RM20,000. Kita memang tidak percaya, saya pun mulanya agak tidak percaya. Tapi bila saya melihat dan merasai sendiri berada di pasar malam saya mengakui bende tersebut adalah sungguh benar sekali. Ini bukan cerita dari pakar motivasi tapi ini cerita dan realiti hidup dari mereka, dan mereka itu tidak tidak pernah melihat pintu pagar universiti pun. Samalah seperti pemilik International Young Tau Fu, kalau anda biasa berada di puchong,kalau anda sering pergi ke pasar malam, puching indah, pasar malam ,TPK dan BK5 kinrara, anda boleh melihat gerai jualan mereka ini. Saya sudah tidak mahu bercerita soal pendapatan. Tapi saya ingin nyatakan saya kadang malu dengan diri saya sendiri meskipun berkelulusan tapi pendapatan saya tidak lah seberapa berbanding dengan mereka ini yang tidak punyai kelulusan.
Ada anak muda kita begitu sanggup berpanas,betali leher menjual sekeping majalah berharga RM5 harga promosi katanya, sedangkan pendapatan tidak seberapa. Bukan saya menghina pekeerjaan ini. Tapi kenapa kita tidak mengambil peluang berniaga di pasar malam? Kenapa pekerjaan yang banyak mengayakan orang lain yang kita buat. Kenapa kita tidak mengayakan diri kita sendiri.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Please note,
Some writing and writer in this blog
is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards
4 comments:
betul..kebetulan...pembetulan
apa yang kita rasa..tak sama dengan apa yang orang rasa...orang rasa manis, mungkin kita rasa masin..mungkin..tapi,adakah kemasinan itu salah?atau adakah manis itu betul?
subjektif adalah sesuatu prosa yang yang sesuai dengan apa yang disebutkan diatas..
cuma yang membataskan prosa subjektif itu adalah persoalan kenapa..mengapa..dimana dan bagaimana...
menyorot kata-kata hang yang awal tu..memang betul..rezeki itu datangnya tak bergolek ,tak melayang dan tak bertimpa..ia adalah anugerah tuhan daripada kesan dedikasi,semangat dan tawakal.
kebanyakkan orang yang mahukan jalan mudah, sebenarnya akan menempuh kesusahan..dan orang yang menempuh kepayahan akan didatangi dengan kejayaan.
kehendak manusia yang berbeza telah memberi kesan kepada hala tuju masa depan orang zaman sekarang..mungkin kenyataan yang salah..tapi,itulah realiti berada di zaman serba maya..
rentetan daripada itu,orang zaman sekarang suka,mahukan yang mudah dan senang digapai..walaupun hakikatnya ia akan memberikan impak yang tak berapa elok dimasa akan datang...
- cempiang
kalau tak keberatan(dan kalo ko dpt bagi aku tempat tinggal sekalik) aku boleh isi kekosongan jawatan itu.
sekian :D
Memang betul hakikatnya berniaga adalah salah satu punca rezeki menguntungkan. Tapi tak semua menyedarinya.
salam...
saya ingin berniaga di pasar tani.saya ingin bertanya dengan encik,bagaimanakah caranya ingin mendapatkan lesen berniaga di pasar tani?saya dengar susah nak dapat lesen dengan pihak fama,kena ada orang dalam.betul ke?mohon encik bagi info.. tq
sab_mangut@yahoo.com
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.