Sistem tender terbuka yang dituntut peniaga-peniaga cina dalan Kongres Ekonomi Cina di saat ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat mereka akan menjadikan orang melayu semakin tertekan. Saya sendiri sebenarnya sudah jelak untuk mengulas isu ini. Dari sudut dan pandangan saya seorang yang bukan ahli ekonomi mahupun ahli perniagaan yang berjaya, saya berpandangan sekiranya sistem tender terbuka ini diamalkan orang melayu akan lebih ketinggalan dalam penguasaan tunjang kehidupan iaitu 'ekonomi'.
Secara logik nya bagaimana sistem tender terbuka ini hanya bermanafaat kepada mereka , sebagai contoh, Apabila sesuatu sebut harga dikeluarkan oleh sesuatu jabatan sebagai contoh untuk membekal infusion pump di unit kecemasan hospital, jika sebelum ini hanya syarikat yang berstatus bumiputra sahaja yang boleh memohon meskipun ada syarikat tersebut adalah syarikat 'ali baba' , tetapi dengan sistem tender terbuka ini semua golongan boleh memohon.
Dan secara umumnya kita mengetahui bahawa pembekal terbesar produk 'infusion pump' ini adalah peniaga china atau syarikat china. Sudah tentu syarikat china ini yang memperolehi tender ini kerana menawarkan harga yang lebih murah berbanding syarikat-syarikat melayu yang merupakan hanya peruncit sahaja. Ini baru satu kod bidang, belum lagi bidang pembinaan yang mana 100% pembekalan bahan dikuasai sepenuhnya oleh peniaga cina.
Lalu pada pandangan saya yang naif ini dengan perlaksanaan sistem tender terbuka ini hanya akan lebih menguntung orang china yang menguasai sebahagian besar sumber ekonomi negara.
Ibnu Taharim
Serdang, Selangor 15 Ogos 2010
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.