Pages


 

Monday, August 16, 2010

Bazaar@Maeps dibuka sepenuhnya untuk peniaga bukan melayu !??

0 comments

Dahulu ketika saya masih menerajui pengurusan bazaar@maeps ini , dalam bulan januari 2010 yang saya lupa tarikh yang tepatnya saya di datangi oleh seorang kontraktor berbangsa cina yang menawarkan RM200 ribu untuk mengambil alih dan dan mendapatkan hak pengurusan di bazaar tersebut,dengan menjadikan saya sebagai proksi, tetapi saya tolak dengan sekeras-kerasnya. Kerana dasar dan prinsip yang teguh keatas hak pemilikan orang melayu ketika itu.


Saya begitu menyayangi dan begitu prihatin dengan nasib bangsa saya,hingga saya sanggup mengorbankan kepentingan diri demi mewujudkan sebuah peluang perniagaan kepada bangsa melayu. Meskipun survival bazaar ketika itu begitu sukar sekali. Hingga akhirnya merosakkan diri sendiri. Saya sedar akan beberapa kesilapan saya dalam salah urus dan tadbir bazaar ini terutama dalam penerusan dalam kesulitan. Apabila pihak maeps sendiri mengenakan bayaran sewaan tapak yang agak tinggi tanpa bantuan promosi dan pengiklanan meskipun itu yang dijanjikan dahulu ,membuatkan liabiliti meningkat mendadak dan begitu tinggi hingga menyukarkan untuk meneruskan operasi bazaar keperingkat seterusnya. Saya terfikir ketika itu untuk menjual sahaja bazaar tersebut kepada ahli perniagaan cina tadi. Namun hasrat itu saya batalkan , juga kerana masih mempunyai semangat setiabangsa.


Hari ini ,saya dimaklumkan bahawa bazaar@maeps ini sudah dibuka penyertaan tanpa kuota kepada bukan bumiputera, dan saya juga di fahamkan sekiranya kuota bangsa lain melebihi dari kuata bangsa melayu pun tidak mengapa. Kerana harus survive , nak bayar sewa tapak, pengurusan dan krew tidak mencukupi dengan jumlah pendapatan sediada. Apa yang pasti bila kuota ini di buka, saya berpandangan peniaga-peniaga cina akan berpusu-pusu untuk menduduki tempat ini kerana tempat ini dikatakan sangat strategik dalam keghairahan mereka (cina) menguasai tapak-tapak ekonomi berpotensi.


Jika perkara ini berlaku ,selamat tinggal lah kepada komuniti bangsa melayu, dan jangan marah kalau tapak yang anda duduki sebelum ini menjadi milik orang lain disebabkan oleh sikap anda sendiri yang sukar untuk bersatu padu dan berkerjasama.


Ibnu Taharim
Puchong,Selangor DE

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards