Pages


 

Friday, August 13, 2010

Letih & menyampah melayan peniaga orang kita..

0 comments
Saya adalah orang Melayu, tetapi
Rasanya mungkin kali ini adalah kali terakhir saya bersemangat menolong orang melayu, kerana saya sudah hilang semangat dan mungkin tidak bersemangat lagi untuk membantu peniaga-peniaga melayu. Saya tidak anti melayu, tetapi saya sudah tidak bersemangat dan mempunyai perasaan terhadap peniaga-peniaga melayu.

Niat kita yang baik disangka buruk, bila kita tertekan mereka tekan lagi. Mereka tidak melihat apa yang kita telah buat tetapi mereka lebih melihat apa yang mereka patut lebih dapat. Kita tidak dibantu, tapi mereka membuntukan kita.

Kita mendapat kepercayaan untuk menganjurkan bazaar, tetapi bukan ada kerjasama dari peniaga malah mereka pulak menekan kita. Sudah la kita tidak boleh untung kita pulak di tekan mereka. Sangat berbeza jika berkerjsama dengan orang china. Ini saya rasai sendiri dan dah berkali-kali.Namun kerana semangat ingin membantu orang melayu, saya cuba jugak.Kita korbankan keringat,wang,masa dan kepercayaan.

Bukan senang untuk mendapat tempat berniaga di pasaraya besar yang di uruskan oleh 'orang kita " .Kita mencari dan meneroka peluang untuk mereka (orang melayu kita) tapi mereka tidak mahu berkerjasama dengan kita. Mereka hanya tahu nak semuanya ada,malah kalau boleh tak mahu keluar sesenpun dari kocek mereka . Hari ini berniaga besok dah nak kaya. Angin ribut tempias panas , nak claim, kononnya penganjur tak perihatin dengan tempat. Kejap datang kejap tak datang, kejap datang kul 10, kejap datang kul 11 dan adakalanya datang kul 2 ptg. Bila tidak ada customer kata kita tak buat promosi la apa la...#^$%^^& la ,penat dah nak didik peniaga sebegini , dan boleh dikatakan yang bersikap macam ni adalah kebanyakkan adalah peniaga melayu kita. Di bazaar yang saya uruskan ada 2 peniaga china, tak banyak songeh pun..meniaga ikut waktu, ikut semua peraturan. Peniaga kita, kena komplen sket ,dah sampai nak panggil bapak,nenek ,abg long dan mendabik dada, 'hangpa tak tau aku sapa' ..kononnya..

Selepas ni sure pengurusan carrefour kata "no more bazaar to malay people in carrefour subang jaya". Melayu kita juga yang rugi...

Fokus saya selepas ini mungkin sudah tidak kearah "Peniaga Melayu". Saya minta maaf,kepada bangsa saya peniaga-peniaga melayu, kerana saya sudah cukup kecewa dan berulang kali kecewa dan sedih. Anda kena ingat hendak berniaga semua orang boleh berniaga, tapi peluang dan tempat istimewa tak selalu mudah kita dapat, Anda mungkin merasa tertipu ,tapi anda sebenarnya telah di bantu ,tetapi anda yang buta dan berhati batu, anda mahukan lebih dari apa yang kami bantu yang tidak mampu kami penuhi. Dengan apa yang berlaku membuatkan saya sudah tidak mahu memikirkan orang-orang melayu kita tertutamanya yang sombong,bongkak,berhasad dengki dan gengsterism.


Ibnu Taharim
Putrajaya, 13 Ogos 2010

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards