Pages


 

Monday, August 9, 2010

Orang kaya yang menindas...'lintah darat'

0 comments

Saya mendapat satu projek pengurusan acara dari satu persatuan, dan persatuan mendapat projek tersebut dari satu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera , dan syarikat tersebut mendapat projek tersebut dari Carrefour sebuah pasaraya besar yang mempunyai banyak cawangan di negara ini.

Pada asalnya saya begitu teruja ketika mendapat projek ini. Dari satu meeting ke satu meeting saya hadir sehinggalah ketika proses menandatangani perjanjian usahasama yang rupanya masih belum termetri. Saya meneliti semua dokumen yang hendak di tanda tangani. Hati saya berdebar-debar. Kenapa amount yang harus saya bayar terlalu tinggi. Saya menangguhkan proses tersebut. Dalam masa yang sama saya telah pun membuat promosi untuk mendapatkan peniaga. Untuk makluman saya terus melaksanakan promosi mendapatkan peniaga kerana pada hemat saya semua urusan sudah pun di selesaikan oleh persatuan. Dan surat lantikan selaku pengurus acara telah pun saya terima sebelum itu.

Dalam ke enam2 tempat yang bakal saya uruskan ,carrefour wangsamaju terlebih dahulu sold, dan kemudian carrefour subang jaya.. Dengan jumlah peniaga seramai 20 orang untuk kedua-dua tempat ini. Apa yang berlaku bila saya selidiki. Jumlah charge yang dikenakan kepada saya teramat tinggi. Oleh kerana ini baru pertama kali menguruskan booth jualan di pasaraya saya tidak mempedulikan sangat soal charge yang dikenakan.

Apa yang benar ialah, charge yang tinggi ini bukan lah ditetapkan oleh pihak carrefour tapi 'orang tengah' atau syarikat bumiputera tersebut. Bayangkan carrefour hanya mengenakan sewa RM400 per booth tapi syarikat orang tengah ini mengenakan charhe tambahan RM950 per person , bukan per booth. Untuk kanopi yang bersize 20 x 20 jika dibahagi empat bererti saya perlu membayar rm3800 berbanding bayaran yang dikenakan oleh carrefour hanya rm400. Padahal semua kerja2 promosi dan sebagainya di uruskan oleh saya sendiri. Jumlah charge ini menjadikan harga booth ini begitu tinggi, bagaimana untuk membantu peniaga-peniaga kita berniaga di pasaraya kalau begini keadaannya. Maka yang kaya bertambah kaya yang miskin dan susah bertambah susah...

Inilah yang dikatakan "lintah darat'...dan apa yang menyedihan lintah darat ini 'orang melayu' yang sudah kaya raya...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Please note, Some writing and writer in this blog is the result of individual thought.The writers are free to write and give an opinion on an issue raised in accordance with the title of this blog (Seng Wani) which means "The Brave".Thank You and Best Regards