Saya bukan orang politik, meskipun saya dulu pernah menyertai satu parti politik, tetapi saya sudah lama tidak 'melihat' isu-isu politik. Tetapi saya adalah dari ribuan rakyat biasa yang tidak punya pangkat yang sama-sama memangkah parti yang bukan berlambang 'dacing' pada pilihanraya yang lepas. Kenapa saya berbuat begitu kerana saya ingin melihat aliran perubahan dan kepimpinan serta pembangunan. Bukan tempat saya mundur tetapi pembangunan yang tidak seimbang. Calon parti yang dahulunya adalah mandor di sebuah organisasi tetapi selepas beliau menang dalam pilihanraya 2004 selepas beberapa bulan sudah mendirikan rumah berharga lebih dari rm500 ribu dan memiliki lebih dari 3 buah kereta. Itu yang saya nampak yang saya tak nampak tak tahu lah banyak mana.
Apa yang pasti pertukaran atau perubahan mendadak itu dinikmati oleh wakil rakyat itu terlebih dahulu sebelum rakyat dan kami ini yang mengundi beliau. Malah sehingga kita tiadak manafaat sehebat yang wakil rakyat itu perolehi kami perolehi. Pakcik makcik yang datang menaiki basikal ke dewan untuk mengundi tetap menaiki basikal tersebut kehulu kehilir. Malah sebelum ini wakil rakyat tersebut sentiasa mengangkat tangan 'hipokrit' kepada pakcik makcik ini ketika melintas dihadapan rumah mereka ,sudah tidak nampak dilihat berbuat begitu, malah memandu laju ,kononya banyak meeting dan mengejar waktu.
Akibatnya saya dan kuncu-kuncu saya tidak mengundi beliau pada pilihanraya yang lepas. Dan alhamdulillah beliau tewas . Namun apa yang berlaku sebaliknya belum pun sampai setahun parti yang saya sokong dan undi di 'gulingkan ' dengan cara yang diragui oleh kami semua. Dengan cara tidak beradab. Tidak mengapa , yang pastinya pilihanraya akan datang akan tahu akibatnya.
Saya sebagai rakyat biasa terasa macam di perbodoh-bodohkan . Namun dihati kecil saya dan mungkin rakyat biasa lain biarlah, mungkin kerajaan ingin berubah. Sekarang saya lihat banyak isu yang dimainkan malah saya lihat sudah lebih kepada isu perkauman. Mungkin konon-kononnya isu ini boleh merubah minda dan hati saya. Malah saya menjadi bertambah menyampah, nak tunjuk kepada saya sebagai rakyat biasa isu-isu begini sedangkan yang menjadi isu atau yang berada di tempat isu adalah kami sendiri. Mana mungkin kami boleh percaya tentang isu yang telah diubah suai menuju kematlamat yang tidak betul.
Kebenaran pasti akan menang, sebelum kebenaran itu menang bagi yang salah itu berubah lah agar kita tidak kalah dalam kekalahan yang dicipta oleh diri kita sendiri. Memainkan sentimen perkauman adalah satu tindakan yang paling tidak bermoral. Sentimen begini mungkin berniat untuk menarik atau mengembalikan sokongan orang melayu terhadap melayu , apa yang saya bimbang bukan sahaja orang melayu akan bertambah menyampah dengan orang melayu tetapi orang bukan melayu akan lebih membenci orang melayu.
Saya bercakap berdasarkan pengamatan peribadi saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri. Sebab saya yakin dengan pendirian dan perasaan saya ini adalah dirasai oleh orang lain dan rakyat biasa seperti yang lain.
Jadi jila kerajaan sedia ada masih menggunakan pendekatan menonjolkan banyak isu-isu yang menjurus kepada perkauman atau dalam ertikata lain ' kebenaran di palsukan ' tidak mustahil kerajaan sediada akan tumbang pada pilihanraya akan datang.
Saya masih mengharapkan kerajaan sedia ada dapat memahami dan merasai apa yang kami rasa dan apa yang kami mahu. Pemimpin yang bukan berjiwa rakyat harus di tukar. Pemimpin yang berjiwa hiburan harus ditukar. Pemimpian yang menipu, korup dan mengarut harus di tukar.
Ibnu Taharim ,
Putrajaya
0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen. Saya amat menghargainya.
Note: Only a member of this blog may post a comment.